ads/iklan

Isnin, 12 Mac 2012

CCCSB

_DSC0704
CINAMON CHOC CHIP SWIRL BREAD

Salam isnin buat semua :),

Minggu ni mula jogging awal sbb budak2 dah mula cuti sekolah, jdnyer kurang sikit muka kena panas matahari :D minggu lepas dah kesedapan golek2 ajerrr, minggu ni kena bekerja keras :D

Roti ni dah buat hari sabtu kot, tak pun jumaat lepas, Tenkiuu buat KAKAK NORAZMIHAH sbb terima panggilan prank yg dah tak jadi tu yerrr hihihi... Kita ni kalau nak buat sesuatu resepi mmg kena baca ulang ulang ulang n ulang sampai phm, kalau tak phm jugak mmg ini lerrr jdnyer, kita akan SOS kat kak nor ehehe.... tp tak menjadi pulak nak kenakan kak nor ehehe. Td ni pun TUN TELANI dah post n3 pasal CCCSB nii, seperti jangkaan kak nor sblm niii, jangkaan yg sume jugak oleh kita sbb CPAB tetap numberrrr one!!! Bukan tak sedap roti ni, SEDAPPPPP cuma kalau nak buat nxt time kena kurangkan choc chips, kita skrg ni bab2 cekelat atau manis2 mmg dah kurang, mungkin kita dah terlebih minum air masak skrg nii, bila tiba part manis, aduhhhh... mcm nak pitam ehehe...

Terima kasih utk resepinya! Minta izin n halal resepinya utk buat rujukan yg akn dtg :-) Hari ni ptg2 sikit baru leh BW sbb bz sikit ada urusan pos mengepos :) Terima kasih setiap kunjungan!! :-)

CINAMON CHOC CHIP SWIRL BREAD
Resepi Asal : Technicolor
Sumber : KAK SHIDAH, KAK NOR, Tun Telani

Bahan:
  • 180ml susu segar/fresh suam
  • 1 ¾ sudu kecil yis segera (mauripan)
  • 455gm tepung high protein (tepung roti)
  • 85gm tepung gandum
  • 3 sudu besar gula castor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 85gm butter sejuk
  • ½ cawan + 2 sudu besar air
  • 3/4 cawan coklat chip>>nxt time kena kurangkan

Bahan taburan (filling):
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil cinnamon/serbuk kayu manis
  • 1 bj telur A ~ dikocok>> Yang ni kita gantikan butter yg dah dicairkan atas api.

~ gula perang dan serbuk kayu manis digaul hingga rata.
~ ketepikan.



_DSC0705_DSC0703
Rupa yg pelik sikit kitanyer swirl ni ehehe....

Cara (dgn menggunakan breadmaker): >>kita uli guna tgn, buat mcm step2 yg biasa menguli
  • Masukkan susu segar ke dalam bekas breadmaker (BM) kemudian diikuti dgn bahan2 lain kecuali butter dan coklat chip.
  • Tekan suis ON pd BM dan setkan pada DOUGH.
  • Tekan START dan biarkan ia menguli seketika hingga membentuk spt doh barulah dimasukkan butter.
  • Biarkan sehingga proses menguli selesai. (* tip: utk menghasilkan doh yg lembut dan cantik, bolehlah diulang proses menguli utk sekali lagi)
  • Biarkan ia naik 2x ganda atau sehingga BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  • Keluarkan doh tadi dan letakkan dlm sebuah mangkuk, kemudian masukkan coklat chip. Uli sehingga rata.
  • Bahagikan kepada dua bahagian.
  • Ambil satu bahagian dan canai hingga membentuk segi empat tepat lebih kurang 14" x 6"
  • Sapukan permukaan doh dgn telur yg dah dikocok tadi (tinggalkan sedikit utk satu bahagian doh lagi)
  • Tabur pula separuh dari bancuhan gula perang dan serbuk kayu manis (tinggalkan sedikit ruang bahagian hujung atas dan bawah doh utk proses mengemaskan masa menggulung)
  • Gulung doh dgn kemas. (jgn lupa kemaskan bahagian hujungnya supaya nanti doh tidak akan terbuka.
  • Letakkan ke dalam loaf pan yg dah digriskan dan taburkan sedikit tepung.
  • Ulang sekali lagi proses utk sebahagian lagi doh.
  • Rehatkan doh dgn meletakkan tuala lembab ke atasnya.
  • Biarkan ia naik lagi utk kali ke dua.
  • Panaskan oven 180C dan bakarlah hingga masak (lebih kurang 30 - 40 min), kemudian keluarkan dr oven.
  • Biarkan seketika dan keluarkan roti dr loyang dan sejukkan atas redai.
  • Sedap dimakan suam2 panas.

10 ulasan:

K.Nor berkata...

hihii nak prank la kunun nya ya.. mcm la tak kenal suara dia tu.. hihih.. dah gi godek CPAB.. buat dabel adunan ya.. akak nak satu adunan tau.. bukan satu keping jer CPAB tu :)

tun_telani berkata...

tun pun kurangkan chco chip dia. hihi..
rupa swirl pelik xpe, jgn benyek cam tun nyer.. hihi...
jom2 pakat wat CPAB ^^

indahhouse berkata...

Salam ika,
:) wah.. ika, meriah pagi ni dgn cinnamon bread. beruntungla sesiapa dapat makan CCCSB ni. :D

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

rasanyer dah lama x meroti ni
asyik bz ngan youchien
dah nak dekat habis ni mcm2 benda kena buat

IeRA berkata...

Salam Ika...

Lama kita tak meroti. singgah makan sini jelah..

dZana berkata...

akk baru beli yis,.. hajat nk mguli jugak...tak tahan dah tgok ni..

Mas berkata...

ika...
gebuunya roti tu...
mehhh sekitttttt..he3

quinnie berkata...

kita jugak yg tak pernah buat lagi roti nih...dulu bukan main berkobar...sekarang semangat dah pudar...hahhahah

Unknown berkata...

Tadi tgk tajuk, apa la cccsb tu, rupanya roti....huhu....akk ni mcm takut je nk cuba. Takut xde org nk mkn, takut x jd.

Unknown berkata...

cantiknya roti Ika..akak pun dah buat tapi lum n3 lagi. memang CPAB juga yg best kan:)