ads/iklan

Khamis, 7 Januari 2010

Laksa Penang


LAKSA PENANG

Salam n selamat pagi sume :D,

Haaaa....ni menu semalam ya tp kalau nak boleh kena bg kuah jer lah yg ada belen kat dlm sebok :D, nak n3 semalam tak sempat pun huhuhu... ADA APA DGN HARI INI??? hari ni speacial sikit tp tak yah citerlah.. tunggu kita tyg next n3 kalau ada lah kan kalau tak de tak delah kan hihihi.... Berbalik pd laksa kita mmg specis yg sukakan laksa yg amat.. sedap sejak reti mkn dulu makan laksa b*d*2 jerr skrg sejak tahu mkn dgn ulam2 ni kan lg sedap apa lg mmg sukeeeeee sgt nak2 ada xtra taugeh timun dgn kobis walahhhh..enak banget thoo! Resepi kali ni ambik kat umah ROSS@JINTANMANIS.COM tenkiuu ya ross!!Sedap simple dan senang nak buat :D itu penting :D, akak ada tambah halia sikit tau jer lah akak ni kalau ikang2 yg drebus gitu mesti nak kurangkan bau dia sikit :D.. pepun sedap! Resepi mintak halal n izin ya ross tenkiuu!! ;-) Pastu akak sajer tak hancurkan sgt isi ikan tu cuma ramas2 gitu sbb sedap :D bukan malas taw! :P

LAKSA PENANG

Bahan-bahanya

  • 8-10 tangkai cili kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • sedikit belacan
  • 6 ekor ikan kembung atau 1/2 ekor ikan saba ( makarel)
  • 1/2 bungkus laksa kering- direndam, direbus & toskan
  • ( kt jepun guna udon kering atau udon yang biasa tu)
  • sedikit daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 3 keping asam gelugor
  • Bahan Sampingan
  • timun
  • salad
  • limau nipis atau limau kasturi atau lemon
  • telur rebus
  • nenas
  • hirisan bawang besar
  • cili padi




Baru perasan lupa nak letak telur dgn nenas huhuhu...

caranye:
1. Rebus cili kering dan kemudian kisar bersama bawang besar dan belacan.

2. Rebus ikan kembung dan kemudian asingkan isi ikan dan tulang, air rebusan ikan tadi jangan dibuang. tulang ikan tadi dikisar dengan sedikit air, tapis dan curahkan dalam air rebusan ikan.

3. Isi ikan separuh diblender halus dan separuh lagi dimasukkan kembali dalam air rebusan ikan tadi, curah bahan kisar, asam keping dan bunga kantan, biarkan mendidih seketika, selepas itu masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, masukkan garam.

4. Masak kuah laksa biar sampai keluar minyak baru tutup api.
5. Rebus laksa kering dan telur serta sediakan bahan sampingan yang lain. racik timun, salad, nenas, bawang besar dan cili padi. letakkan mee laksa di dalam bekas dan susun bahan ulam-ulaman tadi kemudian curahkan kuah laksa. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba

8 ulasan:

HaSue berkata...

Nakkkk...nak kuah sebelanga!stok setahun..heee...akak tak pernah rasa lagik nih..tu laa nak 'merasa' sikit.hikhik

indahhouse berkata...

Salam Ika,
Comei daun kesum tu. Hihi.
Dah lama tak makan laksa neh. Nampak cedap je ulam besar2 atas laksa tu. Lenkali, saya pun na potong ulam besar2 la...hihi

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam ika...mai sepinggan...eh silap...semangkuk...

Love2cook Malaysia berkata...

Uish, I want a bowl of Laksa Penang pls! ;)

Tukar ngan Roti Goreng Telur Love nak??? isk isk isk! :)

Watierman berkata...

Salam Ika....ni makcik Penang nak mai komen...sikit..mana ada kobis & taugeh dalam laksa Penang Dik ooi...nenas adalah....!
Ha..since Ika tak suka hanyir ikan tu kan...masa nak buat kuah...hiris sikit serai dan halia blend sekali dengan bahan2 lain tu...masa rebus ikan tu pun letakksn beberapa keping asam gelugor...dan ketukkan sebatang dua serai masa rebus kuah tu....mesti bau wangi jer tambahan pulak digandingkan dengan daun kesum & bunga kantan...kalau adalah!!'

Jangan marah yer Ika...ni tips jer dari Akak kalau next time Ika nak try edit ke???

Sue @ Nenie berkata...

Kat kl diorang jarang buh ulam nenas tu, tapi klu kat Trg laksa penang ni memang ada ulam nenas..

Ika, kuah laksa tu nampak sedaplah..pekatttt jeeee

Cikmin berkata...

salam ika...ayoooooo..laksa really my peberet tau..huhuhu...lama lg la akak baru buleh makan laksa ni...

p/s lariks la..bejejer dah air liur ni....

JC berkata...

Bestnya laksa penang...akak rajin & suka mkn laksa ni..tapi tk rajin buat hihihi