ads/iklan

Isnin, 31 Ogos 2009

Kerabu Taugeh

KERABU TAUGEH


Salam kembali sblm masuknyer waktu isya` d kwsn bangkok ;-),

Ni buat ratah2 jerrr, mkn byk pun tak pe sihat nihh tp ada kerisik pulak!! hihihi... kita dah biasa guna resepi nih mmg sedap!! tp lada kita kurangkan lah kali ni sbb takut kena penyakit lain ehehe... Resepi asal dr KAK SHERRY MZ @ MyR, tenkiu ya kak pah!! Mintak izin jugak resepinyer dsalinkan dsini untuk rujukan akn dtg :-) tp kita letak kerang mcm kerabu cikmat buat tp cikmat guna resepi kak ummi, nxt time leh cuba sbb td dah tak sempat nak buat yg laen2, sedap jugak ya letak kerang :D hihihi... ini resepinyer>>

KERABU TAUGEH

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Sebungkus taugeh (dlm 50sen kalau kat msia)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 7 biji cili padi (dihiris)
  • Seinci belacan (dibakar)
  • Sedikit udang kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 2 sudu makan air perahan lemon/limau
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Taugeh/pucuk paku hendaklah dicelur terlebih dahulu. Jgn lama sgt, nanti lembik pulak.
  2. Kemudian toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Hiris halus bawang merah & cili padi.
  4. Tumbuk udang kering, belacan, lada hitam dan kalau nak pedas tambah sedikit cili padi. Tumbuk sampai lumat.
  5. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi ke dalam taugeh/pucuk paku. Gaul rata.
  6. Masukkan kerisik. Gaul rata lagi, jgn biarkan kerisik berketul.
  7. Akhir sekali masukkan air perahan lemon/limau, garam & gula. Sedia untuk dimakan dgn nasi panas.

Tiada ulasan: