ads/iklan

Isnin, 13 Ogos 2012

Frambozen Kenari dan SELAMAT HARI RAYA!!

_DSC0031-1
FRAMBOZEN KENARI

Salam ramadhan dan Lebaran buat semua! :))

Bissmilahirohmannirrohim, sebelum terbang balik ke mesia, sebelum tu nak ucapkan BUAT SEMUA PENGUNJUNG, TEMAN2, KAKAK2, ADIK2 BLOG ARAH, SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI, MAAF ZAHIR BATIN, andai ada terkasar bahasa semasa mengarang setiap entri2 kita sblm ni hingga sekarang atau pun pd masa akn datang juga, andai ada yg terasa atau berkecil hati dgn setiap pertuturan kita, Halalkan segala resepi2 dan juga makan n minumnya, sempena hari yg mulia ni kita nak ambik kesempatan memohon maaf secara ikhlas n rasa rendah dirinya pd semua sekaliiii yg mengenali kita sepanjang berblogging mahupun tidak, insyaAllah pada hari2 yang mendatang kita akn memperbaiki setiap kesilapan kita yg lepas insyaAllah! Doakan perjalanan kami ank beranak selamat sampai insyaAllah! Terima kasih!

Biskut terkahir sebelum berangkat ke malaysia :-) Sangat glamer nama beskut ni, rasa dia pun sedap, ramai yg dah buat tp terus teruja nak buat bila nmpk kak zila cayang post n3 beskut kereta kenari niii :D Resepi kita ambik kat resepi.net sbb ada bhn tak cukup masa nak buat guna resepi dr blog kak zila :D Mcm biasa buat tuan resepi terima kasih sbb berkongsi, minta izin n dihalalkan kembali resepinya :-)) Untuk balas kunjungan, insyaAlah kalau free petang2 kita lawat, mekaseh!

FRAMBOZEN KENARI
Resepi Asal : RESEPI.NET

Bahan-bahannya:
  • 2 cwn Tepung Serbaguna>>yg ni kita guna special flour sbb byk stok :D
  • 2 Biji Telur, asingkan putih dan kuning (Kuning telur masukkan dlm adunan beskut dan putih utk meringue)
  • 1/2 cwn gula>>kita guna gula halus dan kuantiti kita kurangkan
  • 1/4 st garam
  • 3/4 cwn margerine atau mentega>>yg ni kita guna mentega
  • 1/2 cwn badam cincang>>yg ni tak pasti masukkan dlm adunan beskut tp kita tak masukkan yg ni,
  • Jem blueberry atau Raspeberry secukupnya>>utk yg ni kita buat filling blueberry cheesecake sbb tak nak manis

Topping Meringue
  • 1/3 cwn gula halus
  • 2 biji putih telur yg dah diasingkan kat bhn di atas tadi
  • 2 st Tepung Jagung

Hiasan
  • 1/2 cwn hirisan badam

_DSC0011
sedap sedap sedap!!

Cara-caranya
  1. Panaskan oven pada suhu 200c>>yg ni ikut kepanasan oven masing2
  2. Pukul butter dan gula sehingga creamy, masukkan kuning telur tadi dan teruskan memukul sehingga sebati, masukkan garam.
  3. Dengan menggunakan spatula, masukkan 1/2 cwn bdm cincang tadi dan gaul sebati.
  4. Masukkan tepung(yg ni kita ayakkan dulu) dan gaul sehingga menjadi doh.

Perhatian
  1. Doh akan keras sedikit. Tekan doh pada loyang pembakar 9x9x2 inci yang telah di alaskan dengan baking paper terlebih dahulu supaya senang keluarkan(yg ni kita guna loyang biasa jerr, kalau ada loyang khas boleh guna yg tu sbb nanti potongannya cantik) dan bakar adunan beskut sehingga kekuningan selama 15-20minit.
  2. Biarkan base biskut sejuk sedikit dan boleh lah di sapukan jem tadi.

