Jumaat, 28 Ogos 2009

Kuah Dal

KUAH DAL


Salam jumaat buat semua ;-),

Hari ni buat roti canai jdnyer kita buat 2 jenis pencicah nak padankan dgn roti canai nih, kita buat kuah dal resepi dr S SHAMEN @ MyR dgn kari daging kerisik resepi ambik kat umah CMG untuk mak budak, budak2 mkn kuah dal ni mak pun menyibuk sekali makan kuah dal ni jugak!! cuma sambal tumis tak buatlah sbb penat!! :D dr semalam tak habis penat!! ehehe... tenkiuu ya s shamen !! nmpk mcm menyelerakan jer kuah dal ni cuma kita tambahkan serbuk kari sikit nak bg aroma kari tu lebih sikit :D... resepi mintak izin copy n paste kat sini ya :-) tenkiuu!!

KUAH DAL
Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
2 biji kentang dibelah
sedikit serbuk kunyit
**1 inci halia diracik
**2 biji bawang putih diracik
**3-4 biji bawang kecil dimayang
**sedikit daun kari
**sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
**1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
minyak untuk menumis
garam & gula sesedap rasa


Cara-cara
Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

Tiada ulasan: