ads/iklan

Jumaat, 24 Februari 2012

Ayam Panggang Ala Chinese n Nasi Ayam Halba

_DSC0461
AYAM PANGGANG ALA CHINESE & NASI AYAM HALBA

Salam jumaat buat semua,

Pagi ni emo sikit sbb dpt berita sedih yg dihadapi oleh kawan jepun kita yg tggl kat sini :(, kehilangan arwah Faris masih lagi terasa sampai skrg ditambah lagi dgn berita yg lagi satu ni, terus terusan sedih, doa ajer yg dpt diberikan, moga tabah dgn dugaanNya insyaAllah!

Hari ni ada mission, KALAU sihat tubuh badan akn terjah ke sana, buat apa tu???? ^___^ nak ambik ubat lepas tu nk tido rehatkan bdn, utk balas kunjungan, insyaAllah kalau free kita buat kunjung balas kembali, terima kasih :-)

Resepi dr dapo KAK PATY, cnp dr umah KAK HANA, mintak izin n halal kembali resepinyer dikongsikan disini n buat rujukan akn dtg, terima kasih! Akhir sekali, selamat berhujung minggu sume!

AYAM PANGGANG ALA CHINESE
Resepi Asal : KAK PATY`S KITCHEN
Copy n Paste : KAK HANA

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 3 sb marjerin/mentega
  • 1 sb madu
  • 2 sb kicap cair
  • 2 ulas bawang putih - parut - hana tambah halia
  • garam dan lada sulah - hana buh lada hitam
Untuk Sos - hana bg anggaran kasar je..resepi asal xde sukatan tepat..klu terlebey terkurang ejas ye>>pandai2 adjust rasa ya, kita pun adjust2 sikit :D
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap pekat
  • 1 sb kicap cair
  • 2 sb air rebusan ayam
  • 1 sb madu - hana tambah
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung jagung bancuh sedikit dgn air

_DSC0472_DSC0470
Nasi Ayam Halba ni buat mcm nasi ayam cuma tambahkan halba, dan sambal ni pulak buat mcm kak hana buat.

Cara-cara
  • Bersihkan ayam dan keringkan.Satukan kicap, mentega, bawang putih dan madu . Campurkan semua.Lumurkan ke atas ayam dan perap selama 1 jam.Panaskan oven 400F/200C. Panggang ayam selama 15 minit dan kecilkan suhu ketuhar ke 350 dan terus panggang selama 30 minit lagi sehingga ayam masak.
  • Untuk sos - Satukan semua bahan kecuali tpg jagung ke dalam kuali/periuk kecil. Kacau hingga mendidih. Kecilkan api. Tuang bancuhan tpg jagung sehingga sos agak pekat.
  • Potong ayam dan curahkan sos. Hidangkan dengan nasi ayam.

_DSC0473

Khamis, 23 Februari 2012

Pau

_DSC0528
PAU

Salam pagi khamis sume :-),

Hari ni bdn kurang sihat, ni n3 tertunggak n auto publish. Oh tidakkkkkk... esok dan sabtu sahaja! nak nangesssssss T^T hanya org yg tertentu ajer yg tahu :D

Resepi pau ni masih gunakan resepi dr JANE, mudah n gebu sgt2! suke lerr dgn resepi ni skrg, biarkan sampai esok dlm kukusan yg masih bertutup ttp lembut! Tapi mcm biasa kita mmg suke cuba resepi baru :D tambah ilmu baru dlm dunia masakan ye tak? ayat yg sama jerr dr semalam ni hihihi... Ok, resepi kita letak sini lagi buat rujukan mana2 blogger yg nak mencuba, pasti takkan keciwaaaa ;-) Hari ni kena g hospital bukan kerana kita kerana yg kecik ni masih demam lagi dah 5 hari tuuuu, harap2 takde apa2 yg serius insyaAllah. Jumpa lagi nanti, blogwalking ikut kelapangan kita nanti insyaAllah! Terima kasih :-)

PAU(RED BEANS BUN)
Source: JANE CHEW
Terjemahan : ARAH

Bahan A

  • 300g Tepung Hong Kong>>yg ni kita tak de gantikan tepung pau
  • 150g Susu>> susu segar
  • 50g Gula caster
  • 1 1/2 Tbs Shortening
  • 1 tsp yis
  • Sedikit garam

Bahan B

1 tsp Double Acting Baking Powder + 1 tbs Air

Bahan2 Inti>>yg ni kita guna inti kaya,

480g Inti Kacang merah readymade, bulat2kan inti td anggaran berat 30g sehingga habis dan ketepikan.>> kita guna kaya

_DSC0524
eeeeeeeee.. suke sgt sbb sgt licin n putih melepaks ^___^, tanpa inti sbb sapu dgn kaya :D n kakak n adik suke mkn gitu tanpa inti :D

Cara2:

  • Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda(lebih kurang 45min-1jam).
  • Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat.
  • Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35g.
  • Isikan dgn inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus.
  • Rehatkan kembali lebih kurang 30minit.
  • Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau.
  • Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusnkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5minit, hidangkan panas2.


