ads/iklan

Rabu, 16 September 2009

Kukis n Iftar ramadhan ke 26

Salam dmalam khamis ramadhan ke 26 1430 hijrah :-),

Hari ni mood byk kurang ntahlah sejak2 nihh kenapa ntah :-(, td nih penat sgt mengajar sorang maid ni nak buat kek pisang tunggu punyer tunggu dah nak dekat kul 1ptg kita ni byk kerja nak dbuat tp nak buat mcm mana kan dah dia nak belajar buat kek jgn kedekut ilmu bulan2 puasa ni kan :D bukan nak kedekut tp masa mcm tak sesuwai pulak pulak tu dia asyik ajak berbual jerrrr kita ni nak buat kukis nak masak lagi huh! mmg penattttt sgt melayan maid sorang nii byk cakap dr buat kerja huhuhu.... k lah oleh kerana dah kepenatan nihh menu buke kita paling senang sekali buat KUE TEOW LADNA senang kerja maksik yg comel nii ekekeke...dan ni lah dia kukis yg kita dpt buat hari niii..sbnrnyer nak buat Almond London tapi masa tak kecukupan buat kukis komplek ni :D esok lah kot buat malasnyer!!! tp peberet budak2 kat umah ni jdnyer kenalah buat jugak kan.. untuk kukis pd hari jom tgk!! tgk kukis jerr jgn tgk menda lain!! :D

CHOCOLATE CHIP COOKIES


Buat kicit2 jerr senang masuk mulut :D

Resepi asal dr KAK NOR ganu, raya tahun lepas pun buat jugak kukis niii..tp kali ni malas byk main gentel2 jer ok lah tu kan, alamakkk penatnyer!! Kak nor mintak halal ya resepinyer letak kat sini, tenkiu!! :-)

CHOCOLATE CHIP COOKIES


Bahan2
  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds
  • Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  • Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  • Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  • Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  • Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.


HONEY CORNFLAKES COOKIES


dah penat + tak de mood ni lah jdnyer hihihi..main tenyeh jerr tak kira dah penyek2 ke berdiri ke dia punyer kepingan tu :D

Asal nama cornflakes ni mmg kita sukeeeeeee sgt!!! dr zaman kicit2 dulu mmg suke ngan sekut niii sekut2 yg ada bau2 cornflakes nii..cedap!! cuma kita kurangkan kuantiti gula sbb tak mo manis sgt butter pun guna unsalted punyer :D, Resepi asal dr KAK AYU SG tenkiuu ya kak!! sedap sekut niii... mintak halal copy kat sini pulak ya, tq!!!

HONEY CORNFLAKES COOKIES

Ingredients:- (A)

100g cornflakes
100g crispy bubble rice(optional)
100g chopped almond/nuts (roasted)

(B)
110g butter
90g fine sugar
5-6 tbsp honey

Method:-
Mix all ingredients B and put to a slow heat for a few minutes. Stir well. When all the ingredients has dissolved, add in A and stir till Incorporated. Lay small paper cups in a small muffin tray and scoop 1 tsp of mixture. Pre heat oven and bake at 175C for 7 minutes. Let it cool on wire rack the store them in an airtight container.
*You can add your preference for the decorations. As for me I used chocolate rice.



KUE TEOW LADNA

Dan inilah dia menu iftar kita ramadhan ke 26 hari nihhh hihihi....penat punyer pasal jdlah ladna nihh resepi main masuk2 jerr tak de tulisss2 tak de amik2 resepi owang sbb tak de masa nak mencarik resepi dlm keadaan darurat nihh... suke sgt mkn ladna nihh sedap!! ;-) bebudak kat umah ni pun suke jugak bertambah senang kerja kita mcm nii :D, okiessss..nak kena gosok baju pulak lepas nii, SELAMAT MALAM n SELAMAT BERSAHUR buat semua pembaca!! :-)

3 ulasan:

hana berkata...

jari sapa yg daybab tuhhhhhhhhhh??? kikikiki

Tanpa Nama berkata...

Comel2 nye semekut tuh... cam mini famous amos plak.hehehe

Watierman berkata...

selamat menyambut hari lahir yang ke.....moga Ika semakin tabah mengharungi liku2 kehidupan...& sentiasa mendapat kemudahan dari yg Maha Esa...diberkati & dipelihara & sentiasa mensyukuri Nikmatnya....Amin!Cantik kukis2 Ika tu!