ads/iklan

Selasa, 7 Jun 2011

Turkish Pide

_DSC0486
TURKISH PIDE

Salam dipetang hari selasa sume! :D

Sebenarnyer nak mengn3 tgh hari tadi tp sibuk ngemas asyik tak sudah2 sbb byk main dr ngemas wakakaka.. manalah nak siap kerja umah pastu g luar pulak byr duit majalah niii, yg gerammnyer org ckp nak pergi THONGLO SOI 15 TAPI teksi antu ni g bawak SOI 15 JAUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH sgt! huh! dah lah tgh hari mmg traffic gilerrr terpaksa naik skytrain nak ke THONGLO tuuu nak kata silap ckp tak pulak cuma dia tak dengar perkataan THONGLO tuuu haish! dah byk kali tersilap wakakaka...

Dah lama masuk list roti niii tapi yg ni pun geram sebab sapa yg duk ngejas si oben g switch kat api bwh jerrrr! huh! patut punnnnn yg atas tak mau brown! aaarghhhh! hari serba tak kena nmpknyer ari niii huh!.. Resepi leh tgk umah MAK AYU SG jugak ya.. :D SEDAPPPPPPP sgt! letak mozarella cis terlebih sudah tu pasal kembang! hihihi.... MAk Ayu mintak izin resepinyer! resepi asal kat umah KAK DIANA macehhh jugak buat KAK D :-)

TURKISH PIDE
Recipe: KAK DIANA
Source: CURLYBABE SATISFACTION KAK AYU

Bahan Doh pide
  • 480 g tepung roti
  • 375 ml air suam
  • 60 ml minyak zaitun
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu teh garam,
  • secubit gula kastor


Bahan Inti pide
  • 250 g daging cincang
  • 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
  • 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 biji bawang dpong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk cayenne
  • 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 3 biji telur
  • daun sup secukupnya, dipotong halus
  • garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka


Bahan sapuan pide
  • 50ml susu segar
  • 1 biji telur



_DSC0490_DSC0492
Sedappppppp sgt3!!! tp silap bakar n terlupa sapu telor kulit dia, tu pasal pucat jerrr pastu sapa ntah punyer kerja setting kan oven tu cuma api bwh jerrr huh! patutlah tunggu yg atas tak masak2 ahahaha...

Cara membuat pide

  1. Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
  2. .Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
  3. Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
  4. .Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).

Cara Inti Pide
  1. Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  2. Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
  3. Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.

Cara membuat pide
  1. Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
  2. Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
  3. Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
  4. Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
  5. .Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
  6. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
  7. Pide pun siap untuk dihidangkan.Enak dimakan panas.

_DSC0477_DSC0474_DSC0475
gmbr ni jd kecik org letak size lain dia kuar size lain huh!

15 ulasan:

Juwita Jamaludin berkata...

ika.. akak masih dalam list ni .. dah tergoda dari rumah kak ayu lagi.. tapi mood nak meroti tak datang lagi.. kena buat ni

Shereen berkata...

Ika,
Very nice pide.I suka sangat makan pide ni tapi don't know why la everytime I masuk Turkish/lebanese eatery,I sure 100% will kena diarrhea..eventhough if cuma makan pide saje..if makan kebabs,lagilah terburai perut I ni.
As for the taxi tu,kat Thai you kena cakap lenggok dia yang ada sikit geli-geleman(ternaik bulu roma bila dengar, lembut-lembut suara tu untuk sebut nama tempat-tempat..or else memang surelah they all hantar kita ke tempat lain..lol!Dulu pun we all selalu kena until one of our friends ajar we all sebut lembut-lembut.hehehe...harap membantu.

anie,Nagoya berkata...

huhuhu.....list masyukkkkk....sedap nmpk ni.lom mkn nmpk sedap.laling blek nnt nak wat tuk dia le.resepi mnta dihalalkan

zarin berkata...

ish nyampah tengok tau...semalam akak nak wat pide ni lerr pastu ada ke patut lupa taruk olive oil... mr T gak yg kenyang hikhik

Unknown berkata...

uishhh sedapnya...teringat masa makan kat istanbul hari tu tapi malas lak nk buatnya.....tumpang mkn sini lah yer...hehe

Ayu berkata...

ika, mak ayu datang ni...
alah2 terset api bawah aje ya..tapi nampak ok & lembut ya ika ur pide tu..waduh..post sini sikit... ni pak we suka sangat..boleh berkeping2 dia makan..thanks sudi cuba ya ika..

Nuridah berkata...

Haaa Ika,mak ayu good mood tu...boleh masakkan pakwe lebih2,lepas tu mintak izin mak ayu pinjam pakwe 1 minggu....heheh...boleh gitu???

Kak nur ketawa terbahak2 bila aim gambar besar yg keluar kecik pulak...blogger nie ader mengong sikit lah...blog kak nur pun mcm ada problem jugak tak leh guna blogger in draft....maintenance pun sama juga...haywire lagi ader!

Pide tu cantik mengembang,nampak lembut gitu...

anymz berkata...

ikaaaa...lagi sekali tak like...apesal asek lapo je nih..oooo..baru teringat.belum makan lagi ni...hehe..nak pi cari kebab jap.tak dpt menda alah ni dapat kebab pun jadi lah..
eh!angkut masuk list jugak..doakan akak berjaya buat pide ni ya.

Mas berkata...

ika....meroti lak yerk...
sukanya kak mas tengok roti tu...
mengancammm....

Ida,Japan berkata...

Ikaa...kena sebiji pide ni, mau tersadai ni ..cantik molek la dua2 hujung pide dia, baru nmpk hari tu kat dapur kt Ayu..cepat sungguh jangkit ke Siam he..he

Amie berkata...

tumpang semulut.... boleee....he he

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

Salam Ika..
Waduh2 udah sampai ke bangkok turkish pide nih... sedap sgt tgk yg ika nyer..yg tembam kat atas mama punyer yer..hehehe cukup ler utk mama & shasha :)

dZana berkata...

ooo.. gitew buatnya.. tumpg makan sni jer lah dulu ika.

Unknown berkata...

Türkiye'Den merhaba :))
Pideniz nefis gözüküyor,ellerinize sağlık..
Bir Türk olarak ben bile bu kadar güzel yapamam heralde :)
Sevgilerimle..

ibundo berkata...

alamak sodap nya. pun nak bawak balik gak ni..