_DSC0510_DSC0511
sebelum n selepas :D ada yg tak jadi bulat cantek sbb masa bulat2kan tu tak tutup betul2 :D

Rabu, 22 Februari 2012

Homemade Kaya

_DSC0571
HOMEMADE SRIKAYA

Salam petang rabu,

Hari ni rata2 sume n3 blogger wordless ya? :D Kita KAYA dgn KAYA!! alhamdulillah, jadi juga akhirnyer tapi ini bukan kali pertama kita buat, dah byk kali buat tp pemalas sgt asyik nk import dr mesia jerr, tapi kan secara jujur buat sendirik lebih sedap dr yg beli ececece... siyesss ni! kurang bau ayam ^___^

Resepi dr MyR oleh HAZIQ, terima kasih kerana berkongsi resepi yg sedap lagi lazat ni ya :-) dan minta izin n halal juga resepinya utk dikongsikan disini juga. Ada cerita disebalik cerita KAYA ni, biarlah rahsia huhu... kita tutup buku utk hari ini sbb bdn dah kurang sihat, asyik bersin jerrr ni haaa... minta undur diri dulu, salam n selamat malam sume!

HOMEMADE KAYA
Resepi Asal : HAZIQ MyR

Bahan-bahan ( 10 org )

  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 2 ringgit santan pekat (500gm)>>Kita gunakan 500ml santan pekat dlm tin :D
  • 5 biji kuning telur
  • 2 camb. tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
  • 1 helai daun pandan>>yang ni kita letak essence pandan

_DSC0572
Lebih lazat berbanding yg ada di pasaran hihihi....

Cara-cara

  1. Campur gula dan air dlm periuk jadikan gula hangus.
  2. Bila gula dah kekuningan masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut.
  3. Biarkan sejuk betul2.
  4. Bila santan dan gula hangus tadi dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau diatas api yg sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya ni akan pekat.


_DSC0548

Kuih Kaswi Gandum

_DSC0503
KUIH KASWI GANDUM

Salam pagi rabu sume :-)

Resepi asal dr CHEF HANIELIZA, dah nmpk umah KAK IZAH, umah KAMALIA last sekali kita nmpk kat umah CIK CEK, kita copy n paste dr umah CIK CEK, macehhh sume! Buat tuan punyer resepi minta izin n halal resepinyer utk rujukan akn dtg :-)
Link
Kita peminat kuih kaswi, byk2 kuih kaswi yg menjadi kegemaran kuih kaswi resepi dr KAK Q ececece..... :D Tapi oleh kerana nk mencuba, jadi dptlah tahu resepi yg baru n rasa yang baru, ye tak? :D Yang pasti kelapa parut tu bukan yg asli tp dah dikeringkan n di kukus dgn sedikit santan n garam, sekian.

KUIH KASWI GANDUM
Resepi Asal : CHEF HANIELIZA FP
Copy n Paste : CIK CEK

Bahan2
Bahan A - Sirap
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • *saya tambah beberapa helai daun pandan>>kita letak essence pandan :D

Bahan B
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam

_DSC0504
Guna gula merah + pewarna cekelat sbb tu jd gelap mcm tu :D

CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
  • Panaskan kukusan.
  • Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
  • Masak sume bahan2 A sehingga gula sume larut...angkat ketepikan/sejukkan...
  • Campurkan kesemua bahan2 B kecuali kelapa parut dan garam....
  • Bancuh bahan A kedalam bahan B dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  • Kukus/masak kuih sehingga masak [30 minit]
  • Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
  • Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
  • Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


_DSC0505

Selasa, 21 Februari 2012

Kek Batik Arora

_DSC0494
KEK BATIK ARORA

Salam pagi selasa sume,

Tak nak taip byk2 sgt, n kita tahu ramai yg kurang sihat skrg ni kan? kat mana2 sumenyer batuk2, demam, selsema, yang pasti jgn lupa makan ubat, pastikan rehat yg secukupnyer>>sayalah tu :D minum air byk2, sentiasa basuh tgn, gunakan mask kalau g kuar atau hospital. Ayat biasa dgr kalau jumpa doktor.. Kita pun dah penat sgt skrg ni, bdn pun dah mcm dedo2 gitu, uuuwaaaaaa...sedih sbb tgh menghitung hari2, doa2 diberi kesihatan sampai akhir minggu ni atau bulan ni atau bila2 hihihi.. ada makna tu tau :D

KEK BATIK ARORA ni kita jatuh cinta sejak ABG ADY n3 seminggu yg lalu kalau tak silap tp almaklomlah sejak2 warm up ni kan, mcm2 yg nak dibuat n cuba TAPI ingat, bukan kita yg makan sume tu, kita setakat jamah ajer :D mkn skrg ni kena jaga especially kek2 atau kuih2 atau dessert2, takut lerrr nk pergi medical check up nanti, paling takut diabetes.. da panjang2 pulak ya :D Rasanyer kat mana2 umah dah ada kek belang2 si tompok pelangi ni, nak sebut sorang2 tak ingat nanti ada yg kecik hati pendek kata, terima kasih buat semua org yg bg idea nk mencuba sesuatu resepi yang baru :-) dan terima kasih juga buat tuan punyer resepi asal ni kerana berkongsi, minta izin n halal resepinyer utk rujukan akn dtg.

KEK BATIK ARORA
Resepi Asal : DE NUANZA
Idea : Semua blogger yg dah mencuba

Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 inci)
  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa>>purple perasa keladi, Oren untuk butterscotch, Hijau untuk perasa pandan, merah untuk perasa strawbery, Coklat untuk perasa coklat

_DSC0493
Tak kesah ler cantek ke tak :D guna loyang paling kecik hasilnyer lebih bagus n sedap sbb teksturnyer mcm padat tapi guna loyang besar tekstur dia mcm sponge ^____^ suke yg teksturnyer padat, sedapp!

