ads/iklan

Khamis, 6 Mei 2010

ASAM PEDAS HARUM

ASAM PEDAS HARUM

Salam ptg sume!! :D

Cuaca kat luar tu mendung jerrr pastu bila dah berenti angin tak de mcm tak leh napas jer kalau tgk kat luar tu ehehe... imaginansi kita sgt tggi hihihi.... Since ninja tu dah tak de macam tak de mood jer nak buat itu ini uweekks! :D makan mesti dteruskan!!! :D Oleh kerana daun kesum kita masih ada byk lagi DAN oleh kerana dah lama sgt tak makan asam pedas ni, agaknyer setahun kita makan asam pedas cuma 4 kali kot! sebab utama MALAS nak blend tp nak makan! camne tu ya? :D Rindunyer ngan asam pedas mak kitalah! sob sob.. Tapi untuk resepi kat atas ni sajerr jer carik resepi org kali ni guna resepi dr umah CMG pulak ya namanyer pun sedap, ASAM PEDAS HARUM kalau kak hana dia sambungkan belakang tu tp oleh kerana kita ni penakut sbb ninja tu tak de kita tk yahlah sambung2 kan ayat belakang HARUM tu huh! meremamng bulu roma ni, haaaa..pastu kan mlm td kita tido kul 2 lebih gitu tak leh nak tido pulak, tgk tv teralih citer antu, pastu antu tu pulak tgh tyg muke dia, pe lagi terus matikan masuk tido! ahahaha..dasar penakut! :D k lah untuk resepi tu mintak halal n ijin ya cikmat resepinyer :D maceh!! Umah KAK HANA pun ada buat leh g sana jugak ya :D

ASAM PEDAS HARUM

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kepala ikan duri (ikan mayong), dipotong>>kita guna ikan apa ntah! ehehe..
1 kepingan besar daging ikan duri, dikerat 2
1 biji terung biru, kupas sedikit kulit, belah dua dan kerat serong
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
2 batang serai, dititik
1/2 cm lengkuas, dititik
1/2 cm halia, dititik
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap 1 kuntum>>yg ni tak de huhuhu..
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci belacan*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk lumat)

I like kaler merah gitu :D jom makan!

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan mayong dicuci bersih, perap dengan limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit, cuci kembali dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, tumis halia, lengkuas, serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  3. Masukkan air, kacau rata dan bila mendidih, masukkan ikan tadi. Tambah daun kesom dan bunga kantan. Masukkan jus asam jawa, garam dan sedikit gula. Bair mendidih dan masukkan terung.
  4. Masak hingga terung lembut dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan ulam-ulaman....

4 ulasan:

HALAMANKU berkata...

Salam... tuk tuk tuk.. memang harum tullah sampai ke bangi bau asam pedas ni... nak sekoq.. nampak pekat n power tu.. suker asam pedas...

zaidharis berkata...

salam,
saya bawak nasik kosong je ni,
nak sikit ae asam pedas ni,
hehe,
bau kuat sangat.

umi_e berkata...

salam... sedapnya asam pedas ikan kembung...

* ingat tak akak ada kasi tau kawan baik akan orang Thai yang di bangkok tu? Dia sedang bertour ke Malaysia dan jumpa dia di Melaka - dia nak cuba asam pedas ikan kembung - dia suka!

** dia tanya bila dia boleh kenal dengan ika sebab dia suka masakan Melayu @ Malaysia - dia bolehlah skodeng umag ika :p

maz berkata...

kmaz msuk dpur ika mlm2 ni..dpt bau asam pdss...kmaz memang sukeee..xpyah lauk lain dah kan..tghri tdi kmaz cma buat nsi greng je..pastu buat udg clup tpung lgi..utk anak2 mkn nga nsi tu..sbb klu buh udg lam nsi nti sorang pun xmknnn..cma tukar versi je..hihi..