Topping Meringue
  1. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi di dalam mangkuk steel yang bersih dr minyak dan air, sehinggga kental dan memekat.
  2. Masukkan 1/3 cwn gula halus sedikit demi sedikit dan sambung memukul pada kelajuan tinggi sehingga likat dan berkilat.
  3. Sapukan meringue(adunan putih telur) di atas adunan biskut yg telah di sapukan jem tadi, ratakan dan taburkan dgn hirisan badam.
  4. Bakar pada suhu sederhana 180c(yg ni kita bakar pada suhu 150c selama 45 minit, kalau atasnya dah perang boleh tutupkan dgn alumunium foil utk mengelakkan putih telur hangus) selama 8-10minit atau lebih, lebih kurang 20 min, sehingga topping meringue menjadi kekuningan sedikit.
  5. Biarkan sejuk sedikit barulah di potong 1 1/2 inci segi empat.

_DSC0013

19 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

mmg ramai yg buat sekuk ni kan ika... nak gi raya mana lah nak merasa ni.. nak buat sendiri memang takde mood nak mengukis pun tahun ni.. hehe..

apa2pun.. semoga selamat sampai ke m'sia ye.... & selamat hari raya buat ika juga.. maaf zahir & batin..

Kak Nita berkata...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin juga dr akak ye,....

Ika..Nak seketul biskut tu boleh????

ibh_sue berkata...

Hamboii..kemain lg nama sekut tu Ika..Hee

SELAMAT HARI RAYA IKAAA.

faa.rosli berkata...

selamat hari raya jugak!
maaf zahir batin...

bestnye kuih last dia ni...

Amie berkata...

Makkkkk..... sedapnyha! Nak juga Ika..... tk tahan nengoknya!

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Ika...sedap nama sekut ni..mesti sedap gakkkk...nak ngendeng ngan ika jauhhhh lak :(

FnF Simple Life berkata...

Salam Ika... menarik seh. sedapnye. byk dah kukis Ika buat. Akak gak ketinggalan ketapi. hehe... takdok mood nak raya

zila norazila berkata...

salam syg ika,

maaf zahir batin juga dari akk yer..smoga selamat sampai ketanah air tercinta..:)..kereta kenari dah ada kt sini jgk yer..ha hahaaa..wahhh yg ada cheese pon sodap tue..akk punya dah habis ..:)

Ayu berkata...

Selamat hari raya buat ika & family ..maaf zahir batin..sekira ada terasa hati time akak berbual2 dan tinggalkan comments ya....semuga perjalanan pulang kekampung dipermudahkan ...enjoy your holidays in malaysia!!..

tun_telani berkata...

tun blm sempat mengukis!! :( hopefully khamis nk blk kg, sempat la marathon wat sekuk raya, insyaAllah..
selamat pulang ke kg kak ika. selamat hari raya juga ^^

Nur-nba berkata...

Dah banyak kuih raya Ika.. Kalah akak.. Semoga perjalananmu selamat pergi dan balik.. Selamat hari raya.. :)

::Azura Rahman:: berkata...

Selamat Hari Raya Ika... semoga sampai ke Malaysia dgn selamat..

Nuridah berkata...

Assalamualaikum adik Ika cayang!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Ika sekeluarga...pohon ampun dn maaf jika ada kesilapan dn terkasar bahasa...eh dh nk balik kg ya...have a safe journey!!Nanti pagi raya kita duduk bawah pokok ya mkn cama2...msk sedap tau!!hehehe.

Mas Sani berkata...

selamat hari raya maaf zahir dan batin buat ika sekeluarga.... Selamat bercuti dan berseronok di kg ye :-)

sungguh ke sedap.....sunggun jeles akk tgk....sungguh..sungguh kecur tekakk akk ni....sungguhhhhhhhhh :-) hiihihihihi

quinnie berkata...

kita teringin nak makan biskut ni tapi nak membuatnya takut tak jadik..heheeh

selamat hari raya aidilfitri buat ika sekeluarga...mohon maaf andai ada tersalah kata sepanjang perkenalan kita :) balik kg jgn makan byk sgt ye..hehehe

Unknown berkata...

As salam Ika,

Sorry terlepas keretapi tgk biskut sedap ni...alahai... apa2 pun Selamat Hari Raya! Taqabbalallahu minna wa minkum, wa ja'alanallahu Minal aidin wal faizin... :)

Dah smp Msia ke? Bestnyeeee... Raya baik2 ye... Gonna miss u! :)

cikmanggis berkata...

salam Yang:)...selamat hari raya maaf zahir batin.

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World berkata...

Selamat Hari Raya Ika dan Maaf Zahir batin

Noli Cupcake Bentong berkata...

selamat pulang...selamat ari raya aidilfitri :)