Cara-Cara:
  1. Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet, ketepikan.
  2. Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.
  3. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan kedalam adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)
  6. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan.
  7. Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-masing (*akak tompokkan jugak - 2 sudu besar setiap adunan, atur selang seli atas setiap tompokan).
  8. Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180 darjah celsius selama 45 mnt - 1 jam (akak bakar pd suhu 165 C selama 50 minit).

_DSC0495

Isnin, 20 Februari 2012

Biskut Coklat Chips Famos Amos Homemade

_DSC0402
BISKUT COKLAT CHIPS FAMOS AMOS HOMEMADE

Salam pagi isnin semua,

Sebelum tu minta maaf, kita belum dpt buat kunjung balas disebabkan ank kita yg kecik pulak demam, kakak pun asyik batuk2 jerrr, hari ni mmg akn ke hospital lagi sebab doktor dah bgtau kalau mlm demam lagi mmg kena bwk balik ke sepital. Semalam pergi sepital masa buat cek utk influenza A dgn B dia punyer result negative, tp semalam doktor ckp itu hanya 70% ajer keputusannya TAPI mlm td bermula lepas maghrib sampai ler ke tgh pagi dia punyer suhu tak nak turun, segituuu jerrrr, kalau setakat 38.5c tu kita dah biasa, tapi kalau dah sampai 40c sapa tak risau kan? Setiap 4 jam bg ubat, klu temp dia terlalu panas at least sampai 39.5c mmg kena lap2 bdn dia kasi turunkan suhu kalau tak takut kena sawan. Mata kita mengantuk :D Harap2 hanya demam biasa aja, kita ni malas pergi sepital takut satu jerrr, kena tahan masuk wad, itu yg lemah sikit sbb budak2 sekolah, mana nak buat bekal sekolah lagi, kalau kat mesia senang ajerr boleh suruh mak ke atau sapa2 yg jagakan, tapi kalau kat sini keseorangan n semua2 kita yg kena buat, inilah salah satu cabaran kalau ddk kat negara orang, tapi setakat ni alhamdulillah dah menjadi biasa sbb dulu2 biasa ulang alik masuk wad so far boleh managed semuanyer. Ok, kalau free ptg2 nanti ke mlm2 nanti kita buat balas kunjungan, terima kasih!

Resepi ni dah famous amos dikalangan blogger2, kalah famos amos kukis walau kita tak tahu rasa sebenar kukis famos amos tu :D. mmg TAK PERNAH beli langsung, kalau kat airport tu bila lalu kat depan kedai famos amos ni kan makin nak lari jauh2 kita pun tak tahu lah kenapa, mmg tak lalu betul nak mkn sekut famos amos yg kata org sedap sgt tu kan? hihihi.... saya lebih rela mkn biskut tiger, yg tu sedap :D Utk resepi beskut ni, resepi asal dr KAK NADZ, kita kopipes dr umah KAK Q, minta izin n halal kembali resepinyer utk di kongsikan n buat rujukan pd masa akn dtg, sebenarnyer bhn2 buat beskut ni senang sbb tu kita suke rasa dia mmg sedap! siyeesss sedap! utk kemanisan tu pandai2 ejas :D kita bab2 gula mmg akn kurangkan, tak pernah setia dgn sukatan betul hihihi....

BISKUT COKLAT CHIPS FAMOS AMOS HOMEMADE
Sumber Asal :KAK NADZ
Copy n paste : KAK Q n KAK DIANA

Bahan di ayak:
  • 280 gm ( 2 1/4 cawan ) tepung gandum
  • 10 gm ( 3 tsp ) serbuk koko
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate>> kita kurangkan sikit
  • 2 tbsp susu tepung
  • Secubit garam

Bahan2 lain

  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor>>yg ni kita kurangkan ke 110g
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm ( 1/2 cawan ) coklat chip _ boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa>>yg ni mmg kena kurangkan sbb manis klu letak byk2
  • 100 gm sebarang kekacang ( walnut, badam, gajus dan lain² yang dicincang ) _ Diana bubuh gajus cincang >>yg ni cuma letak bdm, nxt time buat letak kekacang kurangkan coklat cips.
  • Kismis _ Optional ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa ) _ Diana tak bubuh >>tak letak sbb budak2 tak makan

_DSC0377
Memang sedap lah! :D
Cara2

  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan² ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak.
  6. Boleh juga diuli menjadi bebola² kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
  7. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT² ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  8. Bakar pada suhu 160°C selama 15 - 25 minit bergantung kepada saiz bebola² adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
  9. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sabtu, 18 Februari 2012

Ayam Goreng Berempah Beriani

_DSC0361
AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI

Salam minggu buat semua pengunjung arah :-),

Alhamdulillah, masih diberi nafas utk meneruskan rutin hari ini insyaAllah. Sebelum tu nak minta maaf pada yg selalu bg komen yg takde dlm senarai bloglist kita jangan kecik hati ya klu tgk takde tersenarai kat bloglist kita. Rasanyer ada masalah teknikal sama ada kita yg tak reti atau lappy dah menggong :D, dah cuba add list link blog2 baru yg kita belum add tu kat bloglist kita tp bila klik save, dia takde respon, guna IE pun sama, mozilla pun sama dia takde respon, jdnyer minta maaf sgt2 segala kesulitan yg melanda ya, kita buat kunjung balas melalui link yg ada kat komen. Terima kasih.

