ads/iklan

Khamis, 19 Mei 2011

Nasi Goreng Ayam

_DSC0187
NASI GORENG AYAM

Salam kembali sume,

Belum ada mood lagi, tp khas buat tetamu arah jgn kita hidangkan jugak :-) Cuma malas nak bebel byk2 mmg tgh blurrr jer lagi ni huh!

Resepi ni dah buat dulu2 pastu minggu ni KAKAK SECUBIT GARAM buat, kita pun terasa nak buat jugaklah! hihihi... Makan dgn SUP dgn SOS LADA, mcm makan nasi ayam tuuuuuuu sedappppp!!!! ayamnyer lembuttttt sgt! sesuwai kalau guna ayam tua kut! wakakaka... sure lembut yg tua tu jd muda :D Resepi asal kat umah KAK CM makcik manggis yg manis ;-), link carik kat tepi tu ya kita ni ada problem nak masukkan link skrg ni sbb tu ada n3 yg kita tak masukkan link, nak masuk guna IE skrg ni seriau sbb mmg terus hang lappy ni.. Daaaaa... insyaAllah sihat tubuh badan akn bersiaran esok hari ni kalau tak, minggu depan lah ya :D Selamat berhujung minggu!!!


NASI GORENG AYAM

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*
  • Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
  • Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

_DSC0189

Bahan Utk Masak Nasi>> kita tumis dgn butter
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan>>aaarrrghhhh yg ni sgt tension sbb tak de beras basmathi huh!
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad. >> Dan sup :D yg ni versi siam :D

11 ulasan:

anymz berkata...

nasi ayam yang sgt sedap..meh sini sepinggan ika..

Ayu berkata...

semalam akak dah buat nasi ni ..
sedap ..tapi daun salad tak ada..huhu..botak lah nasi akak..heheh

Mas berkata...

ika..nasi ni memang peberet kat rumah kak mas..
lama dah tak buat...
sedappnya tengok nasi tu...

Nazrah berkata...

ada ayam plak tu..memang ler sangat sedap

cikmanggis berkata...

nampak class gitu nasi ayam ika ni..selamat berhujung minggu..senyum senyum selalu:)

izahdaut berkata...

mek.. nak ayam je.. diet!!.. kiki

MaDiHaA berkata...

putaran roda dah bertaut kembali ye ika... so musim nasi ayam grg pun menjelma kembali.. tp mmg sedap sgt nasi ayam goreng ni... tak dapat dinafikan..

anie,Nagoya berkata...

aaaarrrr...td perut beta msh kenyang.setelh tgk saja nasi ayam ni.nape tetiba jadi lapo?ko pakai ilmu apa smpi leh lapo ni?adihhhh....simpn senarai nak mkn tuk bln6 jelah..nak buat.mlz sesangat.

Faaein Talip Roy berkata...

sedapnya... teringin nak memasak..

tapi blum smpai seru plak nak memasak2 ni.. hehehe..

Chik Mimi berkata...

ijah akak tak terbuat2 lagi nasi ni iskhhh nak panaskan enjin ni

Anawahid berkata...

amvoiiii.... menu korea nampak!!!.. heeeeee... jan jeles!!!... nk gi dating ngn LMH.... hahaha... babaiiii....