ads/iklan

Sabtu, 20 Ogos 2011

Menu Iftar ke 19>>Nasi Lemak Kukus, Ayam Goreng Nyonya n Kangkung

_DSC0173
NASI LEMAK KUKUS, AYAM GORENG NYONYA N KANGKUNG

Salam buat semua diramadhan yg ke 20 insyaAllah!

Ni menu iftar semalam, lama sgt tak buat n makan nasi lemak, tp ngengada sikit semalam ni nk makan nasi lemak kukus, sbb mmg sedap nasi lemak kukus ni, leceh sikit lah tp hasilnyerrrrrr, mmg tak akn mengecewakan. Resepi Asal dr umah KAK ZURA, mcm biasa minta izin n halal kembali resepinyer! :-)

Semalam bual2 kat FB tanyer nasi lemak yg mkn dgn kangkung tu buatnyer mcm mana utk kangkung tuu, org melaka biasa makan ya? Kita ikut mcm cheiza ckp goreng kering, sedappppppppp rupanyer nasi lemak mkn dgn kangkung nii, jdnyer semalam ni mmg meriah pinggan kita hihihi... Alhamdulillah sgt2 sbb sedap! Selamat berhujung minggu n selamat buat biskut sume!! :-)

NASI LEMAK KUKUS
Resepi Asal:KAK ZURA >>Link ni dah tak boleh bukak mungkin owner blog dah tak berblogging

Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmathi (direndam 8-10 jam)>> Yg ni kita campur beras siam n basmathi
  • 4 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 biji kelapa
  • garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan

_DSC0180_DSC0177
Perfecto meal! sedapp!

Cara-cara
  • Beras yang telah direndam dicuci bersih dan toskan airnya. Bawang merah, bawang putih dimayang. Halia dihiris memanjang. Serai dititik. Santan diambil patinya sahaja.
  • Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam loyang kukusan yang dialas dengan sehelas kain kasa ataupun kain net. Terlebih dahulu didihkan air kukusan. Kukus beras selama 40 minit dan kemudian keluarkan beras dari kukusan dan dibubuh di dalam besen kecil dan curahkan air panas dalam 1 pot tin susu. Kacau sehingga airnya meresap ke dalam beras. Kukus semula selama 1/2 jam. Selepas 1/2 jam keluarkan semula beras dan arun dengan santan pekat dan bahan-bahan yang lain dan kukus lagi sehingga nasi benar-benar lembut dan masak.
  • *jika tidak memasukkan biji-biji halba kita bolehlah merendamkan halba dan diambil airnya sahaja dengan cara meramas-ramaskan halba tersebut. (Ini adalah kaedah orang-orang terdahulu di Johor Bahru kerana biji-biji halba yang terdapat pada nasi yang telah dimasak nampak tidak berapa molek)
  • Nasi lemak ini sedap dihidangkan bersama sambal tumis, rendang atau ayam goreng berempah, telur dan mentimun.

*******************************************

AYAM GORENG NYONYA


_DSC0179
AYAM GORENG NYONYA


Ini pulak ayam goreng nyonya padankan dgn nasi lemak kukus semalam tuu, sedappp! Rasanyer ramai yg dah buat ayam goreng ni nak semak satu2 tak sempat lerr. Mintak halal n izin juga resepinyer ya mak ayu! Tenkiuuu sume!

AYAM GORENG NYONYA
Resepi Asal : CITARASA ISTIMEWA BERASASKAN AYAM
Sumber : MAK AYU SG

Bahan2:-
  • 500g ayam -dipotong sederhana-(Ayu gunakan ayam dada)
  • 8 biji cili padi -diketuk
  • 1 biji bawang besar -dipotong bulat
  • 1 sudu besar sos plum masam-(Ayu gunakn sos plum aje tak masam)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sedikit daun kari
  • garam & perasa secukupnya
  • minyak - untuk menggoreng

Bahan Perap:-
  • 1 batang serai*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2cm lengkuas*
  • sedikit halia*
  • (*dikisar halus)
  • 1 sudu kecil sebuk kunyit
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Cara membuatnya:-
  1. Bersihkan ayam dan keringkan dengan kain.
  2. Gaulkan dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 20 minit
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
  4. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik baunya.
  5. Masukkan ayam, sos plum masam, sos tiram dan sos tomato, garam & serbuk perasa. Kacau sebati.




15 ulasan:

Ida,Japan berkata...

mak aii....nasi lemak nmpk d'pagi hari..kecur air liur ku..ikaa, k'ida pun biasa mkn nasi lemak ngan sayur kangkung goreng...sedappp, meriah betul set nasi lemak ikaa ni..terguda ahhhh

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Ika..
Mak datokkkkk...Meriahnya.. Cam nak raya lak menu tu..heheh.. eh! menu pun boleh beraya ker????0_0

Rajin tok Ika masak bnyk2.. Akak nak tumpang makan hari ni boleh? Masak apa hari ni??

Sheila Shafeareen berkata...

Assalamualaikum selamat pg


akk suka mkn nasi lemak yg ada kaangkuk ni...tp lama juga x buat ..teringat zaman sekolah dulu mak kalau buat nasi lemak mesti komplet lauk2 nya..ada kangkung grg lagi, skrg ni nak jumpa kat warun.kedai nasi lemak yg besayir pun susah..ada tp x byk yg buat...

Yani berkata...

Ika.. org siam makan bubur nasi dgn goreng kangkung kering gini kan.. kat kelate ada restoren masakan ala thai yg jual bubur nasi mkn dgn kangkung goreng macam ni.. akak tak pernah try. My MIL kata sedap. Pastu dia ikut ler buat style ni bila buat bubur nasi.. mesti dia masak goreng kangkung sekali.

LiNa_Pg berkata...

assalam ika, tayang nasi lemak pepagi hari ni..cam menu bekfas jer kih3..wah sungguh sedap tu..lengkap suma..
psstt cantik munge orkid tu cam kat hotel

Juwita Jamaludin berkata...

Ika.. Menariknya nasi lemak tu berselera tgk nasib puasa kalau tak dah gi masak sekarang kekeke...:)

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

Terlioq uwaaaa
Mmg plan nk buat ayam grng nyonya tu
Tunggu next menu la
Today plan nk buat nasik human panas

Mas berkata...

ika...menyelerakan betoi set nasi lemak tu..
macam2 ada.....
sedapppppp...

che'iza berkata...

Peghhh.... Mentang-mentanglah... baru merasa berpuasa... Berbuka sakan ko noo jah.... kekekekekeh

Nuridah berkata...

Ika cayang,

aduh2 pengsan akak....call ambulan!!!

quinnie berkata...

ika dah lamanya kita tak makan kangkung dgn nasi lemak nih...dulu masa duk kg baru memang ini la lauknya...ada kangkung...memula pelik je..tapi dah makan baru tau best...kekekek..ayam nyonya kakayu tu tah bila la kita nak cuba..kekekek...hari ni kita masak soto lak..lontong hari tu tak habis lagi..kakakak

HomeKreation berkata...

Salam Ika cayang. Kita hantor serimuka ni, nanti buat buka puasa ya. Wah, cedap nya menu Ika ni....

Ayam berkata...

Best nya ada kangkong dengan nasi lemak ...yummy

ibh_sue berkata...

meriah nasi lemak ko jah...siap ada kangkung lagi....

Mobile app development company berkata...


Thank you for sharing good information. I would like to share information about the company. In the world of bytes and pixels, this Mobile app development company is the North Star, guiding businesses toward the horizon of technological advancement, where innovation knows no bounds and user satisfaction reigns supreme.