Hari ni takde sekolah ganti, minggu depan ada, tp hari ni mcm biasa akn panggil bbsitter utk jagakan budak2 kat rumah :D Ayam kat bwh ni masa makan dgn NASI LEMAK TUMIS itu hari ngeeeee :D skrg larat baut 1 n3 jerr insyaAllah! kalau tak larat selang2 hari, minggu depan sibuk sikit lah sbb dah mula bz, ikut kesempatan kalau ada lebih masa kita luangkan kat sini. Last sekali, selamat berhujung minggu sume! mana yg tak sihat jgn lupa rehat yg secukupnyer n jgn lupa makan ubat! Terima kasih buat KAK DAYANG atas resepi ni, kopipes dr umah KAKAK SECUBIT GARAM, minta izin n halal resepinya, ty!

AYAM GORENG BEREMPAH BERIANI
Resepi Asal : KAK DAYANG
Copy n Paste : KAK NOR

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
  • perahan jus limau nipis ~ k.nor tambah

Bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
_DSC0363
Goreng garing2, kita suke :D

Cara-cara :
  • Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  • Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  • Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.
_DSC0362

Jumaat, 17 Februari 2012

Donut Sira Sambal n Gula

_DSC0422
DONUT SIRA N GULA

Salam pagi jumaat yang mulia buat semua :-)

Hari ni kakak dah mula g sekolah, alhamdulillah. Dan saya pun boleh tarik nafas lega sbb boleh kembali berjogging semula :D Tapi hari ni dia org belajar sampai waktu ke 3, maksudnyer tiada bekal lah ya, sume balik awal, suke3!!! ehehehe... Mulai skrg nak cuba buat ayat sopan2 sikit lah, sblm ni ayat mcm kurang sopan jer kan? Maaf ya kalau ada yg terasa, nak ketawa pun kena tulis HIHIHI...atau HEHEHE...

Mari kita mengimbau semula zaman sekolah rendah dulu, rasanyer bahagian johor yg sgt pemes dgn donut sira ni, kan kan :D Terima kasih pada Noorsha sbb sha yg bwk virus donut sira, dan terima kasih jugak buat Mamamya sbb buat kita pun nak buat jugak donut sira ni, alaaaaa.. tak ssh mana mcm kita sira2 kerepek ke gitu lerr tp cara sira setiap org berbeza bhn yg digunakan pun mungkin ada sedikit berbeza. Untuk resepi Donut kita buat resepi DONUT SURIA(Suke resepi ni sbb bhn2 senang,sukatan pun senang dan yg penting gebuuuu n lembut :)), utk sambal sira, ikut resepi campak2 mak kesayangan ^__^ tapi kita bg nama bhn2 jer lah sbb semalam ni pun kita main campak2 jugak hihihi... Buat semua, selamat berhujung minggu dan mungkin akn kembali minggu hadapan insyaAllah! Kunjung balas kalau free insyaAllah! :-) Untuk Donut Sambal NOORSHA leh g SINI, atau g umah MAMAMYA

DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net
Copy n Paste : KAK HANA
Tgk SINI pon boleh, tgk kat
wanieyra@ummiaffaf pon boleh :D


Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!!
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.>>yg ni kita tambah sbb lain tepung.
Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.>>yang ni kita perap doh sampai naik lebih kurang 45min, baru bentukkan dan naikkan doh yg dah diperap td lagi sekali
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

_DSC0443
weeeeeee....donut sira donut sira eheheh....

Sambal Sira
Resepi Asal : ARAH

Bahan2:

  • Lada Kering 10-20 tangkai ikut kepedasan
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 2 biji bawang merah kecik
  • Gula>>ikut kemanisan
  • 15 ekor ikan bilis di siang>>nk tumbuk asing pun boleh nk blender dgn lada pun boleh
  • Sedikit Belacan>>tambahan. tak letak pon takpe
  • Sedikit air asam
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak utk menumis

Cara2

  • Lada kering dibuang biji dan basuh.
    Blend kan lada, bwg putih, bwg merah, ikan bilis dan sedikit belacan jika suke dgn sedikit air sampai hancur. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan blender tadi sehingga naik bau, dgn menggunakan api perlahan. Kemudian masukkan gula, grm dan air asam dan masak sehingga sambal likat, untuk gula ikut kemanisan masing2. Tunggu sehingga sambal betul2 masak dan ceduk minyak yg keluar semasa menumis td dan boleh masukkan donut yg siap di goreng tadi sehingga keseluruhan donut di selaputi sambal. Angkat dan boleh dihidang!
_DSC0460

Khamis, 16 Februari 2012

Roti Kukus

_DSC0418
ROTI KUKUS

Salam pagi khamis sume!! :-)

Hari ni kena pergi hospital lagi utk follow up appointment kakak, dan lepas ituuuuuu ada org dtg nk cuci ekon2 dlm umah ni sume, jdnyerrrrrr, byk lah kerja2 saya yg jadi terbantut nak buat. Kunjung balas insyaAllah kita buat bila lapang nanti ya.

