Ahad, 29 Mei 2011

Thai Style clear soup with minced chicken n egg tofu

_DSC0077
THAI STYLE CLEAR SOUP WITH MINCED CHICKEN N EGG TOFU

Salam hari minggu sume!!!

Bermula minggu depan sampai bila tak tahu, aktiviti kat sekolah n tadika dah mula sibuk, sambutan hari bapa, pastu kena tgk si kakak n abg belajar kat sekolah yg tak bestnyer dia buat hari sabtu! ada jugak hari2 biasa tp yg paling lemah ni hari sabtu lerrr haish! tak leh nak rehat2 lah.. Hari ni nak kuar awal nak carik kasut si kakak :D

Sup ni, mmg menjadi sup kegemaran SEMUAAAAAAA org dlm umah ni, tak cayer cuba buat pasti seisi keluarga menyukainyer hihihi.... thai style clear soup with minced chicken n egg tofu, tp resepi sebenar dia org mestilah guna ground pork dgn pork flavouring, tp kita disini kena sesuwaikan benda yg boleh dimakan, kita tanyer kawan thai kita yg sorang ni buat sup ni mcm mana jdnyer dia bg resepi tu main ckp jerrr kita pun ingat kat kepala otak jerlah! hihihi... mcm masak bening tp ttp ada kelainan dia.. Resepi kat bwh ni cuba adjust ikut kesesuaian rasa :-)

THAI STYLE CLEAR SOUP WITH MINCED CHICKEN N EGG TOFU

Bahan2 A:

  • 250g Ayam cincang/ground chicken
  • 1 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji bawang merah(shallot) dicincang halus
  • Sedikit Daun Ketumbar di cincang halus
  • 2sb putih telur
  • Sedikit Kicap cair
  • Serbuk lada putih
  • Garam

Cara2:

Satukan semua bhn di atas gaul hingga sebati dan ketepikan, kalau rajin boleh buatkan bulat2 terlebih dahulu.



_DSC0079

Bahan2 B:

  • 2 ulas Bawang kecik dihiris
  • 1 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 kiub Pati ayam
  • 1-2 sb besar kicap cair(kalau boleh gunakan kicap cair maggi atau chinese brand)
  • 1 packet egg tofu atau tofu bulat atau belah 2
  • 3 ketul Fresh shiitake dihiris
  • 3 pokok Daun sup di potong2
  • Sedikit Dry Seeweed
  • Carrot di hiris
  • Sedikit Kobis Cina Di potong
  • Sedikit Sooh Hoon direndam n ketepikan
  • Sedikit serbuk lada sulah dan garam
  • Minyak sedikit utk menumis
  • Air ikut byk bhn2 yg ada
Cara2>>

Panaskan minyak didalam periuk. Tumis bwg putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan air separuh serta kicap cair dan stgh kiub ayam td. Tunggu sehingga mendidih sebentar dan masukkan bhn2 A yg telah di bulat bulatkan tadi, untuk yg ni kita guna sudu dan ambik sedikit adunan ayam cincang tadi dan ambik sedikit demi sedikit masukkan kedalam sup yg mendidih tadi dan buat hingga habis. Kemudian masukkan sayur2 yg keras dulu seperti carrot kecuali dry seaweed dan daun sup dan seterusnyer serta masukkan egg tofu yg telah dipotong beserta sooh hoon yg direndam terlebih dahulu tadi, tambah kan air mengikut selera dan perasakan garam dan lada sulah serta tambahkan kicap cair jika perlu. Tunggu sehingga mendidih seketika, dan masukkan dry seaweed beserta daun sup dan tutup api. Kalau nak tambah telur yg telah dikocokan sedikit pun boleh juga. Selamat mencuba!

12 ulasan:

K.Nor berkata...

bagi akak seperiuk ya.. males betul nak masuk opis arini.. ehhh dgn periuk tu sekali la... hehe

ibh berkata...

Ika..akak pun nak semangkuk juga..bukan kak nor ja yg malas..akak pun malas juga ni nak masuk dapur...(^o^)...

Anawahid berkata...

LMH suka x???? wakakakaka

Nur Ede berkata...

Assalamualaikum Ika..
Sedap nyer clear soup yang ika buat tu.. klu badan terasa kurang sihat mesti terus sihat kann.. bila dapat makan soup panas2 penuh dengan bahan2 yang berkasiat... akak mmg suke klu soup2 nie.. cukup lengkap makan soup jew.. pon udah cukup kenyang...

izahdaut berkata...

weh... sedap je nmpk. rasa nk ngirup je.. aaa sesuai sesuai untuk diet ni.. hihi

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

kalau dapat ni mesti selera kita...banyak isinya...

Mas berkata...

ika..kak mas pun tak masak ari ni...kikikiki..
meh kat kak mas semangkuk...

Juwita Jamaludin berkata...

Ikaaa.. Sup2 gini family akak pun suka.., cepat masak senang mkn...

TopsyTurvyMum berkata...

peh...sedapp!!
Dry seaweed tu yang buat sushi tu ker? pastu hiris2?? Akak tau yang tu jer hahaha

dZana berkata...

msti sedap msk camni.. selalu akk msk sayur bening jer .. pun kira clear jugak kan.. pas tu mesti ada sambal belacan, pas tu ada telur dadar, pas tu ada ikan goreng..

ajwa berkata...

waahhh....makan hari hari pun takpa. salero boto nengok sup nih.

Ruqayyah Rahim berkata...

This was just exactly wat I was looking for. Thanks a lot :) (rushing to the kitchen to try this immediately.)