ads/iklan

Sabtu, 17 Oktober 2009

Marble Cheese Brownies

MARBLE CHEESE BROWNIES


Salam dptg sabtu yg tak mcm petang niiii.. hujan!!!!!!!!!!!


{{SEBELUM TU HAPPY DIWALI BUAT LOVE2COOK dan YG BERAGAMA HINDU DSELURUH DUNIA!!!!psstt>> kalau ujan tak dpt tengok munga api sbb tiap2 tahun bila masuk hari depavali kat thai khususnyer sesetgh tempat bakar bunga api kalau ujan tak dpt tengok ler dr balkoni niii huhuhu....}}


Hujan yg turun bagaikan mutiara....lalalalalala...... BUKAN senang hati tp ssh hati sbb kain2 tak kering huhuhu.... TAPI ada hikmah dsebalik hujan yg turun membasahi bumi dan simen2 konkrit ni sbb SEJUKKKK!!!!!!! bila sejuk2 mcm nih mulalah ada kerja2 yg tak sepatutnyer dbuat nak tido jerrr kejanyer!!! huh! jgn tido thnkan mata tuuuu kita mamam brownies aka kek kecik2 niiii :D.. SEDAP!!! tak de perkataan lain yg kuar adalah SEDAP!!! OISHIIIIIII!!!! AROIIIII KHA!!!!!!! ENAKKKK!!!!!!YUMMMYYYYY!!!!!! hihihi...... Dah penah buat zaman2 purba kala tp tak sempat nak nyalin resepi kali ni kita salin resepi nyer kat bwh ni ya.. TERIMA KASIH buat tuan punyer resepi ni KAK RIN CHAN FP dan kita cnp recipe nyer kat umah KAK NOR GANU yg skrg ni sedang lepak2 santai2 bersama keluarga tercinta.. tenkiuuu ya!!! mintak izin dulu resepinyer nak dletak kat sini sbb AKAN buat lagi :-).. dah lama pendam hasrat nak buat2 kek ni tp nak buat kek2 gedabak gitu MALASnyer masih melampau lampau jdnyer kita buat BROWNIES ini yg kejanyer cuma gaul2 ajerrr tak yah tunggu kembang ke apa :D.. jom tgk resepi >>

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :

250g butter

1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Tambahan>>kita letak whipping cream dgn perahan lemon

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Hmmm...moisstttt sgt2!! cedap!!! jom makan!! :D

7 ulasan:

geraugebang berkata...

Ija, bestnya kek nieeeeeee. Cantik berseri di hari raya. Dah nak habis raya pun kan.

Tanpa Nama berkata...

Nie buat utk raya Diwali pulak ke ape? memang nampak best. potong pon santek je.. pinjam pedang ninja ke? heheh

ijayuji berkata...

Salam kak gerau...hari raya tak habis lagi kan? jdnyer jom jom raya lagi sambung pulak dgn raya diwali huhuhu..semakin meriah! :D

Salam ijan.. lebih kurang lah tuu RAYA jugak kan? hihihi.. pisau dapur jer jan asah kena lebih kurang mcm ninjanyer pedang lah kan :D

deeja berkata...

hai adik akak...
itule,akak dh cakap...kalo dekat mmg dh sampe...geram akak tgk brownis tu...meleleh dh ayor lio ni...

indahhouse berkata...

Salam kak Ika. Comeinya brownies...
Yang ada cheese ni, mesti sedap,kan? :)

sunkist berkata...

cun brownies tu dik.. practice makes perfect! tahniah dik ika! :)

adad berkata...

jiya tak sempat rasa tau kuih ni masa wat tuk marhaban ari tu. habissssssss wooo!! mmg sedap la agaknya tu kan. uwaaaaaaaaaaaaaaaaarggghh!!