ads/iklan

Sabtu, 31 Mac 2012

Mini Sosej Buns

_DSC0105
MINI SOSEJ BUNS

Assalamu`alaikum wbt, salam hujung minggu sume! :-)

Hari ni ninja kena kerja, jadinyer kita ler yg kena lyn budak2 ni g taman, malasnyer lahhh nak kuar2 tp kesian budak2 ni asyik stuck kat rumah ajerr kan.. Jadinyer kita akn online balik petang2 tak pun malam2 insyaAllah.. Terima kasih setiap kunjungan n selamat beristirehat suke!

Ni n3 tertunda jugak ya :D dah buat ni minggu lepas klu tak silap lupa pulak hari apa. Kali ni Guna resepi kak Tulip kat MyR.. Buat roti ni kalau ulinyer betul, yis tak mati insyaAllah jadi gemuk2 atau jadi roti :D DANNNN utk penggunaan bread improver ni penting jugak sbnrnyer, utk pastikan roti tu lembut walau dibiarkan kat luar tanpa bertutup, dah byk resepi kita guna kalau buat roti ni sbb suke cuba2 resepi baru n byk jugak pengalamanyer yg tak mo naik2 pun ada ehehehe.. lagi satu, kalau nak masukkan butter kena proses akhir sekali lepas doh dah sebati, barulah masukkan butter :-) dun giv up kalau once buat tak menjadik, cuba carik kesilapan kat mana, dlm proses ni kita boleh belajar perbetulkan mana yg silap, resepi ni mcm ibaratnyer nak berubat carik klinik mana yg sesuwai, kalau jumpa jodohnyer baik lah dia, mcm resepi jugak, rasanyer tak semua org serasi dgn resepi ini, resepi itu, tp yg sana jugak menjadi, lain pulanya bg org lain, jdnyer jgn mengalah, jgn cuba salahkan resepi, cuba dan cuba lagi sambil belajar ececece>>... panjang lebar pulak ya hihihi... ok semua, semoga sentiasa diberkatiNya selalu insyaAllah! Kepada kak tulip minta izin n halal kembali resepinya! Terima kasih!! Resepi asal bun ikan bilis, tp budak2 suke sosej :-)

MINI SOSEJ BUNS
Resepi Asal : ALONGROZZ
Sumber : KAK TULIP MyR

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 200g tepung gandum
  • 50g tepung halus ( kita guna tepung pau bluekey )>>kita guna tepung kek
  • 45g gula kastor
  • 2sb susu tepung>>kalau takde susu tepung, boleh digantikan dgn susu segar utk air
  • 1/2 st garam
  • 1/2 st bread improver
  • 1/2 st bread softener>>kita takde yg ni kita gantikan dgn shortening
  • 2 sk yis>>kita guna 1 1/2 sk sahaja
  • 1 biji telur>>kita guna stgh biji telur n lebihkan kuantiti air
  • 100g air
  • 2sb butter
  • inti - sambal ikan bilis>>ganti sosej

_DSC0109
2 org model tangan :D teserlah sgt kegelapannya :D

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan kecuali telur,air dan butter. Gaul biar sebati. Masukkan butter dan ramas biar sebati dgn tepung.>>butter masukkan last
  2. Masukkan telur, gaulkan lagi. Akhir sekali masukkan air sikit2 dan uli hingga dapat doh yg licin & tak melekat di tgn. Uli dgn tangan selama 10-15minit.
  3. Masukkan dalam bekas bertutup dan letak di tmpt panas selama 20minit supaya doh naik sekali ganda. Dah naik tumbuk2 doh utk kuarkan angin.
  4. Bahagikan adunan kepada 12 bahagian. Isikan sambal ikan bilis dan tutup kemas. Susun dalam loyang yg telah disapu minyak dan ditabur sedikit tepung.Buat sampai adunan habis.
  5. Perap sekali lagi selama 30minit supaya bun kembang. Bakar 180degree selama 20minit. Dah siap, masa bun masih panas sapukan butter atas permukaan bun.
  6. *** Dah buat ptg semalam & pagi nih bun masih lembut & gebu :)
_DSC0100_DSC0104
Selamat menjamu sume!

