Selasa, 19 Januari 2010

Apple Crumble


APPLE CRUMBLE

Salam kembali dmalam rabu :-),

Haaaa... dah lama ngendap menu ni.. MEMANG SEDAP!! eeeeee..kita dah beli epal lagi nak buat lagi ni nanti ekekeke.... td g kuar beli epal ijo kali ni nak guna epal ijo.. sure sedap sbb masa buat td ni guna epal merah terpaksa perahkan lemon kasi masam2 sikit mmg sedap!!!! sapa2 yg nak cuba HARUS cuba sbb sedap sgt! pas tu kan ni kenyataan kejam sikit lah alalalalala...huhuhu..dah terlajak makan sampai sepruh! huh! ketat perut makcik mcm ni :D nak balik mesia ni kena lah selimkan sikit perut ni sbb byk sgt yg nak dMAKAN nanti nii ekekeke.... Tenkiu ya KAKAK HANA!!! n tenkiu juga buat POOK tuan punyer resepi.. orang thai rupanyer huhuhu... Resepi cnp dr umah KAK HANA jerr kalau nak link ke blog POOK tu leh g kat umah kak hana jer sbb sibuk sikit lah.. nak g blogwalking pun tak sempat2 cuma dpt negndap 2 3 4 buah rumah jerrr huhuhu... rindu tawwww kat sume org :-).. Gmbr seloyang dah ambik cuma nak edit malas pulak! ehehe... jom makan!

APPLE CRUMBLE

Bahan-bahan
Utk Crumble *loyang 18cm
  • 100g tepung gandum
  • 40g gula
  • 80g butter sejuk dr peti ais
  • sedikit garam
Utk Inti
  • 3 biji epal - kupas dan potong dadu
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
  • Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
  • Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
  • Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
  • Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.


9 ulasan:

K.Nor berkata...

uik.. cepatnya tukar n3.. td masuk baru jer tayang apam dah tukar apple crumble lak ya.. bak sket :)

somuffins berkata...

Salam. Terbeliak mata I bila tengok entry you 'apple crumbles'. Dah 2-3 hari ni asyik meracau2 aje teringatkan si crumbles nih. Dah 2x copy resipi tapi tak juga buat2. Harap2 3 biji fuji apple tak merajuk dgn I.

Azita berkata...

tgh pusing pening pun sempat gak meng'crumbles' gak??? cayalah!

JC berkata...

Salam Ikaaa....amboi rajinnya dia....cedap tu kalu buat minum petang apple crumble ni..cam hi tea le plak ia..take care

indahhouse berkata...

salam ika,
wah! sedap tu apple crumble. dr hari tgok kat umah kak hana, sampai skrg blom sampai seru. huhu. tumpang makan kat sini dulu la, ika. hihihi

Sue @ Nenie berkata...

Salam Ika..

Suke tgk, tapi kurang sikit mende² berperisa epal ni kecuali jus epal....takpelah, cuit² kat sini jelah yaaaa.

indahhouse berkata...

salam ika,
kemarin ingat nak wat crumble nih. epal tak cukup. anyway,thanks for that wish.:)

blogresipi.com berkata...

Salam Ika,
Dah habis panic attack dah.. nak makan apple crumble ni lak.ehhehe :D

HaSue berkata...

Nakkkk2...akak nakk.. nanti laa nak buat..epal ada tu..opss..kalo rajin ler.hihih..amik resepi yek..makacih2