ads/iklan

Selasa, 8 Jun 2010

Talam Keladi

TALAM KELADI

Salam pagi sume :-),

Pagi ni bf talam keladi yg dah dbuat mlm td :D, jemput makan minum ngan air panas2 sedap giteew :D.. Nmpk umah KAK MIMI, haih! mmg sedap keladi2 niii, kebetulan nak kena carik brg sikit kat supa tu apa lagi sauk sekali keladi :D 1st time buat sedap! skrg ni mmg dah jd kegemaran pulak buat talam2 kee, lapis2 ke ehehehe.. Resepi kat umah KAK YATIE US yg mg byk resepi kuih muih mcm ni, mekaseh kak yatie! mintak izin n halal juga resepinyer :-)

TALAM KELADI

Bahan-Bahan.

Lapisan Bawah
300 gm keladi(potong dadu,rebus dan toskan)
600 ml santan cair
150 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Lapisan Atas
1 cwn gula pasir
1 cwn tepung beras
3 cwn santan pekat
1/2 sudu kecil garam
pewarna purple dan esen keladi



Cara-Cara
  1. Keladi di potong dadu dan di rebus-toskan baru di timbang dlm 300 gm.
  2. Dlm bekas campurkan santan cair bersama tepung beras, tpng ubi dan sedikit garam.
  3. Gaul sebati dan masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak bergentel. Masukkan keladi tadi dan gaul sebati.
  4. Panaskan pengukus dan letak sedikit minyak dlm loyang yg di alas dngn plastik.
  5. Kukus adunan tadi selama 20 minit.
  6. Sementara itu, dlm bekas lain campurkan gula tepung beras, santan, garam pewarna purple dan esen keladi. Gaul sebati.
  7. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa di kacau.
  8. Setelah itu tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yg di cakar2 sedikit dngn garpu.(Sekiranya ada sedikit air di atas permukaan tadi, lapkan dahulu menggunakan tisu dapur)
  9. Kukus selama 20 minit guna api sederhana. Setelah siap, sejukkan dahulu dan potong menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya.
Tips > buka penutup kukus setiap 10 minit dan lapkan air yg ada di penutup kukus dan sambung balik mengukus kuih atau bungkus penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis atas kuih.

5 ulasan:

Love2cook Malaysia berkata...

Uish, geramnye tgk talam keladi tuh Ika! Love tgh composing new post nih, tp tak tahan tgk talam U tuh, dtg jugak..posting blm habis! kekekeke! :D

emilia berkata...

slm k.ika..sukenyer kat talam keladini..lme xmkn ssh nk cri..nk buat lak percent gagal tu tinggi la kot..leh beli leh tsk? nk 5hinggit yer..

Kamalia berkata...

salam ika..nak ngadu nih..nape kite asyik xleh nak send comment kat shoutmix tuh..eiii..geram jer..grrrr..hehehe..nak kuih talam tu..nak wat cam xjd je je nnt..ngeh3..:))

indahhouse berkata...

salam ika,
wah...! cantik betul talam dia... suka tengok. rasa macam nak panaskan kukusan jer. hikhik.. takpe, tumpang talam keladi ika dulu...

ilahjy berkata...

memang cantik... akak pun amek resepi dr yaie US..
kesemua talam yatie pasti menjadi ...