Jumaat, 22 Oktober 2010

Firecracker Shrimp

_DSC0439
FIRECRACKER SHRIMP


Salam pagi jumaat sume!!! :D

Esokkkkkk g cuti2 sampai ari rabu :D cuaca mendung kdg2 hujan dan ada sstgh tempat banjir tp rancangan telah dibuat tetap untuk meneruskan percutian cewaaahhhhh! wakakakaka... semoga semuanyer selamat2 insyaAllah!

Ni menu ngunyah2 semalam petang :D sedap loorr! tp kita derhaka sikit kita kasi cincang2 itu isi udang cuma make sure inti tak leh isi penuh2 kalau tak dia tak garing.. Resepi asal kat umah KAK NUR SG, macehhhh kak nur cayang!!!! leh buat snack time boring2, asyik nak ngunyahhhhh jerrrrrrrr! g makan rumput pulak! Macam biasa kak nur mintak izin n halal resepinyer dipanjangkan kat sini pulak! macehhhhh!!!!! Untuk keluarga besar atau yg hantu udang tu bolehlah doublekan kuantiti udang ya kang main rebut2! ahahahaha

FIRECRACKER SHRIMP

Bahan-Bahan
  • 20 atau 25 ekor udang besar, dibuang kulit dan dibersihkan>>Kita cincang n ekor udang simpan untuk digunakan lagi nanti.
  • 15 keping kulit popiah (jenis eggroll/springroll) dilipat dua dan potong segitiga
  • minyak untuk menumis dan mengoreng

Bahan Untuk diperap

  • 1 sudu kecil bawang putih yang dicincang halus
  • 1/2 sudu kecil halia yang diparut
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan (sesame oil)
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu kecil sweet chili sauce
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Bahan Untuk Pes tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 cawan air, digaul rata bersama tepung jagung tadi (untuk dijadikan pelekat pada kulit popiah)


_DSC0447

Cara-Cara
1. Dalam sebuah mangkuk gaul rata bahan pemerap sehingga 20 minit.

2. Setelah itu keringkan bahan yang diperap tadi bersama paper towel. Ambil 1 ekor udang tadi
dan gulungkan bersama kulit popiah. Kemas dan lekatkan bersama bancuhan tepung jagung.

3. Goreng dalam minyak yang panas dalam angaran 3 minit atau sehingga kekuningan. Siap dicicah bersama sweet cili sauce.

11 ulasan:

PearlnScarf berkata...

wow ... cedap nya..

lina berkata...

sedap nyer...

♥LOVE2COOK♥ berkata...

Hi Ika, aisey cutenye udang tuh!!! Love nakkk...

Brought U some apam pisang coklat! hehehe ;)

Watierman, rmanbkr berkata...

Boom meletop...mak aiii terkejut..Ika..taulah kat Thailand boleh aje main fire crackers...Akak ni kuat melatah Dik! OOo pocot!

Mas berkata...

wah ika, sedappnya, nanti nak try la....

zarin berkata...

eeeii comel n sedapnya nampak...

K.Nor berkata...

aikkk main tayang ekor jer nih.. cam pengembala kamben lak duk tayang montot hihihihi

cikmanggis berkata...

gedebum bam bam..haha bunyi mercun ika..hai jika camni makan satu tin biskut pun boleh habis tapi nak menggulung mercun ni..kena sabar dan berhati hati takut meletup hehe

Ayu berkata...

salam ika,
wah udang mercun sudah diseludup ke negeri siam ya..hehe..nasib baik custom tak check..hehe mesti sedap kan buat snacking,...

kakchik berkata...

Salam Ika. Selamat bercuti! Menggoda nafsu lapar kakchiklah udang tu. Cicah sos makan rangup-rangup tentu menjilat jari. Yum!

Mmm.... dah sampai Korea dah kakchik ni dok dengar lagu b/ground.

mummyseri berkata...

Salam ziarah n kenal ika..
sedap n cantek je udang tu..
ika, nk mnta izin link blog yek..