Selasa, 17 Mei 2011

Roti Sosej n jejari ketam berkeju rangup :D

_DSC0124
ROTI SOSEJ n JEJARI KETAM BERKEJU RANGUP


Salam pagi selasa sume, kat sini pagi lah lagi kalau masih kul 7pg :D, hari ni last bangun lambat2 hihihi.... esok dah kean kerah balik tenaga buat bekal sigh** Sana sini org buat roti mcm ni kan? Percaya tak kita baru pestaim buat roti gini wakakaka.. pdhal bukan ssh sgt senang jerrr tp malas betull nak main sapu2 golek2 pastu goreng pagi2 gini, skrg ni tak budak2 tak sekolah lg boleh lerr kalau da sekolah mmg tak cukup tgn :D

TAPI si bujang sorang dah jatuh cinta lah pulak! dia suh bwk bekal roti ni dgn sarapan pagi! aduhhhhh... pagi mmg sibuk sgt! Tp tak pelah dah dia mintak mg dia makan.. Byk2 resepi kita ambik kat umah KAK NOR secubit garam, (secubit jer :P).. Guna Jejariketam aka kanikama sbb kita yg nak makan kalau sosej2 ni kita tak berapa minat, makan tu boleh tp tak leh habis :D..

Mintak ijin resepinyer kak nor macehhhhhhh!!! Sedap dan rangup sgt! suke3 sbb tak resap mintak sgt :D

ROTI SOSEJ n JEJARI KETAM BERKEJU RANGUP

Bahan:
  • 10kpg roti
  • 10 batang sosej ~ direbus sekejap>>kita guna jejari ketam/kanikama(just microwavekan dia jer)
  • 10kpg slice cheese
  • 1 bj telur ~ dipukul sedikit
  • breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
  • minyak utk menggoreng

_DSC0121

Cara:
  • Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  • Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
  • Sapukan hujung gulungan roti dgn sedikit telur (utk melekatkan)
  • Gulung dgn kemas. Buat hingga habis.
  • Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  • Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  • Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

7 ulasan:

Anawahid berkata...

antor la sini gak mekkkkkkkkkk!!!!... huh!

Mas berkata...

ika...sedappnya tengok roti tu pepagi gini....
nak sepinggan....

cik cek berkata...

Wah! leh buat breakfast tuk pagi ni Ika...anak2 mesti suka kan menu cam gini....:)

K.Nor berkata...

kenyang perut pagi ni tak yah buat bf dah sampai roti sosej rangup sepiring :)

izahdaut berkata...

sikitt... mintak setengah roll je.. diet katakan.. muekekeke

Yat Maria berkata...

Ikaaaaa...7 jer ke..lain tarak??? sini ada 4 orang..mana cukuo tu sepinggan...lengkali wat sedulang aite?? bule akak tapau :)

CT Delima berkata...

Assalamulaikum Ika

a'ah..betul kata yat, kak ct ada 6 + yat 4 dah 10..memang tarak cukup...hehehe