ads/iklan

Khamis, 25 Mac 2010

Spicy Fried Chicken

SPICY FRIED CHICKEN

Salam kembali sume!! :-)

Ayam ni dah perap dr semalam jdnyer mmg xtra sedaplah kan hihihi... Sedap! kids pun leh makan sbb kita buat tak pedas sgt ehehe tp mmg laku ;-) resepi asal kat umah kak JUN JC.. mekaseh kak jun!!! budak2 suke!! mak budak pun lg lah suke dtg ank2 makan berselera gitu.. bdk2 ni kan tak ssh asal ada ayam dgn nasik kenyang lah dia org ni hihihi alaaa...kalau masak lebey2 tak makan kang cuitnyer sikit membazir pulak kan ehehe... Mintak ijin n halal ya kak jun resepinyer mekaseh!! :-) Leh g kat umah KAK JUN jugak ya :-)

SPICY FRIED CHICKEN

1 ekor ayam potong 8

1 biji lemon atau lime ambil jusnya

1/4 cawan garam kasar

Air ice secukupnya

Campurkan garam dgn air kacau bagi larut, kemudian masukkan jus lemon dan ayam pastikan ayam tenggelam dlm air kemudian simpan dlm fridge selama 1-2 jam. Bilas dan toskan ayam betul2 sebelum di gaul dgn bahan perapnya.

BAHAN PERAP:

1 sudu besar ketumbar

1 sudu besar pes bawang putih

2-3 sudu besar serbuk lada (kurang atau lebihkan ikut kepedasan yg dikehendaki)

2 sudu teh serbuk lada hitam

3 sudu besar sos tiram

4 sudu besar sos ikan/nampla

Gaul semua bahan perap ni dgn ayam rata2 kemudian simpan dlm fridge biarkan perap dlm 2 jam.

1/4 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung jagung/corn starch/corn flour

1/4 cawan tepung beras

1 sudu besar serbuk bawang



Gaul bahan2 ni semua rata2, bila dah sedia utk goreng ayam. Salut ayam dgn tepung kemudian goreng terendam dlm minyak banyak, api sederhana biar ayam masak selama 8-10 min sebelum diterbalikkan dan masak lagi dlm 6-8 min hingga ranggup. Selamat mencuba. (tepung tu kalu tk cukup tambah le lagi ia equal amount setiap satu jenis)

2 ulasan:

HALAMANKU berkata...

Salam Ika datang nak lunch... ratah ayam cicah sos syedanyer.... nak 2 ketui...

fuzidss berkata...

lagi sedap dari KFC ni MESTI cuba niiii thank Ija