Selasa, 26 Januari 2010

Sup Tulang Merah

Salam dptg selasa ;-),

Uwaaaaa...sowi lmbt n3 hari ni plan nak n3 tgh hari td tp d atas ke sengalan kita ni lah huhuhu...terbantut jap tang nak carik url gmbr2 ni sume :D skrg dah tukar arah g kat flikr pulak sblm ni g photoshop ntah apa yg tak kena tak pun kita ni yg tak betul gmbrnyer mcm pelik jerr skrg ni test guna flikr pulak ekekeke.... SUP TULANG MERAH ni dah lama masuk list sejak kuar kat umah ROSS OSAKA tapi terbantut kerana gangguan emosi hihihi... skrg ni nak main masak2 pulak terbantut atau terganggu konsentrasi sbb ada org bertukang kat dapur tu pulak! huh! byk sungguh xcuse nyer hihihi.... apa yg nak dkomen tang sup ni mg sedap tapi kita guna crushed tomato tu sbb kaler kusam masem jerr :D sos tomato ni i kurengg sikit cuma masukkan 1 sb sebagai syarat dia :D tu pun tak mau merah jugak :D lebih kurang rasa mcm TBONE STEAK sedap! i likeeee! tp yg ni LAGI SIMPLE! ;-) Resepi asal dr KAK AINI yg kat jepun jugak tak pernah tegur2 tp mmg kenal pastu ross pulak share pastu dah byk umah jugak yg buat ni kita jer yg tertinggal :D... sbnrnyer kan kita ni nak main masak2 kuih ke kek ke TAPI terbantut lah minggu niii kena sabar dulu huhuhu... tuk resepi ni mintak izin n halal ya ross dan tuan punyer resepi tuk dsharekan d sini pulak, tenkiuuu for sharing this simple n yummy recipe! ;-) i love it! :-) resepi asal guna daging tp kita guna tulang ekekeke....

Psst>>KAK HANA! dah boleh lah hihihi....

SUP TULANG MERAH

SUP TULANG/DAGING MERAH

Bahan-bahanya
350gram daging boneless ( kalau guna daging ade tulang lagi sedap)
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup
4 sudu besar tomato ketchup ( boleh ganti dengan tomato puri atau sos tomato)
1 biji kentang
1/4 biji lobak merah
1/4 batang celery

Cara-caranya

1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.

2. Selepas itu masukkan tomato ketchup, daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk baru masukkan batang celery, kentang dan lobak.

3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan sedikit hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan. Rasa sup yang lain dari biasa, kerana penambahan tomato ketchup, anda pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nota: kalau tak mahu tumis pun boleh, masukkan sahaja semua dalam periuk dan masak sampai daging empuk, baru masukkan sayur-sayuran lain, jika guna pressure cooker lagi jimat masa dan kos.





KOROKE

Koroke ni pulak buat bekal budak2 g sekolah hari ni sbb menu hari ni KOROKE dan yg sewaktu dgnnyer mama tumpang 2 tgn lah ya hihihi... tuk resepi ni main sembarang jerr ikut suke :D


Koroke wif minced chicken n corn


KAKIAGE

Kaki age ni ni sayur tenpura lah senang kata tp kitanyer kakiage ni merah sbb letak udang yg kecik2 merah tuuu sedap! ehehe... resepi nanti kita letak lah ya byk kerja sgt nak kemas umah :D ambik kat japanesefood.about.com :-)





Saiz fonBENTOU
Balckpepper beef, salad, telur dadar n nasi putih wif shio goma

Haaa..yg ni pulak menu hari khamis masa g picnic kat zoo :D menu ank dgn maklah ni kiranyer :D jdnyer jamu mata jer lah ya :D


Punyer lah tamak ekekeke... sbnrnyer ada lg sandwich tp tak sempat nak ambik gmbr sbb terlewat :D

InsyaAllah malam karang kalau free nak blogwalking ya sbb jap g nak kena masak2 pulak budak2 g belajar renang balik sure kebuluran ekekeke..... missssss u alls!!! :-) salam...

5 ulasan:

MamaFaMi berkata...

Ni yang buat rasa macam nak gi sekolah balik ni sebab bento sedap sedap belaka!

K.Nor berkata...

ijah.. apa yg boleh tu.. :)

amboi.. duk dlm bilik pun boleh main masak2 gak ek.. kalau gini tak yah la tumpang makan rumah akak, akak jer la yg tumpang sini kan.. boleh? :)

fmina08 berkata...

wakakaka..dia pon dok tayang menu da basi.... dekut gak mek jah ni ea..mcm jiya gak..wakakakakaa

sonata anak kancil berkata...

walaupun tak pernah rasa sup tulang tu..rasanya tentu teramat sedap...kita tumpang salin resepi ye...insyaAllah teringin nak buat la...masak2 sup ni senang aje...letak seme dalam periuk - lepas tu tinggal la untuk berapa lama sampai empok daging kan!

blogresipi.com berkata...

Wah tu dia!!! berdereeetttt bak komuter neh. hehehe... masak Ika jangan tak masak. sedap2 belaka tuh. :)