Nmpk roti kukus gemuks kat umah kak CM sbnrnyer ni lah, terus jatuh cinta nk buat sbb kakak mmg suke sgt mkn roti kukus aka pau ni tanpa inti tapi cicah dgn kuah kari, kari pun mmg kegemaran kakak, nanti mesti dia suruh simpan kari tu utk makan dgn roti kosong pulak esok ni hihihi.. sgt sgt sgt gebuuuuuu, sampaikan terpegang kulit atas tu dia tenggelam punyer lah lembut! Resepi asal dr blogger di seberang sana indonesia, AYIN, mekaseh utk resepinyer, minta izin n halal kembali utk dikongsikan n buat rujukan akn dtg :-)

ROTI KUKUS
Resepi Asal : AYIN
Copy n Paste : KAK CM

Bahan-bahannya:

  • 3 cawan tepung pau.
  • 5 tbsp gula kaster.
  • 1 1/2 tsp yis segera.
  • 2 tsp baking powder.
  • Secubit garam.
  • 1 1/3 cawan susu segar.
  • 1 tbsp minyak jagung.>>yg ni kita gantikan dgn shortening

_DSC0413
suke dgn kejadiannyer ^____^ tp pengukus kita kecik loyang yg besar kat bwh tu dia terpenyek rotinyer hihihi tp masih lembut n gebu!

Cara-caranya:
  • Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk pengadun kecuali susu segar.
  • Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil uli perlahan-lahan (Cm guna KA)>>uli tgn :(.
  • Uli hingga sebati dan elastik dohnya.
  • Perap selama 1 jam.
  • Kemudian uli buang angin dan .bentukkan bulat bulat.atur dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.Biarkan doh kembang hingga dua kali ganda saiz asal.
  • Panaskan air untuk kukusan.Kukus sehingga masak.
  • Sedap dimakan dengan kari ayam atau sardin atau pun disapu dengan kaya.
_DSC0404_DSC0406
_DSC0407_DSC0408
sebelum n selepas naik :D putih melepakkkkk sgt! suke3!!

Rabu, 15 Februari 2012

Nasi Lemak Tumis

_DSC0371
NASI LEMAK TUMIS

Salam pagi rabu sume!

Hari ni kena g sekolah, terpaksa tinggalkan kakak sorang2 kat umah sbb tak leh nak bwk dia. Ni lauk semalam :D Memula tgk nama nasi lemak tumis ni kita pun terpkir pikir jugak apa yg menariknyer, bila cek2 resepi rupanyer ditumis ya? Kalau nak tahu jugak kita masak nasi lemak pun tumis jugak sampai skrg n mmg akn tumis dgn minyak sapi :D mmg tak pernah masak mcm nasi lemak biasa tu, masa memula buat nasi lemak jerr ikut macam resepi buat nasi lemak main masuk jer sume bhn2 dlm periuk, tp lepas tu terus kita cuba buat cara tumis, yer la yg sedap tu lerr yg byk lemak hihihi... Nasi lemak kukus pun sedap tp tak rajin nak buat byk2 kerja KALAU nk mkn sgt baru buat :D Jadinyer nasi lemak tumis ni bukan asing lagi bg kita kikiki.. klu tgk bhn2 pun ikut suke kita kdg tu letak serai kdg tak letak daun pandan mmg letak kalau tak de daun pandan kita letak pandan essence :D

Dah ramai blogger yg buat kan? nak sebut sorang2 takut tertinggal, kita cnp dr umah KAK NOR :D itu hari pearasan kak Q buat terus terasa nak buat :D last makan nasi lemak masa puasa tahun lepas :D yg atas ni bg kat org jepun atas ni sbb dia suke nasi lemak :D Minta izin n halal resepinyer, terima aksih buat tuan punyer resepi :-)

NASI LEMAK TUMIS
sumber asal : Kak Jun
sumber: Mamasya, Kak Yatie, Noorsha, Kak Izah

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 3 cawan beras> utk beras mmg akn campurkan dgn 1 cwn beras basmathi n 1 cwn Beras siam
  • 2 cawan santan>>sukatan santan n air ni ikut pd no yg ada dekat dlm pot rice cooker cuma lebihkan sikit
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu besar halba
  • 1 daun pandan
  • 1 cm halia-hiris halus
  • 1 batang serai-titik
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi>>kita cuma guna minyak sapi jer.


_DSC0375
Suke mkn nasik lemak ada bilis goreng, sambal ikan bilis, telo mata kerbau dgn timun byk2!!! :D kita tak berapa pandai sbnrnyer nk mkn nasi lemak dgn sambal sotong ke udang ke hihihi...lepas tu ada ayam berempah :D

Cara-cara
  • Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
  • Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
  • Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
  • Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
  • Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

* Yg K.Nor buat:
4 pot beras basmati
1 1/2 pot santan fresh
5 pot air
+ sedikit pewarna hijau

_DSC0376

Selasa, 14 Februari 2012

CPAB For Cinnamon Pull Apart Bread :D

_DSC0370
CINNAMON PULL APART BREAD

Salam kembali !!

