Isnin, 31 Ogos 2009

Siakap sweet sour n iftar part 9

SIAKAP SWEET SOUR


Salam dtgh hari isnin dah nak masuk ke ptg jap lagi ni :-),

Ni menu berbuke semalam ya, dulangi SEMALAM hihihi....semalam kita org lepak2 tgk F1 jerrr tu pasal malas nak mengN3 :D hari ni pulak keja menambun sbb semalam hujan kejap mendung pas tu ujan balik dan mcm biasalah baju2 tak nak kering jdnyer hari ni double triple lah ya kena menggosok huhuhu..tercabut kepala lutut mcm nih :D.. Ikan siakap ni ambik kat umah MAK YUNG bukan AMBIK IKAN SIAKAP ya! AMBIK RESEPI hihihi... mintak ijin dkopipes disini ya KAK YUNG comel ehehe..tenkiuu!!! Kalau nak leh g SINI juga ya :-)

IKAN SWEET SOUR

Bahan-bahan
Utk Ikan Goreng
Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng
*garam
*serbuk kunyit
*tepung jagung
*tepung kentucky - optional
Utk Sos
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 inci halia - cincang
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos chili
1 sudu makan sos tiram
sedikit air
1 keping nenas dalam tin - potong dadu
sedikit air nenas
lada benggala merah dan hijau - potong dadu
garam dan gula


Cara-cara
Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

1 ulasan:

geraugebang berkata...

salam, wah meriahnya macam hari raya.