ads/iklan

Selasa, 25 Ogos 2009

Tauhu Bakar!!

TAUHU BAKAR xtra taugeh mcm biasa hihiihi.. :D sedap!!


TAUHU BAKAR geng tauhu bakar akn mnyusul kemudian :D



Salam kembali sume!! masih dwaktu yg sama :D ngeeee,




Jgn terperanjat!!! mmg ginilerrr rupa tauhu yg kita bakar sejam lebih!!! hihihi.,.. specis2 darurat mcm kita nihh kenalah bersabar nak buat betul2 yg mcm kat jb tu mmg payah lerr!! maklumlah tauhu apa yg dia guna kita pun tak tahu!! :D ni tauhu2 biasa jerr tp ada xtra lembik sikit lah!! tu yg lama memanggang atas kuali tuuu, sori ya laling puasa2 ni sure bil letrik mahal!! hihihi... sume2 guna letrik!! gmbr datas saja nak tunjuk pd mek yung tuuu jd ke idak!! sbb kita lupa lah rasa dan rupa tauhu bakar yg sebenar tu!! :D ni kira ala2 ya, bukan betul2 kot!! Resepi dr CHE`IZA @ MyR nak g umah che`iza pun boleh sbb mmg mak dara sowang ni terrer masak2!! Tenkiu ya che`iza!! set lengkap TAUHU BAKAR akn menyusul bila dah nak buke nanti ya, sabar ya kakak2 adik2 sume hihihi.. ni resepinyer, halal ya che`iza ;-) tenkiuuu again!!


TAUHU BAKAR


Bahan-bahan ( 2 org )
4 kpg tahu
100 gm taugeh
1/2 btg timun
1/2 biji sengkuang
* 3 sb lada boh / lada giling
* 1 ulas bawang putih dititik
* 2 sb gula merah
* 1 sb gula pasir
* 3 sb air asam jawa
* 2 cwn air
sedikit garam
1 sb bijan digoreng tanpa minyak
kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu
*1sk petis yg ni kita tambah
*1sk tepung jagung yg ni jugak kita tambah


Cara-cara

Tahu bakar hingga masak dan ketepikan.
Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
Potong kecil2 atau baji sengkuang dan timun
Masak semua bahan bertanda * sehingga pekat. Consistencynya bergantung pd citarasa masing2 tp baik buat pekat sikit sbb tauhu akan kuar air gak sikit nanti. Bila kuah hampir siap masukkan bijan kacau rata dan matikan api.
Potong tahu kecil2, letak taugeh sengkuang n timun, bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap tuk dihidang....
Sos boleh simpan dlm fridge n boleh tahan lama gaklah, sesuai gak tuk keropok lekor, popia n karipap sayur..

Tiada ulasan: