ads/iklan

Khamis, 27 Mei 2010

Kuih Lapis Pisang

KUIH LAPIS PISANG

Salam semuaaaaa :-),

Sedap! sapa yg belum cuba kena cuba sbb sedap, maklumlah ada pisang ehehe.. sapa2 yg tak suke pisang mungkin tak sedaplah kot :D.. Resepi asal dr KAK HANIELIZA, pastu KAK UMMI pulak buat.. tak lama tu sampai umah KAK JUN YUMMYLICIOUS iteewww, geram tgk sbb kita mmg suke kuih2 mcm ni :D n macam biasa meksehhh ya kakak2ku yg tak lokek ilmu ;-) tp kita cnp dr umah KAK JUN, mcm biasa juga mintak izin n halal resepinyer dpanjangkan kat sini pulak :-).. Haaaa... kita ni tersilap dgr lerrr, ninja tu sampai sini pagi jumaat lerr huh! ada lg 1 malam ler kalau gituu, aiiyaaa! camne leh silap niii? sib baik hari jumaat tu cuti sekolah.. Ok lah jom makan kuih! ehehe..

KUIH LAPIS PISANG


Bahan A:-
  • 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air
  • sedikit pewarna merah>>letak kaler ijau!!


Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
  3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
  4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
  5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
  6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
  7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
  8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
  9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

2 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
huah...ada kek lapis pisang. rajin sungguh. bagus3x.. kita oter pisang yang ada.. hihihi.
teringin rasanya, bila tengok ika buat. ;)

TopsyTurvyMum berkata...

kemas..cantik..menarik betul!
alaaa...mana nak carik pisang emas sini..

pos la ke akak 3-4 loyang hihihi!