ads/iklan

Isnin, 3 September 2012

Kek Kukus Lapis Asam Manis

_DSC0435
KEK KUKUS LAPIS ASAM MANIS

Salam syawal :)),

Ingat kat saya lagi tak? ehehe.... Hari ni seronok sgt2 sbb ada tetamu dtg kat rumah, sapa tu?? Tp gmbr tak byk yg ambil tak pandai n sbb sibuk berbual :D Terima kasih yg tak terhingga buat tetamu PERTAMA yg dtg ke rumah kita, minta maaf kalau ada yg terkurang sbb rasanya byk sgt terkurang atau lauk2 tak sedap ke kan :D n mintak halal jugak sume2 maaf zahir batin :-)) Tak pernah terima tetamu lebih dr seorang sbb kita ni bukanlah spesis yg pandai masak byk2, setakat utk 3 org tu boleh ler lagi kalau ramai2 mmg kena rewang2 lah eak hihihi....

Antara kuih yg sempat buat, kebetulan masa buat kek ni penyakit mata kita yg pedih2 tu dtg lagi, kira hari ke 2 lah sakitnya mata kita ni, buat pukul 12mlm, abis dlm pukul 1.30pg, itu pun ada suku lagi main humban jerr sbb takut sorang2 duk kat dapo kikiki... Masa raya mak ada buat tp ntah kenapa mak tersilap kat mana buatnya tak kena pulak kat tekak kita biasanya mmg sedappppp!! TAPI KEK KUKUS BUAH MAK yg terbaekkkkk!!! Paling suke kek kukus asam manis dgn kek kukus buah air tgn dr mak kita, mmg sedapp tiada tandingannnya dgn yg ada di jual ececece..... mungkin mak penat sgt sbb tu ada yg silap :-))

Akhir sekali, terima kasih setiap kunjungannya :-)) InsyaAllah kita buat kunjung balas bila free :-)) Salam....

KEK LAPIS ASAM MANIS
Resepi Asal : ARAH

Bahan-bahan

  • 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan butter>>guna margerin planta
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sk ovallete
  • 1/8 cawan susu pekat/3sb
  • Sedikit esen rose


_DSC0459
Lapisan asal n letak kaler hijau sbb tak jumpa kaler kuning :D

Cara-cara
  • Blend biskut tawar halus. kemudian ayak dan ketepikan.>>tak nak ayak pun boleh tp pastikan jgn berketul-ketul
  • Pukul , gula dgn butter sehingga gebu.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis dan masukkan ovallate, susu pekat dan esen rose dan terus memukul sehingga sebati.
  • Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. dan letaklah warna kesukaan anda.Sapu loyang dgn butter, seelok eloknya gunakan loyang 4 segi.
  • Kukus setiap lapisan 5 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pd setiap lapisan.
  • Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek.
  • Buat sehingga siap. Utk kukusan lapisan terakhir di panjangkan sikit dr 5 minit, dlm 8 atau 10 min sehingga masak.


_DSC0454

19 ulasan:

Amie berkata...

Cantiknya kejadian kek lapis asam manis dia ye... Kak Amie pernah buat sekali, lamaaaa tahun lepas dan teringin nak buat juga tapi tunggu masa yang sesuai he he he ehhh

quinnie berkata...

rajinnya buat kek kukus...kita dah berkurun tak buat..hahahha..malas!!!..

amboi..baju raya...biru ek...sakitsss mata i tengok..kakakkaka....semua in bluesss ye..kekekek

kita sekarang ni rasa cam di awang awangan jer...kakaka....

Chik Mimi berkata...

Assalam ijah,cantiknya lapisan kek ni ,akak pun tgh teruja nak melapis tapi cik mahamood tak mari2 heehhe

ibh_sue berkata...

Cak! Assalamekom.
Peh! Kek lapis hawflakes tu. Lama betul x bwt. Sedap tu.
Ika! Cantik lapisan ko tu ika. Akk x reti lg melapis dgn sabo. Sbb tu hasilnya taraf bdk darjah 1 ja ngeeeee.

adda syuhada berkata...

Adda suker makan kek lapis..apa2 jenis kek lapis la..tp nak membuatnya tggu2 la dulu bila pakar wat kek biasa dulu..kihkih..tp apa2 pun suker tgk lapisan tuh..cantikk..

Kak Nita berkata...

Salam Ika...
Bagi pendapat ikhlas akak la,hanya org mempunyai tahap kesabaran yg tinggi saja yg boleh melapis sekemas dan setinggi itu wahai deq ika...setuju takkk?

Kak Sam berkata...

Bila duk tengok tayangan kek lapis memang teringin sangat nak buat, tapi rasanya tak berkemampuan kut.

Nur-nba berkata...

Sungguh cantik hasil kek lapis Ika ni.. Akak memang tak pandai buat kek ni.. TQ atas ucapan di blog.. Salam Aidilfitri juga..

Sheila Shafeareen berkata...

hai ika hee cantik dan tebal suka lahhh akk pun mcm Q juga bekurun x buat kek ni..entah napa thn ni x ada kek lapis asam manis.....negok le bila mood lapis dtg ingat nak juga buat....

Ayam berkata...

salam Ika...lama lah tak nampak..hehe kek lapis masam manis yang mengoda cantik sangat.

Marsita Yahya berkata...

salam,
banyak nya blogger yang buat kek lapis ni...ni yang teruja nak buat jugak

FnF Simple Life berkata...

cantiknya kek lapis Ika. Akak suka buat kek kukus je, kek yang nak kena lapis2 ni alahai lecehnye... bagi sket kerajinan Ika kat akak...hehe

Unknown berkata...

Ika....kakak akk selalu buat kek ni tp dia bakar. Adik dia sorry ler nak buat, tunggu org bagi..hehe

Nadz Nazharzan berkata...

Ika, ni la satu2nya kek yg en hubby akak suka makan. Kek2 yg lain2 dia makan cikit2 jer..Kekadang tu tak makan langsung pun.. Akak minta sepotong boleh? Lama dah tak buat...

faa.rosli berkata...

ni fevret ummi faa ni..hihihihi..comel n kemas je kek akak buat...

selamat ari raya!

zila norazila berkata...

salam ika cayanggg..
akk pun plan nk melapis jgk nie..tp entah bila nk buat..h ehhe cantik n kemas hasil kerja tangan ika tue..suka akk tgok la..:)

NUR berkata...

Xpernah lg buat sendiri. Beli je.. Teringin..

dZana berkata...

aslmkum ika..salam rindu jugak.. akk ni tgok smua bende rasa nak buat.. tpi kudrat jer yg tak larat.. bila dpt buat sndiri mmg rasa seronok.. bila nk upload pic2 raya kt kg tu..

Liza berkata...

fuhhh, cantiknya lapisan kek tu ika... kalau akk buat kan ada tebal ada nipis, ikut suka hati jer....hihihii
meh sini tlg akk melapis....hihihii