Ahad, 31 Januari 2010

CC Pisang Lembap

CC PISANG LEMBAP

Salam kembali sebelum masuknyer hari ISNIN :D,

Dah lama plan nak buat kek pisang ni tp asyik keja buang ajerr pisang yg dah menopus tuu :D td ni g beli pisang TERUS BUAT tp pilih yg ala2 monopus jugaklah kan sbb kita suke :D.. Kek ni dah buat byk kali sebelum ni ajar maid yg kat atas tu pun guna resepi ni sbb senang lembut laks tuuu .. tp td ni buat lagi lembut sedappppp sgt! suke3!!! Idea curik kak hana lerr sbb dulu kak hana buat versi cc kali ni kita pulak buat sbb senang budak2 nak makan mcm menarik pun ya ;-) Resepi asal ni pulak dr CMG, mekaseh ya.. mcm biasa jugak mintak izin n halal resepinyer mekaseh!! Nama asal KEK PISANG LEMBAP ya BUKAN org yg lembap ekekeke... jemput makan ambik sorang seketul pilihlah nak versi mana satu ya buat sarapan sok hari ni nanti :D

CC @ KEK PISANG LEMBAP

Bahan2>>
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus



Cara2>>
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

7 ulasan:

blogresipi.com berkata...

Amboi merahnye makngah!! sempena raya cina ke ni ika? hehehe

Watierman, rmanbkr berkata...

Betoi kata Ijan...raya china punya mood la ni kot! Cutenya cc Ika...Akak pulak wat cekodok jer pagi ni hhehee!Akak ambik seketoi ni Ika..TQ!

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

sala ika...nak jugak...post mai sini dua...tiga....ketoi...ekekekekeke...

♥LOVE2COOK♥ berkata...

Aduiiiiii, cantiknya cc!!! nakkk ;)

ieda berkata...

salam dik ..
lama tul x masuk sini haaaaaaaa
sebuk lah dik... ngan anak2 layie ..
ita apa khabar
sedappp nampak cc pisang lembap tuhh
akak lebih suka kek pisang ..

leen hussain berkata...

ika...nak sikit pisang lombap!..ngehhehheh...
akak otak pun dah lombab dah ni...ekekekek...

sonata anak kancil berkata...

sedapnya kek pisang ni....sedang mencari2 kalau ade yang kukus...ade tak?