ads/iklan

Rabu, 21 Oktober 2009

Pau Gebu dan Lembut sesuwai dgn nama..

PAU GEBU DAN LEMBUT

Salam dan selamat pagi semua!

Pau ni merangkap bentou sampingan tuk si kakak kat tadika nanti ni kali ni guna resepi KAK TON kat MYR mmg lembuttttttttt gebuuuuuuuuu sgttttt kalau ada tepung pau lagi cantik agaknyer kaler dia ni td kita guna tepung gandum jerrr.. biasanyer guna resepi cikmat kali ni cuba resepi lain pulak... Yg kat atas tu semua tak de inti sbb kakak tak suke ada inti dia suke mkn kosong gitu jerrrr jdnyer mamam pun malas nak nyumbat2 inti ke apa sume buat kosong jer ekekeke..... lembut sgt! boleh cuba resepi ni lagi kalau nak buat mmg tak nyesal :-), REsepi asal dari KAK TON @ MyR tenkiu ya kak ton!! montak izin dan halal resepinyer letak kat sini buat rujukan akn datang, terima kasih!! :-) boleh g kat SINI juga ya, kita guna BM jer hihihi...malas nak nguli! :D

PAU GEBU DAN LEMBUT

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak pauuu paling gebu antara yg gebus tuh!!! licin putih bersih pau dia.. :)

sunkist berkata...

ooo.. menu tadika pau yek hari ni ika?

Kak Am berkata...

licin dan gebusnya pau ika.., akak mmg suka sesangat pau trutama inti kcg merah. apo kono si kak2 tu x suka ltk inti..? sonanglah koje ika ya? Ngelat betul..!!!

Watierman berkata...

Dah agak dah....mesti kena letak vege shortening....akak dah kehabisan tu pasai dah lama tak buat...hahaha...Ika..letak pewarna merah..kasi dia pink colour...macam pau cina....agak2 kakak suka tak...since dia tak suka intikan.....Memang gebussslah nampak Pau Ikaaaaa ni....nanti akak nak guna resepi ni jugak...tapi kena beli vege short. dulu!!!

indahhouse berkata...

Salam kak Ika,

Gebushnya pau! sonoknya ada BM..saya bab menguli ni, suka, tapi, huhu, penat tangan eden..

MamaFaMi berkata...

Omak ai, licin banget kuih pau dia.. geramnya tengok!

sitiezahim berkata...

hai akak,
nak tanyer cane nak letak pau dlm suhu suam? saya kat german, suhu mmg sejuk nih..maaf saya mmg x penah pau mengepau..mintak tunjuk ajar ye...tq