ads/iklan

Jumaat, 28 Ogos 2009

Apam Gula Melaka

APAM GULA MELAKA


Salam kembali n catatan ni dtulis dulu sblm memasukkan gambar jdnyer fhm2 jer lah ya waktunyer :-),


Oleh kerana hari ni cuti makan nasik jdnyer kita buat jugak kuih muih niii nk menambah berat badan yg dah turun 2 kg skrg ni!! huh! jgn tak cayerr 2 hari lepas turun 1kg hari ni timbang balik dah turun 1 kg lagi alhamdulillah lah sbb nak jugak turun berat bdn nihhh kalau tak mmg maintain segitu jer lah!! sakit bijik mata menengoknyer!! TAPI kalau mkn berlebihan dia serta merta akn naik balik!! huhuhu..jdnyer kena berhati hati masa makan sbb tu lah kita buat ni bukan untuk kita seorang tp untuk dkongsi 2 buah umah kat atas nii... dah naik boring agaknyer org tu sbb kita asyik anto makanan jerr!! hihihi...kita tak pedulik!! sedap ke tak mmg kita nak bg org!! :D ngeeeee..... okiessss!! untuk resepi ni mcm biasalh kan kita dah terbiasa guna resepi dr CHE`IZA yg terrer masak2 tuuu, best ni kalau duk sebelah umah boleh berguru ;-), tenkiu ya che`iza!! dah byk kali kita buat resepi mmg menjadi dan cantikk jerr dia punyer sarang tu :-) mintak izin letak kat sini ya resepinyer :-),

APAM GULA MELAKA
Bahan-bahan ( satu family )
* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Cara-cara
Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

1 ulasan:

Watierman berkata...

Wah sedap ni...Ikaa akak suka...tapi selalu akak guna resepi lain...rossitamz....