ads/iklan

Jumaat, 15 Oktober 2010

Macaroni Soup

_DSC0317
MACARONI SOUP


Salam kembali!

Ni menu semalam ya, diulangi SEMALAM hihihi.... menu hari ni makan cendawan goreng jerrr ni kes tak sempat lerrr sbb jap g kakak balik nak g sepital pulak! haish! gini lerr kalau sorang baik sorang kena, yg kecik ni telah menunjukkan batuk2 ala2 asthma gitu, td tgh hari dia tido pun asyik batuk jerrr pastu stok ubat batuk dr sepital tak de nak tak nak kena pergi jugak nanti, kalau ikutkan hati malas nak pergi tp memendangkan tak de ubat batuk TERpaksa pergi rumah penyakit :D

Macaroni soup dah buat sebelum ni, resepi ambik kat umah KAK MASZ yg dah lama senyap tuuu, pastu kita cnp dr umah KAK NOR ganu pulak.. n skrg kita cnp dr umah sendirik jerr :D tak leh lama2 sbb nak siap2 dulu kalau ptg2 sure traffic gilerrr maklomlah hari jumaat esok dah weekend mmg begitulah kejadiaanyer kalau kat sini... jom layan!! tp semalam ni versi baikhati sbb tak makan dgn lada sbb mulut kita pulak ulserrrr! ni pun makan sambil2 terkejam kejam mata kalau pedih :-(

MACARONI SOUP

Bahan2
  • Makaroni (secukupnya)
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
  • 1sdk lada hitam - tumbuk
  • bebola daging - secukupnya
  • 2 kiub lembu/tulang rusuk
  • 2 liter air atau secukupnyer
  • segengam soohoon
  • sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg)
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging

>>Tambahan>> untuk sayur dan macaroni kita celur2 dulu, jdnyer bila nk dimakan just ambik n masukkan dlm sup untuk mengelakkan macaroni terlebih kembang :-)

Bahan sampingan
  • ikan bilis kecil/halus - digoreng
  • daun sup/bawang - dihiris
  • bawang goreng
Cili tumbuk
  • Segengam cili padi
  • garam
  • 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok
** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau


_DSC0319
mmg betul sup ni rupanyer dima :Dkan dgn ikan bilis xtra sedap! cubalah ya!

Cara Penyediaan
  • Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
  • Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
  • Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
  • masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
  • Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)
** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu...
Align Center

8 ulasan:

Mas berkata...

anak k.mas pun dulu macam tu juga, batuk 3 bulan lebih, doktor dah saspek asma, k.mas bagi makan madu tualang perah limau kasturi, alhamdudillah lepas tu beransur pulih...rasanya ubat batuk tak berkesan la ika, budak2 tak elok makan ubat batuk bnyk2...
nampak sedap la macaroni tu...

FAKRUZA berkata...

Ika sedapnya MACARONI SOUP... ala kesian anak2 ika tak sihat noh.

sue berkata...

Sedap...sedap..balik nih nak buat

fara dean berkata...

salam ika..
ada ciri2 kemelayuan lah macaroni tu..erm bole cuba ni..simple n cedap

Ayu berkata...

macaroni sup my kids favourite..
akak kalau buat, untuk akak aje,
telur 2 biji..kiki..macam mana muka tak macam telur..hahaha..

zarin berkata...

meriahnya macaroni sup ni...ada ikan bilis memang sedapkan!

Azian Elias berkata...

sedapnya tengok macaroni dengan ikan bilis goreng tuuu...

adad berkata...

tanya skittt.. kain pepel blakang tu kain langsir ker kain simut? kikikiki! *nyuruk blakang lemari