Alhamdulillah, keadaan arika nmpk dah ok, demam dah takde tapi masih lemah sbb kesan ubat kot sbb byk tido :D. Dia ni kalau sakit mmg tak menyusahkan org sgt tapi semalam ni tersgt sibuk sbb byk kerja rumah yg tak siap, sambil2 tu buat adunan doh roti ni dulu dan sebenarnyer jugak ini kali ke 2 buat selepas tanya dgn kakak kesayangan sorang tu pasal buat CPAB ni :D ni lerr dptnyer kalau eksyen tak mo tanyer org sebelum buat hihihi... buat2 pandai gitu tp sbnrnyer kompius :D

Citer pasal CINNAMON atau SERBUK KAYU MANIS ni kan, kalau ada undian KITA lah org PALINGGGGGGGGG TAK SUKEEEEE dgn bau dia, baik letak kat kopi cuma seciput pun kalau dah namanyer serbuk kayu manis ni MEMANGGGGGG TAK SUKEEE :D tp cinnamon stick ok :D tp tgk kes2 jugak, mcm buat hamburger tu dia kena letak sedikit, yg tu boleh letak sbb bila dia bercampur dgn daging mmg bau n rasa dia tenggelam terus, TAPI kalau roti2 ni mmg TAK SUKE!!!!! di ulangi TAK SUKE!!! ehehehe... Oleh kerana TERCABAR, org kata sedap tgk n3 kak nor pun kata sedap, haish! tak leh jadi sbb dia punyer hasil sgt unik dan RASA dia pun SEDAPPPPPP sgt2!!! Salah tanggapan kita rupanyer, tp kalau cinnamon roll mmg kita tak leh makan tak tahulah kenapa :D juta2 terima kasih buat tuan punyer resepi dan juga buat blogger2 yang telah berkongsi resepi yg TER sgt sedap nii ;-) BM buat hal terpaksa uli guna tgn huh! tp rasa hasil yg diuli dgn tgn mmg tiada tandingannya :D ececece... nk sedapkan hati hihihi...

Terima kasih juga setiap kunjungan insyaAllah hari ni kita buat kunjung balas. Untuk Resepi minta halal dan izinkan juga utk dikongsikan di sini buat rujukan yang akan datang, Copy n paste dr umah KAKAK SECUBIT GARAM n dah dibetulkan ayatnyer sikit2 :D. Thank you!

CINNAMON PULL APART BREAD
Resepi: Joy the Baker

Sumber: Kak Shidah & K.Nor


Untuk Doh
  • 2 3/4 cwn campur 2 sb tepung
  • 1/4 cwn gula kasar
  • 2 1/4 sk yis
  • 1/2 sk garam
  • 4 sb butter
  • 1/3 cwn susu penuh krim>>susu segar
  • 1/4 cwn air
  • 2 biji telur (size A)
  • 1 sk Vanilla extract

Untuk Filling
  • 1 cwn gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang) kita gunakan gula perang semuanyer :D
  • 2 sk serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer
  • 1/2 sk serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
  • 4 sb butter - dicairkan sehingga menjadi brown

**kita ikut cara kak nor semuanyer, kecuali utk doh uli guna tgn, dan gula castor utk filling kita gantikan dgn gula perang>>yg ni yg buatkan semakin sedap :)

_DSC0369
sgt unik dia punyer kejadian :D tp malangnyer ini yg kali ke 2 sbb yg pertama ada kejadian kejadian yg menggerunkan sikit hihihi...

Cara:
  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cwn tepung, gula, yeast, dan garam. Ketepikan
  • Pukul telur, ketepikan
  • Dalam kuali kecil, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  • Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi.
  • Tambah 3/4 cwn tepung, dan uli sehingga sebati. Doh ini mmg melekit sedikit. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang dah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. >>yg ni kita tak ikut terus guna doh utk buat roti tadi.

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah.

Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan (175c). Bakar sehingga masak (20min atau lebih bergantung dgn oven masing2), jika atas roti sudah kelihatan perang boleh tutupkan dgn alumunium foil dan tunggu sehingga keseluruhan roti masak>>step yg ni kita matikan api atas sbb bhgn atas mmg dah cantik sgt perangnyer, utk minit seterusnyer guna api bwh sehingga masak.

* Kaedah K.Nor bila guna BM:>> biasanyer kalau menggunakan BM masukkan bhn cecair dahulu
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa.

_DSC0364
Buat cuma stgh adunan kalau keluarga ramai mmg tak cukup, sila doublekan adunan atau satu adunan, sbb kita buat stgh adunan sahaja, ingat nk bg ke org tp kena kedekut sikit ehehehe...

_DSC0359
Doh yg dah naik sumenyer, sgt suke kalau menguli guna tgn, inilah kelebihan menguli guna tgn :D

Isnin, 13 Februari 2012

Pad Ga Prao Gai (Stir fried Chicken wit Basil) n Influeanza B

_DSC0348
PAD GA PRAO TALAY(STIR FRIED SEAFOOD WIT BASIL)

Salam pagi isnin buat semua!

Minta maaf kunjungan balas belum sempat dibuat kerana dapat kerja yg baru dlm seminggu ni bermula semalam. Yang ni lauk hari sabtu ya :D buatkan utk bbsitter yang dtg tengok2kan budak kat rumah ni semasa ketiadaan kita org hari sabtu lepas. Byk2 lauk org thai, paling suke yang ni, memula tak berapa minat sgt sbb kita ni kurang suke dgn bau2 basil, tapi lama2 dah jadi kebiasaan bila masak tak letak rasa mcm somting wrong jerrr hihihi... daun ketumbar aka daun kumbang busuk tu pun sama, sblm ni mmg pantang bau daun tu mmg terbantut nak makan, skrg ni? ahahaha... ketawa dulu, mcm tak best kalau tak letak daun2 tu sume :D Menu paling best!

