ads/iklan

Khamis, 22 Oktober 2009

Pandan Slice Cheesecake

PANDAN SLICE CHEESECAKE
Rupa hodoh sikit sbb masih panas main telangkup jer hihihi...

Salam bersua kembali n akan kembali minggu depan insyaAllah,

KENAPA MINGGU DEPAN???? sapa dapat teka dapat gmbr ciskek tu PERCUMA!!! hihihi.... ehemmm... ESOK PUBLIC HOLIDAY!!!!! JANGAN TANYER kita cuti apa esok ni yg kita tahu kalau ada cuti nak kuar jalan2 itu jer yg kita tahu :D... ok ok!! Gmbr kat atas tuuu..lamaaaaaaaaa sgt tak buat ciskek keping2 niii...dah jatuh chenta dgn resepi niii DAN byk kali jugak buat asyik tak menjadi jerrrr 1st time cube buat kek ni lepas jer dpublish kat MyR kek kita jd Bingka cantik jeerrrrr bingka dia ekekeke... kali kedua jadi LEMPENG pulak! mcm2 hal! kali ke 3 baru menjadi pas tu terus menjadi kadang tak jadik :D kita pun tak tahulah silap kat mana nak kena berguru dgn KAK AZURA yg terrer buat ciskek huhuhu....yg ni pun sama jugak jd elok jerrr sib baik dtelangkupkan jdnyer tak nmpklah segala kedutan yg ada kat kek tuuu :D yg pasti rasa ttp SEDAP! tak muak mkn kek niii tp LEMAK ttp kekal jugak :D.. Resepi asal dr ROSS @ CDBT yg pandai masak2 pastu asyik meroti jerrr :D, dan yg pasti kek ni sgttttlah ekonominyer sbb guna slice cheese ajerrrr berbanding dgn creamcheese..dan dah mcm2 versi kek ni kuar yg cekelat lah pandan lah pandan KAK HANAnyer idea kali ni kita pulak :D sedaplah!! kita rasa pandan masih ok kdg tak ok kat tekak tp yg ni ok pulak.. Resepinyer mintak halal n izin dcopy n paste kat sini ya ross atau leh g kat umah ROSS @ CDBT kat jepun ya.. tenkiu ross!!!

SLICE CHEESECAKE

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya

5 ulasan:

cikmanggis berkata...

wahhh...cantiknya kek ni..seksi gebu!hihi minta sket

MamaFaMi berkata...

Nampak gebu je... gambar keratan rentas tak ada ke?

hana berkata...

mak aaiihhh! mmbuatkan aku tk sabo nk mengekek!! :D

Watierman berkata...

Tak nampak kedutan pun Ika....cekang elok jer..mesti letak SK11....Nak suku boleh..alang2 mintak biar banyak...

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah cantiknye!!! kalo dekat dah lama ku potong potong. huhuhu