Ahad, 17 Oktober 2010

Nasi Lemak Sri Pandan

_DSC0345
NASI LEMAK SRI PANDAN

Salam ahad sume!!! :D

Sowi ya semalam outing dgn incik ninja hihihi shopping sana sinun dan last sekali pergi massage, mcm bersilat kalau part2 yg last sekali tu wakakakaka... tp kita suke traditional way sbb tak melibatkan minyak kalau minyak ni yg malasnyer bdn berminyak minyak walau lepas abis massage tu kita mandi.. N insyaAllah esok punnnnn kita bzzzzz sbb nak jumpa blogger sifu kek lapissss dr SG!!!! jeng jeng jeng!!!! kalau ada kelapangan esok leh jumpa tak kesahlah kejap pun kan janji dpt jumpa sifu tu, kalau boleh nak mintak otograp hihihi....

Ok, menu hari nii merangkap SATU HARInyer menu :D untuk kita jer lahhh maksudnyer sekali makan ni jerlah lepas tu dah tak ambik lunch n diner sume, berat dah niii :D Resepi asal dr buku chef hanieliza, tp kita cnp dr umah KAK AYU SG yg asalnyer juga kak ayu ambik kat umah NURINDAH yg comel iteewwww... mekaseh sume!!! nak kemas umah! :D

NASI LEMAK SRI PANDAN

Sumber : Buku Senangnya memasak Nasi Chef Hanieliza
Servings: 7-8 orang. (dgn kiraan seorang dewasa: 130gm beras)

bahan2

  • 1 kg beras AAA [basuh n toskan] - (Ayu gunakan 5 cawan beras basmathi)>>Sama mcm kak ayu :D
  • 4 cawan santan-(2cawan santan pekat +1 cawan santan cair)
  • 10 helai daun pandan - dikisar (Nurindah: boleh kisar dgn 1-2 cawan air) - (2 cawan air daun pandan + 1 cawan air)
  • 2 inci halia -dihiris
  • 3 biji bawang merah -dimayang
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula - sekiranya suka -(Ayu tak letak)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • Sedikit halba>>yg ni kita tambah :D

_DSC0344
Tak de ayam goreng sbb ikutkan kita lg suke mkn nasi lemak yg ada TIMUN, TELUR MATA KERBAU dgn IKAN BILIS itu sudah cukup! setiap gigitan harus ada TIMUN! hihihi


Cara
  1. Daun pandan dikisar dan ditapiskan.
  2. Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
  3. Apabila nasi sudah kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
  4. Bila sudah masak boleh hidangkan
Updated:

SAMBAL IKAN BILIS

Bahan2

  • Segenggam Lada Kering *
  • 1 labu bwg besar*
  • 3 ulas bwg putih*
  • 1 inci Belacan yg dibakar*
  • 1 biji buah keras*
  • Garam, Gula
  • Sedikit Air Asam jawa
  • 1 labu bawang besar di hiris bulat
  • Minyak untuk menumis

Ikan Bilis yg di kopek dan digoreng>> ikut suka hati nk byk mana, ketepikan

Cara2

Blend kan bhn2 yg bertanda * terlebih dahulu, untuk lada kering kopek dan buang biji atau rendam dgn air mendidih sehingga lembut. Panaskan Minyak di dalam kuali, tumis bahan2 yg telah di blend tadi sehingga terbit minyak, seelok eloknyer gunakan api kecil dan tutup, pastikan rajin di gaul berulang kali untuk mengelakkan sambal drpd hangus. Kemudian masukkan garam sedikit, gula(lebihkan sukatan gula kalau mahukan sambal yg manis2 pedas) dan masukkan sedkit air asam jawa td, kacau kembali dan perasakan. Kemudian masukkan hirisan bawang dan sedikit ikan bilis yg telah digoreng tadi kedalam sambal tumis tadi, tunggu sebentar sehingga bwg betul2 layu, masukkan air jika perlu dan kacau kembali sehingga mendapat kepekatan sambal yg di ingini, untuk nasi lemak biasanyer akn buat manis pedas. Selamat mencuba! boleh cicah dgn roti juga! :D



10 ulasan:

Mas berkata...

salam ika, k.mas datang nak makan nasi lemak ika pulak....sedapppnya tengokk..sambal lebihh yerr..

fara dean berkata...

salam ika..
terima kasih bagi akak nasi lemak..walaupun tak mkn betul..buat2 kunyah la..sedapnyaa sambal tu!

Yatie berkata...

Salam Ika, kecunya akak kalau tngk makanan kat umah orng...kalau sendiri msk tak sedap rasanya...nak rasa yg Ika msk, boleh ke....

PearlnScarf berkata...

sedap mkn nasi lemak nie... bersri sri

Yan berkata...

tengok nasi lemak ika dengan sambal beralas daun pisang, teringat zaman sekolah2 dulu. sambal mesti alas daun pisang.

Ida Ddapur berkata...

ni nmpknya k'ida leh tgk gambo je la...tak per le..sukenyer nasi lemak beralas daun pisang..nmpk ika punya buat k'ida terliur ni...aduhhh sini tak dak daun pisang la ika..

Ayu berkata...

salam ika,
waduh2 tijah!!..2 hari akak tak keudara..2 hari semua menu dah habis ya..hehe ..wah nak jumpa sifu cake ya..kirim salam kat rima tu ya..
akak yang dekat belum ada chance bertemu..hehehe..

Deliah's Deli berkata...

salam ika...sedap nmpak nasi lemak ika tu...mau 2 bungkus lesap sekelip mata :)))

Jiya berkata...

nasik lemak bila nighhh?? akekekeke..

ika.. pesal aku nampak sambal nko kaler pink.. hihi

jannah berkata...

aslkm minta izin guna gambar nasi lemak ya? utk buat poster jualan.