ads/iklan

Jumaat, 16 Oktober 2009

Bun Potato>> Band POTATO kat sini fofular sbb vocalisnyer HENSEM!! hihihi...

BUN POTATO bukan BAND POTATO muahahaha....

Salam kembali buat semua yg sedang membaca!! :-)

wehehehe.... sian BM tu dah kena kejutkan suh bekerja huhuhu...tak pe lah kan nak kasi angin RAJIN sikit kat TUAN PUNYER BM ni yg semakin malasnyer menjadi jadi sejak baik dr tak sihat niii..Rumah org dah tayang roti berbuku buku, umah kita jer yg sunyi sepi mcm tak de penghuni hihihi.... g umah ROSS tgk dah tyg bun potato dia yg comel tuuu kita pun lama tak buat bun nii jdnyer dgn angin2 malas td ni buat lah jugak sbb si abg pun suke si kakak pun suke cuma yg line2 tu dia korek2 lerrr :D bila dah mula meROTI angin dia terus lekat TERUS mcm nak buat roti macam2 gaya rupa bentuk ehehe... tunggu esok kalau rajin DULANGI kalau RAJIN sbb sabtu ahad si abg ada perlawanan bola sepak kena pegi lerrr huhuhu... ikutkan hati Malas nak g tp sian org laen sume ada mak bapak yg tgk kena kat dia sorang pun tak de yg tengok...sooooooo..KENA PEGI!!!! appoinment kat sepital pun kena cancel.. ( mesti ada org tanyer kita ni tak sudah2 g sepital ekekeke) insurance insurance!!! mmg dgn senang hati lah kalau ada follow up appoinment sbb tak yah kuar duit just tunjuk kad insurance beres!! :D kita belok kanan pulak, untuk resepi ambik kat umah CDBT @ ROSS tenkiu ya ross!! akak malas sikit sume akak buat bulat2 kat loyang jerrr malas lah nak main mentuk2 nii.. :D resepi akak mintak izin letak kat sini ya, dah byk kali buat pun banyak kali lupa hihihi.... tak pun lat g kat SINI>> tenkiu ross!! sayang dia!!! ;-)


Roti Kentang Ros Onigiri

Bahan2>>
250 gram tepung roti
70 gram kentang yang direbus dan dilenyek baru ditimbang ye
2 sudu besar susu tepung
3/4 biji telur ( dipukul sedikit)
100ml susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)
1. campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan ye, kacau selalu
klu jadi terlalu pekat leh tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.

Caranya. ( roti)
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar.Biarkan naik sekali lagi, gliss permukaan doh dengan baki telur tadi dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. Ok dah siap Selamat Mencuba...




Sebelum buat operation

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Ika.. lama jugak kite tk menjenguk umah Ika neh. sejak si keciit ade, sempat meronggeng kejap2 je Ika... heheh. Ika sihat ke? macam2 menu best dah i terlepas nie... tp roti tuh nampak fresh lagik. mintak dua ketui. hehe

sunkist berkata...

catchy entry tu dik oii... vokalis hensem! hehe..;)

cikmanggis berkata...

salam ika..wah meroti pulak ya