ads/iklan

Ahad, 14 Februari 2010

BlackPepper Chicken Chop

BLACKPEPPER CHICKEN CHOP

Salam hari minggu buat semua yg tgh cuti2 raya china!! :D,

Tgk dkt list update blogger sume sunyi jerr huhuhu... kita pun jd malas dan sunyi juga lah kan :D sbb sini tak de cuti mcm kat mesia mmg betul dia org akn sambut semua perayaan almaklumlah kat siam ni byk sgt campuran2 pelik kan.. :D Ok lah semalam puas g utara ke selatan timur barat sume sakit kaki i asyik turun naik keta jerr ekekeke... memula g sepital pastu g shopping pastu shopping tmpt lain pulak pastu last sekali balik sepital lg SEBAB salah ambik ubat! kalau dah salah ambik ubat tu bill pun silaplah walaupun cashless sbb insurance cover tp sianlah kat patient yg kita tersilap ambik ubat ni kan kot2 dianyer penyakit lg terukkan huhuhu... gitu ler citer semalam nii.. hari ni pulak cam biasa lepaking2 time! ekekeke.... malassssss jer rasa tu yg masak pun menu biasa2 jerr :D percaya tak kalau kita kata ini 1st time kita makan chicken chop dan jenis segala chop??? ahahaha... BETUL!!! ni 1st time makan dulu kat mesia pun kita tak pernah order sbb kita lebih suke steak iaitu DAGING LEMBU ekekek... jdnyer nak try lah ni td.. honestly, SEDAP! mekaseh tuk MAMAHAWA sbb resepi yg mabeles niii dan sos lada hitam kali ni guna resepi lain pulak.. XTRA SEDAP ;-) tekak kita ank beranak lah kan hihihi.... bhn penting yg kita skip sos lee n perins iteeww sbb tak penah beli pung! dulu penah beli kat mesia tp masa tu jakun2 lg rasa mcm tak berkenan pulak dgn rasa dia nxt time nak try beli :D.. Untuk resepi mintak izin n halal ya mama resepinyer mmg sedap i likeeee!.. lebiuuu ma! tak pun leh g SINGAPORE ya :D..

BLACKPEPPER CHICKEN CHOP

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa


Pinjam jap ayat ijan :D, pelakon tmbhan tak byk kali ni cuma ada fries, nasi bola2 wif black sesame n grill green bell pepper wif onion.


Cara-cara
  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.



SOS LADA HITAM

SOS LADA HITAM

Untuk sos lada itam ni ambik kat umah KAK HANA resepi asal kat umah chef terkenal HANIELIZA, sblm ni guna yg sama jer kali ni tukar selera pulak :D n terus terang juga mmg sedap! cuma kita kurangkan lada hitam jer lah kan pastu kita letak 1/4 susu segar sedapppnyer!!!! kita dr td ni asyik ambik sesudu ntah baper kali! ekekeke... Mintak halal n izin resepinyer ya mekaseh buat penyumbang resepi dan kak hana! :-)

SOS LADA HITAM

Bahan-bahan
  • 1 labu bawang besar - potong dadu
  • 4 - 5 sudu besar lada hitam - kisar halus (*kita letak 2 sb. jek)
  • 2 sb. sos tomato(*1sb jer)
  • 2 sb. kicap pekat(*kita letak 1sb)
  • 1 cawan air rebusan ayam/daging/serbuk pati (*kita guna serbuk pati lembu)
  • 1 sb. tepung jagung ) dibancuh
  • 1/2 cawan air ) bersama
  • 2 sb. susu cair (*kita guna fresh milk je dlm 1/4cup)
  • 1 sb. butter untuk tumis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara
  1. Panaskan butter dan tumis bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan air rebusan/serbuk pati yang dibancuh dengan 1 cawan air.
  3. Masak hingga kuah agak pekat, masukkan sos tomato, lada hitam, kicap dan tepung jagung. Kacau dan masak hingga agak pekat sikit.
  4. Masukkan susu cair, kacau rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.



BUNGA KESUM

Ni bunga kesum ingatkan kat jepun jer leh berbunga rupanyer td ni g pasar terjumpa daun kesum yg dah diikat ikat gitu balik umah perasan apa bendalah yg terjuntai2 kat pucuk dia ni bila belek2.. mmg bunga dia lah! cantek kaler purple muda.. i tak lulus lah nak tanam apa2 atau sekutu sekutu pokok ni sure mati hihihi...


Last but not least, 3 org penyeri hidup kami.. yg sgt notty tp sunyi bila dia org ni tak de :D.. Ank2 kita ni tak mcm ank kacukan org laen yg cute2 dan comel2.. ni ikut baka emak yg byk JAWA lebih! hihihi... SELAMAT BERHUJUNG MINGGU n SELAMAT BERCUTI SEMUA! :-)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Ika,
Esh nape lak cakap macam tue... comel2 anak2 Ika tue... dah 3 orang ye. tak sempat la mak nak kejor.kihkihkih... dah besor belaka pon. mak diorang muda trang tang tang lagik :)

Ijan