Isnin, 23 Mei 2011

Bone Steak

_DSC0203
BONE STEAK

Salam pagi isnin sume :D,

Weekend mmg akn berehat KECUALI kalau mmg free sgt2 atau pendek kata TAK MALAS hihihi.... Hari ni kena jd misi, sbb sorang dah tumbang dah niii, jap g nak antar g sepital, maklomlahhhh kalau sakit2 gini mg harus antor sepital senang keja sbb skrg ni penyakit macam2 dan yg bestnyer g sepital niii sbb cashless n ada ubat :D

Ok ya, insyaAllah akn buat balas kunjungan bila free nanti, buat yg dtg berkunjung terima kasih. Tuan umah masak mcm biasaaaa cuma tang nak tonggeng2 tu yg malas sikit wakakaka.... Ini lauk dah hari jumaat kalau tak silap, oleh kerana sibuk sgt2( ntah apa yg sibuknyer kita pun tak tahu :D ) tak sempat nak n3 terpaksa lah ngadap si kek tapak kaki kuda tu jer ya :D.. Resepi dr KAK FIDA MyR penyumbang terbanyak kat myR kalau tak silap, mmg suke guna resepi ni cuma kalau nak pedas upkan sikit lada blender tu ya mcm kita, tak yah nasi2 mkn ngan roti kejung jerrr :D. Mekaseh buat tuan resepi for sharing!! Minta halal juga resepinyer :-) Ini tulang masa dpt raya haji hihihi.... link kita cuba masukkan nanti ya, bz sikit n nak cepat :D

BONE STEAK

Bahan-bahan
  • 1 kilo tulang *- cuci bersih
  • 3 helai daun pandan*
  • 1 btg serai*
  • 4 ulas bwg putih* -diketuk
  • 1 ibu jari halia* -diketuk
  • (Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
  • 2 sb ketumbar biji*
  • 1 sb jintan kasar*
  • 3/4 sb jintan halus*
  • 1/2 sb lada hitam/putih*
  • (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
  • 10-15 tangkai cili kering>>yg ni kita letak lebih
  • 10 ulas bwg merah
  • 5 ulas bwh putih
  • 1 botol tomato sos>> yg ni kita guna 1 tin tomato puree yg kecik+suku tin crused tomato
  • 2 sb kicap manis
  • kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
  • 1-2 biji bwg besar - dibelah
  • cili hijau - dipotong
  • 2 biji telur - di kocok
  • Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
  • 1/2 cwn bawang goreng
  • 1/2 cwn kacang peas -utk tabur

_DSC0202

Cara-cara
  1. Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
  2. Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
  3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
  4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
  5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
  6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
  7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual

11 ulasan:

Nuridah berkata...

pagi2 jadi lapar bila tengok bone steak nik...nanti tapau kan akak erk Ika cayang??

izahdaut berkata...

perghhhh.. aku mmg salute mek siam ni kalau masak bahan2 mesti berderet n nampak best giless...
ko busy apa mek? busy iron baju la tu. tau dah.. ikiki. sapa yang dah tumbang tu.. semoga cepat sembuh ye...

KakAsma berkata...

suka tul kalau ada bone steak kat umah masa nih,sedap nyer ratah tulang,ada lemak2 gitu..
semuga cepat sembuh sapa yang tumbang tuh!!skrg nie memang musim ler Jah....jaga diri

nuwairani ismail berkata...

pepagi dh membuka selera ni...hadoi...sedapnya!

3 hungry tummies berkata...

Bestnya bone steak Ija! Saya ada hidangan special buat Ija :)

Yat Maria berkata...

Ikaaaaaaa...

akak baru bangun nih!! ishhh tadi terpengsan jap tgk bone steak ko!!

Yatie berkata...

uwaaaa menyelerakan sungguh bone steak ni....laporlah Ika...

Nur-nba berkata...

Kecur je tengok lauk menggoda nih.. Ika nak sikittttttt..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

ngences wes air liur ni...kepeye iki...

Ayu berkata...

ika,
nak bone steak punya kuah aje jadilah..makan dengan roti perancis..

Mas berkata...

ika....sedappnya kak mas tengok bone sreak tu......
rajinnn betoi mek siam ni masak....