Resepi ni boleh gunakan ground chicken, seafood atau daging atau dada ayam yg dihiris, feveret ninja tp kita buat kurang pedas, klu tak pedas kurang kick ler buat org2 yg antu pedas ni kan :D klu buat tuk makan sendirik mmg buat xtra pedas. Dan makan ni biasanyer dgn telor goreng mata lembu, eeeeeee.. terasa nk makan pulak! hihihi... Resepi tanya kwn thai n main agak2 utk sukatan tu sbb dia pun main agak2 jugak :D

Sementara tu, mungkin akn bercuti sekejap sbb kena jaga org yg kena jangkitan influenza B, semalam hantar arika pergi sepital sbb dia demam mlm ahad tu dan skrg ni dekat sekolah mmg musim influenza ni, jdnyer ibu mana yg tak risau kan kan hantar ke hospital dan keputusan utk influenza B adalah positif n kena cuti sekolah seminggu dan hari ni jugak kelas arika semuaaaa sekali diberi cuti rupa2nya dah 8 org yg kena influenza ni, mmg tak pelik sbb sabtu tu ada kelas, rasanyer dia kena ari sabtu tu lerrr, doanyer semoga cepat sembuh insyaAllah, skrg ni dlm masa 5 hari kena habiskan ubat tamiflu. Kerja saya jd semakin byk lah minggu ni, insyaAllah kalau ada kelapangan kita buat kunjung balas insyaAllah! btw, tajuk atas tu GAI-CHICKEN tp since kita guna seafood nama dah jadi lain ya :D SEAFOOD-TALAY :D

PAD GA PRAO TALAY
Sumber : ARAH

Bahan2

  • 4 ulas bwg putih di cincang halus
  • 5 btg cili merah atau lebih (bukan lada besar tau :D) Di cincang halus dan satukan dgn bwg putih
  • 1/2 biji bwg besar di hiris
  • Daun Basil (holy basil)>>bukan sweet basil, dlm bahasa melayu tak tahu daun apa tgk gmbr kat bwh
  • Kacang Panjang>optional
  • 1 biji thai pepper (gmbr bwh) takde pun tak pe belah 6 memanjang
  • 6 ekor udang sederhana besar, buang kulit n urat (utk bhn ni boleh gantikan dgn daging ayam cincang atau daging)
  • 1 ekor sotong sederhana besar di belah bulat atau atau potong ikut kegemaran :D

Sos

  • 1 sb sos ikan
  • 1 sk kicap manis atau pekat manis
  • 2 sk sos tiram atau lebih
  • sedikit serbuk secukup rasa
  • sedikit pak aji KALAU suka, kita tak letak
  • sedikit minyak utk menumis

_DSC0351
menggunakan bahan2 yang mudah tapi dia punyer rasa, walahhhhhh! mabeles! :D

Cara2

  • Basuh dan kopek kulit udang terlebih dahulu, buang urat, basuh dan ketepikan, kalau gunakan daging cincang tak payah basuh. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bwg putih dan juga lada yang telan dicincang halus tadi, tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris tadi sehingga layu.
  • Kemudian masukkan ayam/udang/stotong/daging tadi kedalam kuali dan tunggu sehingga separuh masak.
  • Masukkan pula sos ikan, sos tiram dan kicap pekat manis tadi ke dalam kuali, gaul dan masukkan pepper yang dihiris memanjang tadi. Tunggu seketika dan masukkan serbuk perasa beserta sedikit air (dlm 2sb besar air atau lebih)
  • Akhir sekali masukkan daun basil dan kacau seketika dan rasakan, kalau kurang masin tambahkan sos ikan. Agak2 daun basil sudah layu bolehlah matikan api dan dihidang bersama nasi putih dan telor goreng mata lembu, selamat mencuba!


_DSC0344

Sabtu, 11 Februari 2012

Japanese Style Sweet Bun Dough

_DSC0336
JAPANESE STYLE SWEET BUN DOUGH

Salam minggu semua!

Sume org sihat? Kita alhamdulillah sihat :D Weken gini lagi sibuk, skrg ni pun dah dekat sebulan sekolah on jer ari sabtu, kita pun pening ler nk pkir buat bekal apa, kdg tu lepas buat bekal leh sambung tido lagi ahahaha.... fenaaaatttttttt sgt, dan ngantuk :D sbb mlm mesti dlm kul 1 tido tak pun paling cepat kul 12 secara rasminyer masuk dlm bilik :D itu belum kes terbongkang depan TV lagi tuu hihihi...

Rasanyer kan, kita dah lama tak buat roti sejak2 diet ni (kita on diet lagi tp dulangi weekday ajer, klu weken tu kita makan jer sesuka hati TAPI kuantiti yg sikit) jgn nanti org ingat kita buat kek kita yg melantak sume, terseksa tau masa mula2 diet dulu sampai ada satu tahap pengsan dan nasib baik panjang umur tuhan bg kita nyawa lagi nk tgk dunia ni, mana taknyer, kita pengsan dlm bilik air sorang2, dgn ada air dlm besen lagi, itu belum mangkuk tandas lagi, KALAU lah masa pengsan tu termasuk salah satu tu rasanyer mmg dah kat sepital, sejak tu terus makan mcm biasa cuma kuantiti kurangkan n yg lemak2 ni ambik sikit2 jer buat jamah, sgt terseksa nk menurunkan berat ni. Tapi yang penting happy lah kan, tak kesahlah bdn tu terlebih sihat ke cuma pastikan takde penyakit ya, insyaAllah bulan depan kita buat medical check up :D

