Jumaat, 8 Januari 2010

Chocolate Custard Muffin


CHOCOLATE CUSTARD MUFFIN

Salam n selamat pagi sume dpg jumaat :-),

Jom bf muffin minum dgn teh o tak pun ikut lah air mana yg berkenan ya .Dah lama sgt tak buat muffin, nmpk kat rumah KAK AZATIE pas tu kat umah sapa lagi ya lupa pulak tu yg terus terasa2 angin muffin dah nak mai, tp biasalah ttp buat muffin yg sama jgklah kan sbb dah jatuh chenta kan :D, CHOCOLATE CUSTARD MUFFIN ni resepi asal kat umah CIKWAN windunyerrrrr lah kat cikwan ni mana pegi ya? harapannyer semoga cikwan n family sihat :-)... Tapi cnp dr umah KAKAK HANA jerr mintak izin n halal ya untuk resepinyer buat rujukan akn dtg sbb kita ni kalau salin2 kat buku mmg sana sini akn ada tgglkan cop ekekeke... Thanks 4 both of u... :-), resepi ni lebih kurang resepi coklat muffin kak yani mmg senang dan SEDAP! ehehe...

CHOCOLATE CUSTARD MUFFIN

Bahan A
110ml air
1 1/2 sudubesar serbok koko
50gm gula merah (firmly pack)
25gm tepong jagung

Bahan B
35gm butter
35ml minyak jagung/sayuran
1 sudukecil esen vanila
65gm dark chocolate
1 biji telor
50gm gula
75gm tepong serbaguna*
1 1/2 sudukecil baking powder*ayak sekali





Cara-cara
  1. Panaskan oven pada 180'c dan sediakan acuan muffin 6 lubang. Satukan bahan A dan panaskan diatas api perlahan hingga adunan licin, setelah itu tutupkan api (adunan akan menjadi seperti paste). Masukkan butter dan dark chocolate, kacau hingga adunan mencair dan bersatu kemudian masukkan minyak, gula, telor dan esen vanila. Pukul dengan mixer hingga sebati. Masukkan pula tepong dan sebatikan dengan spatula sekadar bersatu.
  2. Sudukan kedalam muffin cup dan bakar selama 20-25minit/hingga masak mengikut oven masing2. Angkat dan sejukkan diredai.

7 ulasan:

indahhouse berkata...

Salam Ika,
Gebushnya...! Menjadi Ika buat muffin. Mufin cekelat mmg kesukaan saya tuh. Nak wat, takde cekelat n butter. tumpang makan kat sini dulu yek . hihi

Watierman berkata...

Huhu..dah lama tak bakar membakar..oven gedabak Akak tu telan letrik kuat sgt....kesian Abg nak bayar bil....Akak nak rasa seketoi !!

♥LOVE2COOK♥ berkata...

Wow, nape muffins nampak sedap sgt nih!!! Nak Love makan erk??? kikiki ...bak sini sikit! ;)

Fa'e berkata...

cute la bekas mufin tu... budak2 mesti terpikatnye la bila tgk bekas tu....

cikwan berkata...

salam ijah..datang visit ijah tgk2 ada muffin pulak..lama saya x membaking .... cuti panjang dulula...hehehhe.
saya masih sehat seadanya..timaksaeh sentiasa ingatkan saya yer...

Juwita Jamaludin berkata...

ika.. akak nak muffin ni.. hihiihii akak buat kk coklat tapi tak amik gambo la.. tukar nak

salamdariborneo berkata...

ikaaa,cun ahh bekas muffin tu.menarik tengok.