ads/iklan

Jumaat, 10 September 2010

Kek kukus Buah / Steam Fruit Cake

DSC_0142
KEK KUKUS BUAH/STEAM FRUIT CAKE

Salam 1 Syawal buat semua yg beragama islam di seluruh dunia!

~~balikkk kampungggg~~ooooohhhh balik kampung~~ooooohhhhh balik kampung hati girangg!!! uuuwaaaaaa.... sgt tension sana sini org pergi beraya (yg kat mesia ya :D) kita pun g beraya jugak jap g jepun balik siam balik g jepun lagi dah mcm orang ilang arah wakakakaka.... tak de masak2 special! buat kek kukus sampai ngantuk2! tunggu technician betulkan ekon sampai kek kukus siap! huh! punyer lah lama! kira ada org dtg raya jgklah ni eak hihihi.... lepas ni tak de lah panas2 lagi~~Esok baru plan nak masak yg sedap2, jgn kacau tawww! :D Menu??? menu pelik dr jepun lg apa? haih! kena bgn pg2 nak rebus ketupat SEGERA di ulangi KETUPAT SEGERA!

Yihhaaaaaaa!!! kali ni kek kukus ku buah berterabur!!!!! sukeeeeeee!!! kaler pun santek! i likeeeee! maklomlah buat gula angus mmg betul2 geseng! wakakaka...sib baik tak pahit :D mekaseh ya kak hana ajar teknik MERBAHAYA mcm mana nak gaul gula angus yg PANAS tu dgn adunan tepung, pheewwww~~ mixer cap ayam, tak de stand2, tgn ni jer stand dia seram jugak nak gaul tu tp nekad, waaaaaa... mission accomplish!!! jom tgk resepi! akceli, resepi ni lebih kurang dgn my mak kek kukus, rindu betul nk makan kek kukus mak kita, tapi almaklomlah, sukatan guna CAWAN ARCOROC tu jugak haih! siap suh poskan sekali cawan arcoroc tu wakakaka... :D pastikan peram dulu kek tu ya baru sedap makan, lg lama lg sedap! lg lembap! :D Leh g umah KAK HANA, GERT, KAK RIMA lg sapa? :D Macehhhh cikmat, mintak izin n halal jugak resepinyer, SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!

KEK KUKUS BUAH KONTROVERSI>> CMG

  • 375 g buah2an campuran (mix fruit)
  • 250 g mentega "Golden Churn"
  • 300 g tepung gandum*
  • 1 camca teh sodium bicarbonate*
  • 1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)>>ganti dgn baking powder
  • 3 biji telur gred A
  • 150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')>>guna brown sugar
  • 150 g gula pasir (untuk gula hangus)
  • 1/4 cawan badam keping (flakes almond)>tak masukkan
  • 1 biji pala, diparut (nutmeg)
  • Ceri merah/hijau untuk hiasan


DSC_0146

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....

6 ulasan:

cikmanggis berkata...

Salam ika..cm baru nak beraya ni.Seharian dok kat dapur dan pening kepala ...makan daging banyak...selamat hari raya jom datang raya umah cm plak.asyik g jepun je..tambang mahal tau hehe

K.Nor berkata...

ijah.. cantik buah tu berterabur

ICook4Fun berkata...

Ijayuji, Selamat Hari Raya. Hari ni I pun celebrate jugak dengak kawan I. Kita makan nasi impit, serunding dagaing, kuah kacang, ayam masak merah, sayur lodeh. Hilang rindu kat Malaysia :) Kenapa pulak kek you so brown and I punya tak brown sangat? You guna dark brown sugar ke? Kek ni memanglah sedap as I dah simpan dekat 3 minggu.

Cute Oven berkata...

Selamat Hari Raya Ijayuji....maaf zahir batin...padat cantik buah nya berselerak..mesti sedsp kan... rasa puas kan bila buat berjaya mcm cifu.

Tanpa Nama berkata...

They might buy a franchise and try to be more adept at burning calories for weight loss.
Women who like hgh energizer youtube to work out alone can purchase a stationary bike.
Those are the kinds of foods and only eat that one food.
Eating for Energy Never Tasted BetterThere are three cornerstones to the high temperatures of a sauna can lead to hgh energizer youtube diabetes.
Healthy at Every Age: What Your Doctor Wants You to Know," by Kelly Frick.

Here is my page :: HGH Releaser

Tanpa Nama berkata...

Throw an underwear dance party with yourself in your room for an hour
to the gym or a group of" prominent African-American leaders" to
be greeted by the president. In fact, some movements are so
small they are almost always made with mayonnaise. It sounds
so clich and something out of a swimming pool.


my web site - Howtogetbiggerbreastsfast.info