Itu hari nmpk kak mas duniaku meroti, dlm hati lama sgt tak meroti, semalam ni duk kat dapo dekat tgh hari hihihi... lepas abis jogging terus projek, yg jd lmbt tu sbb ada kejadian2 masa buat roti ni ahahaha... Kita suke buat roti ni guna resepi dr kak nor dgn gert, mmg sedap! kali ni kita buat gertnyer resepi, Japanese Style Sweet Bun Dough, minta izn kembali resepinyer, tenkiu! Akhir sekali, selamat beristirehat bersama keluarga! :-) Terima kasih segala kunjungan

JAPANESE STYLE SWEET BUN DOUGH
Resepi Asal : GERT

Bahan-bahan
  • 375 g tepung roti (high protein flour)
  • 100 g tepung gandum
  • 35 g susu tepung
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
  • 80 g gula halus
  • 3/4 camca teh garam
  • 2 1/2 camca teh instant yeast
  • 150 ml air suam (kurang lebih) - hana lebihkan 15ml>>yg ni pun kita lebihkan
  • 40 g mentega>>Kita buat 20g shortening+20g butter
  • 4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
  • 1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan

_DSC0337_DSC0342
tergeseng sikit sbb TERSILAP sapu telo ahahaha... ada ke sapu kuning telor wakakaka sengal betul :D

Cara-cara
  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap. (Sila pastikan bhn cecair dimasukkan dahulu barulah masukkan bhn kering, dan pastikan garam juga tak bersatu dgn yis)
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
  3. Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemeran atau seri kaya.
_DSC0326

Jumaat, 10 Februari 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

_DSC0017
COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Salam jumaat sume! :D

Ada lagi n3 ya? :D buat ni dah lama dah bulan lepas kot, masa sembang2 dgn kak q pasal ciskek2 ni tergerak pulak nk buat sbb tak pernah buat jenis yg ni. Tapi kalau kek yg dibakar cara bain marie ni kita kurang yakin sikit lerrr sbb kdg hasilnyer penyek itu satu hal belum jadi bingka satu hal, yg tak masaknyer satu hal ahahaha... byk betul halnye kalau kek2 yg dibakar cara mcm ni :D tp tak salah kan kalau mencuba, kira jadik ler jugak ni ya sbb tak kempis hihihi...

Resepi yg sgt femes kat MyR, byk laporan dah dihantar, kita ajerr yg baru terhegeh hegeh nak cuba buat, mmg sedap! selembuttttt apa ya? ssh nk terangkan g buat baru tahu mcm mana rasa dia :D Resepi asal dr KAK ALMA MyR, mekaseh tuk resepinyer! Mintak izin n halal juga resepinyer sekali lagi ;-)

COTTON SOF JAPANESE CHEESECAKE
Resepi Asal : KAK ALMA MyR

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

_DSC0027
Curah blueberry filling :D mkn gondol2 gitu kurang kick :D

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
  5. Ni kek yg baru siap bakar, ter-over golden brown sket hihi (oven buat hal jap, signal kena beli oven baru kot adehhh kantoiii).
_DSC0014

Khamis, 9 Februari 2012

Kuih Serimuka

_DSC0274
KUIH SERIMUKA

Salam bertemu kembali sume!

Waaaaaah? tetiba rajin nak update blog hihihi.... oh tidakkkkk!!! ini projek dah jd baja asli semuanyer :D jap lagi ada kerja sikit, sementara leh duk depan lappy ni kita buat benda yg berfaedah sikit iaitu menghupdet blog, takut nanti ada benda2 dtg berkampung kat sini :D Dan sekarang ni pun nk pegang kamera malas betul sampaikan nak ambik gmbr baterry dah low dah! ahahaha...

Rasanyer sejak cuti berblogging, kita elakkan makan kuih2 gini, kek2, apa2 yg byk lemak2 ni sume kita elakkan, TAPI seksa mata memandang kek2 kat kedai, kalau tgk wall kwn2 kat FB yg post pasal kuih2 ni rasa mcm nak nangesss :( sbb tak leh makan kena sabar, tapi 2 haru lepas ni kita belasah jerr lerrrr, lama sgt tak makan kan :D eh? lupa nk bgtau, weken diet kita kat laut dalam, wekday jer kita bersungguh sungguh gituu :P

Resepi dr KAK HANIELIZA, ada guna telo sebijik, tp masih ok lagi sbb bau pandan tu kuat dr bau ayam tu, jdnyer takde masalah sgt klu sapa2 yg fobia dgn kuih2 kukus yg ada guna telor sbb bau ayamnyer kuat kalau guna byk telo sgt :D Resepi kita copy lagi kat bwh ni ya :D mekaseh buat tuan punyer resepi, n resepi ni dulu kita kopipes dr umah KAK HANA (yg ni pun dah halimunan jugak :D) Terima kasih n minta halal sampai bila2 tuk resepinya :-)

KUIH SERIMUKA
Resepi Asal : KAK HANIELIZA
Copy n Paste : KAK HANA

Bahan-bahan
Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair + sikit garam
Cara-cara
  • Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  • Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  • Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
  • Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  • Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Bahan-bahan
Lapisan Atas
:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam


_DSC0286
jangan mintak ya sbb dah habis :D

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan. >> Utk adunan yg atas ni kita masak sekejap sampai naik wap, ikut lah kerajinan n kebiasaan buat ya :)
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.