ads/iklan

Jumaat, 6 November 2009

Maggi Goreng

MAGGI GORENG


Salam dmalam sabtu!!! horeyyyy!!! esok hari sabtu lalalalalala :D,

SEDAP!!! tak de perkataan lain selain sedap!! 1st time makan maggi goreng tauuu, jgn tak tau hihihi... ni KAK HANA punyer sebab lah ni kita buat maggi goreng tggl 4 bungkus left huhuhu...pas ni kena catu ler nmpknyer ehehe.... letak udang, taugeh byk2 dgn sawi walaaaaaahhhhh!!! yummy sgt!! Resepi mcm ni pun kita tak leh nak pkir ekekeke.... jemput makanlah ya makan kat umah sendirik lah tpnyer maggi kita tggl sikit jerrr :D Resepi ni ambik kat MyR dr BLACKJACK, tenkiu ya blackjack sedap tau!! pendam hasrat dulu kalau nak buat lagi kena berjimat cermat :D Mintak halal juga ya resepinyer letak kat sini tenkiuuu!! tapi kita cnp dr umah KAK HANA jerr lah sbb nak masuk MyR skrg ni pun mcm siput sedut ehehe... tenkiuuu!! muaaaahhhhh!!

MAGGI GORENG

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih - hana tmbh bwg merah n cili padi sket then tumbuk.
  • 4 peket maggie perisa kari
  • 2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
  • 3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang.- x ltk! ganti sawi jer..
  • 1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang
  • 2 cawan air
  • kicap sket - nih hana tmbh gak
  • minyak untuk menumis
  • utk hiasan:
  • - daun bawang
  • - bawang goreng
  • - cili merah
Cara-cara
  1. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
  2. Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.
  3. Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi.
  4. Masukkan sayur (bleh juga nk masukkan sayur2 lain) .Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
  5. Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
  6. Akhir sekali masukkanlah scrambled egg tadi. Kacau rata.
  7. Angkat dan hias dengan bahan-bahan hias. Makanlah panas-panas.


Mmg sedap ;-) jom makan kat umah masing2 ya :D hihihi..

5 ulasan:

MamaFaMi berkata...

Mama pundah buat cuma lom posting je... kuat betul penyakit berjangkit yang disebarkan kat tenet ni kan... resepi melompat dari satu rumah ke satu rumah! Hahaha...

Solehah berkata...

lapaqnya..nak pi makan megi sat la..x bleh tahan..

umi_e berkata...

sedapnya maggi goreng tu... cuma la ni kak e kalau nak makan - minta je kedai/restoren buatkan :P

* sekarang ni kak e imune dengan penyakit berjangkit ni hehehehehe sebab ada penyakit M yang kronik :p

Tanpa Nama berkata...

alaaa... sedapnye maggi goreng. ni i rendu kt maggi i neh.heheh

cikmanggis berkata...

ika!!!nak buat gak ni..jap lagi tunggguuu!!!