18 ulasan:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World berkata...

Salam Ika...pagi dah bersiaran cantik bun tu...kilat2 lagi...pasti yummy

Asmara berkata...

geramnya tengok bolat2 chomel! ni yg nak meroti jugak pepagi nih. :D

zila norazila berkata...

salam ika..wahh pagi2 dh ada bun yer..mmg btl la..buat roti nie bkn mudah bagi akk..nk kena tgk resepi btl2 ..klu silap hariblan mmg x mnjadi ler..nnt akk nk cuba jgk guna rsepi nie..nampak mcm ok jew,,apa2pn..bun ika tue chumillll..suke2:)

ibh_sue berkata...

Askmkm ika. Kikikii gemuks ya. Mmg gebu naiknya bun ika tu.
Slmat berhujung minggu ika :))

Mas berkata...

prewittt...
cantikk bersinar2 roti sosej ko ika....
terserlah kelembutan roti tu..

nie klu nmpk kat ain ngan daniel..
kompom kak mas kena buat...kikikiki

ummiaisyah berkata...

yu..hu..montok sungguh bun mu Arah..kalo anak2 akak nmpk..mmg menjerit suh buat cam ni...baik aku lari dulu!

Sheery Dream Cakes berkata...

Assalamualaikum ika cayang... Apa kbar? Wah p taman yer... Seronok tu.. Akak pun dah lama benar x bawak bebudak nie p taman... Cian juga kan..

Ika... Suka tgk mini sosej buns tu taau.. Irfan tiap hari suh papa dia p beli mini sosej bun kat kedai... Sbb mummy dia x reti buat.. Tp anak dia suka makan... Heeheee...

dapurmerahibu berkata...

kak ika, mengoda betul kak...tergoda dilla.

Liza berkata...

wahhh banyaknya sosej bun tu, mst xhabis kan..nnt jgn lupa pos kat akk ckit yer, xbaik mkn srg2....hihiihhi

Amie berkata...

Selamat petang Ika,
kesian anak2 kalau asyik terkurung di rumah kan Ika. Zaman sekarang ni bukannya selamat macam zaman kita dulu, kenalah kita temankan anak, jaga anak walau ke mana mereka pergi... kakak pun kadang2 pening juga kalau anak2 mengeluh tak keluar ke mana-mana, bukan apa... malas nak jalan kalau hubby tak ada meneman.

izahdaut berkata...

IKAAAAAAA.. NI MODEL KENA PAKSA KE? HAHAHA... AISHHH MEMBEBEL LAK DIA HARI NI EKK.. NI MELEPASKAN EMO KE CIK ABANG KERJA NI? MUAHAHA.. COMEL KIUT MIUT LA ROTI SOSEJ ADIK IKA KU INI.. I LIKEE

..di lesung pecah.. berkata...

salam ....comey jer rotinya kocik2...suka sgt..

Nuwairani berkata...

hahah! gemok2 roti dia...geram aje tengok...tula..nani pun suke try mcm2 resepi buat roti ni..kadang jadi, kadang tak jadi...yang penting jangan putus asa...

Rima berkata...

very cute mute lor ur roti but kan tangan yg terselah kegelapan tu lagi lah cute.. eh dark dark sitampuk manggis wokey. like me hehehe.. hv a good weekend dear!

quinnie berkata...

ika..lepas tengok bun mu yg gebus ini..terus bersemangat kita nak buat roti...eee geramnya..suka makan bun ada sosej...huhuhu

harap2 semangat berkobar2 la...hehhehe

ijan berkata...

Salam Ika...
Pergi ke taman mana bawak budak2 tu??? nak ikut buleh? hehe... montok2 nye roti Ika... bersinar-sinar gitu. Betullah, buat roti ni kadang menjadi kadang tidak. Bagus tip2 mem Ika kite nih. Memang, kena sabor dan mencuba kan. :D

Unknown berkata...

montokx2 roti Ika ni...nanti boleh cuba.bila angin meroti nk dtng tak taula..hehe

CT Delima berkata...

As'alam Ika

waduhhh montok2nya roti tu Ika, k.ct kalau buat roti menjadi montok macam tu hari2 nak buat roti aje..hehehe