ads/iklan

Jumaat, 5 Februari 2010

Daging Goreng Basah BErserai

DAGING GORENG BASAH BERSERAI

Salam bertemu kembali masih dhari yg sama buat semua :-),

Haaaa..agak2 ni menu kat umah sapa ya??? hihihi... Mekaseh KAK WATIE bg ilham apa nak dmakan tgh hari nanti nii kak watienyer, daging goreng berempah tp yg ni DAGING GORENG BASAH BERSERAI resepi asal daging goreng basah kat MyR @ ENAS ERYNA tp kita ni nak ikut selera suke sgt dgn serai letak dlm 3 btg serai ehehehe.. sedapnyer bau wangiii jerrrr.. pastu letak daun limau purut dgn lengkuas wawawawa...dah nak jd rendang lah niii :D hihihi.. Mekaseh ya untuk resepi yg sedap nii suke kita! tp tu lah jarang2 skrg ni masak daging sbb nak jimat seganlh asyik nak order daging jerr dgn driver bas tu huhuhu... Untuk resepinyer mcm biasalah ya mintak halal n ijin juga ya dunia akhirat :-)

DAGING GORENG BASAH

  • 300 gram daging/hati n pedal/ayam
  • 1 inci halia *
  • 1 1/2 kunyit hidup *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 labu bawang besor
  • 10 biji cili padi
  • 1 bungkus serbuk kari daging adabi
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 3 Btg Serai >>kita tambah :D
  • 1 inci lengkuas>>Kita tambah
  • 3 Helai daun limau purut di racik>>yg ni pun kita tambah :D


Jemput makan ya semuanyer :-)

Cara2>>
  1. Daging dipotong kecil. Tumbuk bahan yg bertanda *.
  2. Kemudian masukkan bahan yg ditumbuk tadi bersama dgn daging dan masukkan sedikit air lebih kurang 1/4 cawan kedalam kuali.
  3. kemudian masukkan serbuk kari yg telah dicampur sedikit air (2 s/b). gaul dan biarkan sehingga daging lembut dan air sedikit keriing.
  4. masukkan minyak, cili bawang besar yg telah dihiris dan masukkan garam, gula secukup rasa..boleh juga dimasukkan kacang panjang dan carrot.
  5. Angkat dan sedia di hidang

3 ulasan:

Watierman berkata...

Ika....nak daging goreng basah sikit.....nak wat makan malam...sedap..bau pun harum...Akak suka rendang jugak!...Tersedak-sedak Akak tadi...Ika yg sebut rupa2nya!!hehehe

Sue @ Nenie berkata...

Salam Ika,
Haaaaa...Kan dah cakap..Sedapppnya daging ni..wangi serai tu sampai ke sini....
Laaaa bau serai kat dala mesbox sendiri rupanya...he he he jgn mare ya Ika

Tanpa Nama berkata...

Rajin sungguh la mek sorang ni. baru 2 hari tak sempat datang, tu diaaa resipi.... hehee. untung ninja dapat mek Ika yang comell lagi rajin neh :)