ads/iklan

Khamis, 6 Mei 2010

Bun Tuna Mayonaise, Bun Gula n Marble choco chip bun

BUN TUNA MAYONAISE

Salam selamat pagi sume!! :D

Hari ni sunyi jerrr huhuhu.... :-( cam boring jerrr, cuti membancuh kopi sampai ahad nanti ehehe.. cam boring pulak sbb dah biasa kan hari2 buat mcm tu kan ehehe... Ok lah, hari ni budak2 sekolah maknanyer kena buat bekal dan maknanyer jugak kena bgn awal :D.. Bf hari ni dgn roti jer lah! Buat satu adunan tp buat 3 jenis menggunakan doh yg sama dr KAK NOR, maceh ya kak! adjust gula jerr kalau nak buat jenis2 roti mcm ni.. Untuk resepinyer kita letakkan lagi kat sini atau pun leh g kat umah KAK NOR ya ;-) maceh!! Tak pun leh g SINI tuk n3 sebelumnyer.

BASIC DOH

Bahan2

  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 1/2sk Garam
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A
  • 100ml air
  • 100gm water roux
  • 30gm butter
  • 30gm shortening



MARBLE CHOCO CHIP BUN

Kaedah 1 .. jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan.
  9. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
  10. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
  11. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
  12. Susunatur kedalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
  13. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
  14. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
  15. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard keatas doh yg dah naik.
  16. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  17. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)


BUN TUNA MAYONAISE

Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.



BUN GULA

Tuna Topping

Bahan2:

  • Tuna dlm tin
  • Bwg besar di cincang halus
  • Mustard
  • Mayonaise
  • pepper
  • Mozarela cheese >> Tabur last sekali
Cara>>

Satukan semua bhn dan gaul sampai sebati. Perasakan dan siap untuk dgunakan.



8 ulasan:

maz berkata...

manyaknye ika buat bun tu...klu duk sblah umah kmaz dah mtakkk..nak wak bkpes...tdi cma minum milo je..rjin btul la ika ni..

zaidharis berkata...

huh~,
roti,
sedapnye,
rajinnya akak buat roti,
nyum3.
ada ag x?
:)

fuzidss berkata...

semuanya best

emilia berkata...

salam k.ika..wah sane sini meroti ni..meh la singgah umah anto roti.. ;)

zaliana berkata...

wah!!!!!
macam2 adaaaaa

HALAMANKU berkata...

Salam... wah Ika... cantik2 n gebu2 tu... mana satu nak ni..mmm tapau semua.. jenis..

izahdaut berkata...

salam ika..wah rajinnya cik BM dia meroti..yang resepi tuna topping tu ,tuna lupa nak masuk ek..hihhi..tuna tin ke

indahhouse berkata...

salam ika,
amboi cantiknya roti2 tu ika. gebus cantik jer guna basic doh ni. kalu rajin nak wat jugakla. tang nguli yg malas. hikhik. pinjam BM ika...hhihi.
ika, ada balen2 lagi tak seketul? ketapi lambat ni. :)