ads/iklan

Isnin, 31 Ogos 2009

Air Soya n Iftar part 10

AIR SOYA

Salam kembali n penutup n3 pd hari ni ramadhan ke 10 :-),

Sbnrnyer kita dah rendam kacang soya nih tgh hari td, tp bila bukak MyR ada resepi Ice Blended kelapa!! DAN, petang td lepas mandi g jugak supa carik KELAPA MUDA!!! hihihi..kita kalau kata nak jugak mmg kita redah!! :D dpt beli kelapa muda tapi yg menjadi pujaan tuk berbuke pd hari ni AIR SOYA jugak!!! memula nmpk kat umah KAK ITA pas tu ada umah sapa2 lagi ke yg bvuat air nih kita lupa!! hihihi...mulalah rasa nak minum!! maklumlah puasa2 ni bagus minum air2 mcm nih :P haih!! baru tahu air ni healty!! sblm ni keja menSMOOTHIE tak hingat kat luar ujan2 mcm tuu :D.. resepi ni ambik kat MyR jugak dr KAK YANI merangkap mem MyR eheheh.... dah berkali kali buat air soya nihhh sbb nak guna hampas soya tu buat nugget ayam!!! :D lagipun bekalan nugget dah habis kenalah buat kalau guna hampas soya ni sedap tau nuggetnye, tekak kita lah!! :D jdnyer jom tgk resepi yg palingggg mudah, tenkiuu ya kak yani!! leh rujuk SINI jugak ya.. n mitak izin letak resepinyer kat sini juga ;-) tq!!

AIR SOYA

Bahan-bahan ( +/- 1 liter )

  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  1. Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
  2. Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  3. Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  4. Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.
>>Gambar hampas soya kalau sempat akn dupdatekan selepas terawih ya :D

Tiada ulasan: