ads/iklan

Selasa, 31 Ogos 2010

Puding Kastard Jelly Sumi

DSC_0003
PUDING KASTARD JELLY SUMI

Salam ramadhan yg ke? kembali buat semua :-),

Deesert tuk berbuka semalam, sbb suke sgt dgn puding ni pastu ada kuah hmmm... super sedap :D, Resepi asal dr MyR@KAK RIZALIA, mekaseh kak!! Mintak izin n halal juga resepinyer :-).. Boleh tgk sini jugak tuk n3 yg lepas :-) Suke dgn resepi puding tanpa telur :D tp tgk jenis jugak, mana yg tak byk sgt guna telur boleh makan kalau yg byk guna telur semata mata mmg kita surrender ehehe...

Skrg ni sibuk sikitlah, mood pun cam kurang kureng jerr, nanti nak ambik cuti berblogging lagi sebulan sbb nak mendiet huh! semalam dah panas tinga sbb terkena 1 das yg sgt tajam uuuwaaaaa...... kijammmm!!! mencikkkk tullah.. huh! sapa2 yg bercuti tu kalau nak leh ambik dlm sebok ya puding tu ada lg separuh, dasyat kan yg TUKANG MAKAN nii wakakaka...

PUDING KASTARD JELLY SUMI

Bahan-bahan ( ramai2 leh makan ni ) kita buat half portion

** Untuk Puding Jeli
Jeli sumi (buang plastik dan guna le brp banyak nak)
1/2 bahagian agar2 (yg jenis bertali~kat plastik tulis 35gram)
5 sudu besar gula
200 ml susu cair/sejat
800 ml air
4 sudu besar tepung kastard
2 titik pewarna kuning telur (akak x ltk sbb kstrd dah kuning)

** Untuk Kuah Puding
1 1/2 sudu besar tepung kastard (akak x ltk pun)
400 ml air
2 1/2 sudu besar gula
200 ml susu cair/sejat
1 sudu teh perasa butter vanilla

Cara-cara
Basuh agar2 bertali, kemudian masak dgn air dan gula sampai hancur.
Bancuh tepung kastard dgn sedikit air dan kemudian masukkan ke dalam didihan agar2 bertali td bersama-sama dgn susu sejat td dan 2 titik pewarna kuning. Masak sehingga likat.
Dalam masa yg sama buka plastik jeli dan letak ke bahagian dasar acuan. Kemudian tuang puding kastard yg dah masak tu. Biarkan sejuk dan mengeras.

Untuk kuah puding pula,
campur kesemua bahan2 dan masakkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di tuang ke atas puding td.
Enak dimakan ketika sejuk2...!


DSC_0006

2 ulasan:

Nur Ede berkata...

Salam Arah...
salam ziarah n salam perkenalan sebenor nyer... akak mmg dah lama menjadi silent reader arah.. baru skarang cube2 tinggalkan jejak..
Sukee tengok umah arah nie... cumel n ceria jer...
akak follow arah yer... klu sudi jemput ler jadi followers akak pulak yerk...thanks..

indahhouse berkata...

Salam ika,
Salam merdeka ika. La.. apa yg 1 das tu ika? Kita pun blom lagi sempat diet, ika. hihi...
La.. janganla cuti lagi. huhuhu.. kita sambut bithday sama2 dulu ya. 17 sept 1981 :D

Puding sumi ni, buat saya terliur pagi2. dahla tak bagun sahur pagi ni. Terlajak sbb lambat balik berbuka dr KL.