ads/iklan

Rabu, 19 Ogos 2009

Ayam Goreng Berempah SERAI :D

AYAM GORENG BEREMPAH SERAI


Salam dpagi rabu yg cerah!!! alhamdulillah cerah pun!! kain cepat kering :D,

Dah jatuh chenta dgn resepi niii hihihi..sukeeee sgt!! pas tu tambah XTRA SERAI!! alalalala.....sedap betul!! kenapa buat ayam ni pagi2 buta sbb nak ngamkan dgn nasi lemak n the geng!! ehehe.... resepi ayam ni sume org dah tahu dah kan, tak lain tak bukan cik LOVE kita yg manis tu lah, tenkiu sis love!! sedap ayam nih kita suke!! kerak dia tu kita saja buat byk sbb nk kan xtra kerak maksimum!! hihihi... :D resepi dr LOVE2COOK @ MyR.. tp dah nak pose ni rajin nak cnp pulak!! ehehe.. jom tgk resepi kat bawah!!

AYAM GORENG BEREMPAH SERAI

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • ---------------------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)Yg ni tak masukkan sbb budak2 tk mkn pedas..
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Sos Tiram Yg ni kita tambah
  • Kicap cair Yg ni pun sama ngeeee....
  • Minyak yang menggoreng

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!Selamat mencuba! ;)

Tiada ulasan: