ads/iklan

Jumaat, 26 Mac 2010

Ladna

LADNA

Salam kembali sume! :-)

Hari ni dr pagi sibuk sikit sibuk bukak sume tingkap hihihi... angin pagi ni kuat betul tu yg tak nak lepaskan peluang kasi angin tu lepas masuk dlm setiap ruang umah nii kalau tak mcm berhaba gituu kat ceruk2 umah ni ehehe.. ok, satu lg menu yg sgt2 popular kat negara gajah atau pun land of smile :D.. Yg ni mmg lah fev kita tak kiralah hari2 mkn pun tak pe mmg sedap, 2 menu ni yg jd kegilaan kita sampai skrg somtam dgn ladna.. Ssh nak carik betul2 yg ori resepi ni tanyer org A dia kata letak sos tiram sos ikan sume tapi bila tanyer org B tak yah letak sume tu just guna seasoning jer seasoning ni dia mcm seasoning maggi baunyer lebih kurang jer rasa dia tp mmg sedap letak tu kat mesia tak de jual rasanyer.. kalau kat utara mungkin ada dia mcm botol kicap tu dia punyer sticker kaler ijau byk brnad lain kaler lah kan ehehe... Hari ni nak share resepi ni sblm ni kita tak berani sgt nak share takut tak kena selera tp dah dedit sana sini ok lah :D Resepi ni kita tanyer maid yg kerja dgn japanese kat tingkat atas nii... dia ni kira pandai masak, japanese food pun dia boleh masak sbb dia dah lama berkhidmat dgn family ni, satu jer yg kita tak suke sgt sikit jerr kalau ckp tak leh berenti! ssh betul nak potong ckp dia huh! ok jom tgk resepinyer :D

LADNA

Bhn A
  • Sepeket Kue teow >>kita guna kue teow keras kejang tuu hihihi.. itu jer yg halal nak guna mee hoon pun boleh.
  • 4sb Minyak masak
  • 1sb Kicap pekat @ manis

Bhn B
  • 1 cwn Dada Ayam/daging dpotong nipis
  • 3 sb Tepung ubi/jagung>>guna 1sb tuk perap dan 2sb untuk dcampurkan dgn air.
  • 1 sb Maggi seasoning

Bhn C
  • 1 sb Bawang putih yg dcincang
  • 1/2 sk Halia yg di cincang
  • 1 sb Tauchu tak nak letak pun ok jugak
  • 3 cwn Stok ayam>>kita guna 1 kiub ayam knorr campur dgn air panas
  • 1 sb Sos ikan /nampla
  • 3 sb Sos Tiram
  • 1 sb kicap cair>>yg ni kita guna brand thai yg biasa digunakan utk buat ladna
  • 1 sb gula atau lebih ikut selera
  • 1/2 sk lada putih
  • 1 ekor Sotong sederhana besar dpotong ikut suka
  • 5 Ekor Udang dbuang kulit
  • 1 pokok Kailan atau sawi dpotong
  • Lobak merah potong nipis
  • Fresh shitake optional
  • Baby Corn optional
  • 1 biji telur dkocok sedikit
  • Terpulang nak letak sayur apa pun
  • Minyak utk menumis
Cara2:

Bahan A
Panaskan minyak dlm kuali, masukkan kue teow yg telah drendam dan d toskan, masukkan kicap pekat td gaul hingga warna kicap sekata, angkat dan ketepikan.

Bahan B
Gaulkan 1sb tepung jagung bersama daging td bersama 1sb seasoning maggi sampai sebati ketepikan. Biar terperap lebih kurang 10 min.

Bahan C
Panaskan minyak dlm kuali, tumis bawang putih hingga naik bau, selepas itu masukkan tauchu dan kacau lagi dan masukkan bahan B kacau sehingga daging masak, masukkan udang atau sotong dan kacau lagi, kemudian masukkan lobak merah, fresh shiitake, btg kailan dan baby corn kacau seketika dan masukkan stok ayam tunggu sehingga mendidih dan masukkan pula sos tiram, sos ikan selepas itu tunggu sehingga sayur lembut dan masukkan daun kailan pula perasakan mana yg kurang dan masukkan telur yg telah d kocok td, dan akhir sekali masukkan 2 sb lebihan tepung jagung yg telah dbancuh dgn air, kacau sehingga kuah pekat, matikan api. Masukkan kue teow yg telah dgoreng td kedalam pinggan dan curahkan kuah td ke atas kue teow yg telah dgoreng td.. sedia untuk dhidang, boleh dmakan bersama dgn lada jeruk atau powderkan dgn lada putih td, selamat mencuba! :-)

4 ulasan:

fuzidss berkata...

Ija, akak ni penggemar no 1 kuew tiaw. Lama dah plan nak buat tup-tup ija buat. Ija ni best laa ..copy jee laa ya

K.Nor berkata...

ijah.. akak suka gak.. meh la utk akak sepinggan..

ijah.. dia cakah tak leh berhenti.. tp bila akak baca karangan ijah lak tak leh berhenti gak.. semput nafas.. hehehe

CT Delima berkata...

amboiii...sebab tu ler dok bz arini ya ika. ehh..ada lagi x tu. k.ct suka lni selalu kalau mkn kat luar ni salah satu favret makanan k.ct tau. buat lagi ehh kalau dah abis hehehe.

Sue @ Nenie berkata...

Salam..Yesssss...kuew tiew ladna memang kegemaran ni....