Khamis, 21 Oktober 2010

Daging Goreng Sawi Asin

_DSC0412
DAGING GORENG SAWI ASIN

Salam kembali sume!! :D

Ni lauk semalam sbb arini kita masak asam pedas ayam sawi asin kikiki...... Sedap rupanyer masak campur2 dgn green mustard ni! selama ni tahu kewujudan sayur asin ni tp tak pernah nak ambik takut2 tak halal, sampailah KAK AYU SG published her latest n3 daging goreng asin, barulah tergerak nak pegang n tgk apa ingredients dia, tak yah tgk dah! wakakakakaka..sume jenama HALAL! ahahahaha...jakun betul! :D Lepas ni leh variasikan lagi sbb sedap! i loiikeeeee! :D

Resepi asal dr umah KAK AYU SG, mcm biasa kak mintak izin n halal resepinyerrr! sedap ni! :D macehhh kak ayu!!!! lap uuuuuu!!!! hihihi....

DAGING GORENG SAWI ASIN

Ingredients:-

  • 500g daging dihiris tipis- direbus dengan sedikit air & sedikit halia kisar hingga empuk.
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • sedikit garam & perasa
  • (Campurkan bahan2 atas lepas daging direbus dan perap sekejap)
  • 350g sawi asin-(pickled mustard leaves) -bilas beberapa kali supaya tak masin dan hiris
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 2-3 biji bawang putih dihiris tipis
  • 1 inci halia dihiris tipis
  • 10-15 biji cili api dihiris atau ketuk -(ikut kepedasan)-(Ayu suka lagi pedas)
  • 1 sudu besar sos tiram1 sudu besar kicap manis
  • 2 biji limau sambal diambil jusnya
  • sedikit air
  • garam & perasa secukupnya - gunakan sedikit, kalau perlu

_DSC0418
Jemput tgk lagi! hihihi...

Method:-

Gaul daging yang telah direbus hingga empuk tadi bersama sos tiram, kicap manis, garam & perasa dan perap sekejap. Panaskan minyak, dan goreng daging yang telah diperap tadi hingga agak garing.
Bila sudah masak, ketepikan ditepi kuali. Masukkan bahan2 hiris- bawang besar, bawang putih, halia & cili padi dan gaul hingga layu. Satukan daging dengan bahan2 tadi hingga rata.
Masukkan sawi asin yang telah dibasuh dan hiris, gaul lagi. Masukkan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis, sedikit air & jus limau sambal, gaul rata. Rasakan kalau needs to tambah garam & perasa tambahlah ya ikut keperluan masing2. Bila semuanya dah secukup rasa, matikan api, siap untuk dihidang.

9 ulasan:

Mas berkata...

nakkk sikitt....

anymz berkata...

waah,ari ni wat asam pedas ayam ek..meh tuko dgn akak,ni akak bawak asam pedas ikan tenggiri..makan dgn daging tu sodap tuh..:D

Ayu berkata...

ika,
asam pedas ayam taruk sawi asin ya hari ni? sedap tu!!..tima kaseh sekali lagi for sudi trying ya..hehe..banyak juga barang2 yg dari Thailand halal tapi mesti cap yg diamond tulah kan..hehe

K.Nor berkata...

nak daging!! sedap ek sawi asin? esok la akak masak daging gak :)

HALAMANKU berkata...

Daging Goreng ngan Sawi masin x pernah tapi Asam Pedas vs Sawi masin memang sedap.. nak2 Asam Pedas Kepala Ikan huh... leleh tu Ika...

Watierman, rmanbkr berkata...

Hrmmm sedapnya!

Shereen berkata...

Hi Ika,
Lauk macam ni makan with plain porridge,very the sedap.Semakin I singgah kat your blog,semakin tembam I get...Can't handle the temptation!

Yan berkata...

Salam Ika,

sawi asin ni kalau makan dgn nasi panas pun sedap sangat kan..

kak ina kl berkata...

salam ika..wah dah lama tak makan sayur asin ni..rindu lak nak makan..