ads/iklan

Sabtu, 15 Mei 2010

Kuih Lopes

KUIH LOPES

Salam n pagi sume?? :D

Weekend gini sure sibuk dgn family kan kan kan.. nmpknyer weekend2 kita org tergendala lagi dsebabkan PERANG lagi baju merah n askar2, hmmm... semalam nak buat diner ada brg tak cukup pergilah supa dekat2 sini, sampai jer dah tutup awal! sbb keadaan emergency betul semalam, tu yg semalam tu pun ninja tu balik awal takut tak sampai umah.. Bila keadaan sunyi kdg terdgr jugak bunyi bom kecik dgn tembak2 kalau kuar sure membahayakan keselamatan dan semalam jugak barulah ada pengumuman dlm bahasa inggeris dan barulah phm keadaan sebenar, sblm ni kat tv asyik cakap siam jer! huh! agaknyer ada negara2 yg dah masuk campur sbb perutusan tu dbuat khas untuk foreigner2 yg tggl dkwsn bangkok termasuk tempat kita ni yg distiharkan darurat.. haih! boringggg sgt! Semalam sempat buat kuih jennifer lopes ni ehehe... Teringin lamaaaaaaa dah sib baik dpt buat kalau tak sure mimpi2 :D
Resepi yg senang atau untuk org2 yg duk oberC, sedap! rasa kuih lopes taww! bukan rasa pulut biasa jerr hihihi.. Mcm biasa resepi kat MyR dr KAK TULIP@FIZA yg skrg dekat dublin.. mcm biasa mintak halal n izin resepinyer :-) tq!!

KUEH LOPES


Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )


  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air




Cara-cara
Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur.
Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang.
Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

4 ulasan:

izahdaut berkata...

assalamualaikum ika..tu la risau tengok dalam berita macam dah perang dah kat sana..baju merah la apa la..take care..wah jenipe lopes..time ramadan je baru nak jumpe kue ni..hehhe..rajin tul..

Yat Maria berkata...

Ika...ko tayang kuih lopezzz yg lama ku tak makan...beli pun tak...hu hu..besok nak gi cari ni pat kedai kuih tu..tapi tak leh lambat pasti kehabisan... :( Ika , ko postkan la ya...

cikmanggis berkata...

salam ika..apa khabar?baru lepas tengok berita kat tv3 nampak teruk juga baju merah lawan askar tu..doa cm agar ika dan keluarga selamat.berhati-hati ya.

Jamie berkata...

Salam,
hati-hati ler ika dgn baju2 merah tu.. masak tetap kena masak kan..hehehe
take care