ads/iklan

Rabu, 1 Ogos 2012

Burger Malaysia Suria

_DSC0379
BURGER MALAYSIA SURIA

Salam ramadhan ke 13 bg kami di sini, bangkok :-),

Nama dia ceria sikit sbb kita guna doh donut suria sbb resepi tu senang nak ingat :-) Buat sikit ajerr dpt 3 biji, cukup lah utk di buat makan sbb yg makan pun kita sorang :D Tak tahu ni menu berbuka yg keberapa rasanyer lepas roti canai tu kot sbb sambal tumis lebihan tu yg kita jadikan utk burger ni sekali :D

Sebelum mengundurkan diri, minta maaf kunjung balas insyaAllah petang2 atau bila free ya, sbb hari ni kul 9 dah kena pergi tadika pulak ada event kat sana jdnye di dahului dgn ucapan terima kasih dgn setiap kunjungannya :-) Jumpa lagi insyaAllah.

DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster>>yg ni kita letak separuh dr kuantiti asal
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!!
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.>>yg ni kita tambah sbb lain tepung.
_DSC0368_DSC0373
sebelum n selepas :D

Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.>>utk cara2 yg ni boleh naikkan doh 2 kali ganda dulu, buang angin doh, dan terap atau bentukkan dia dan perap kembali sehingga doh naik kembali.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.>>kalau buat burger malaysia tak yah lah letak gula yer :D sediakan sambal tumis n yg sewaktu dgnnya :-)

_DSC0390

14 ulasan:

Unknown berkata...

Assalam Ika, bestnyer tgk burger Msia yg montok ni.lama tk mkn ni.akak pun pernah buat guna doh donut juga..hehe

Amie berkata...

Cantiknya Burger Malaysia Suria! kalah burger omputih kan Ika.... he he heee

Sheila Shafeareen berkata...

Salam tuan rumah heheh selamat bepuasa...cantik lahhh beger m"sia bulat tedetak je...negok inti dlm pun dah terliuq...:-)...

asyifamustaffa berkata...

alahai comelnya berger m'sia akak...comeynya...!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

cantiknya burger Arah melambangkan betapa telitinya Arah..

EmbunRosaliza berkata...

Assalam ika, cantik mulus je beger mesia tu ika, ada tips ke masa menggoreng tu, cantik suka tgk

Unknown berkata...

alaaa..jeles btl tgk burger m'sia ika ni tau..akak selalu buat x jd comel mcm ni.. x pandai kawal api la gaknya,ptg ni t'ingin nak buat sbb ada lbh sambal tumis buat nasi lemak smlm.... harap2nya menjadilah... :)

ibh_sue berkata...

Asslmkum ika.
Rajin ko dik. Gebus2 burger mesia ko. :)

3 hungry tummies berkata...

Salam Ija... sedapnya burger tu,... nak cuba hujung minggu ni :)
selamat berpuasa ye

FnF Simple Life berkata...

Ni pun salah satu kuih yang kami suka...entah bila nak buat ye...InsyAllah sebelum habis ramadhan. hari ni nak meroti john ;)

Chik Mimi berkata...

lama akak tak buat beger ni ,kalau nampak kat gerai mesti angkut punya hik hik hik

zila norazila berkata...

wahhh wat akk kecurr jew nie..hikk2..antor sikit kt umah akk leh wat buka:)

quinnie berkata...

sedapnya kuih ni...penuh inti sambal yg syok tu..hehehe...kita buat sendiri tak best la kuih ni sebab tak pandai buat sambal yg sedap..huhuhu

faa.rosli berkata...

teringat masa zaman skolah dulu slalu mkn..hihihi