ads/iklan

Selasa, 18 Ogos 2009

Kek Kukus Buah

KEK KUKUS BUAH>> sowi ya terlupa griskan loyang! :D ngeeee....terpaksa korek2 dgn pisau!! :D



Taburan buahnyer dah past cuma tak lembap jerr lah!! tp sedap!! yer la!! dah masuk bakul kain pung!! :D ngeeeee..

Salam kembali dan hujan yg lebat dluar sana tuuuu....tp dah nak reda dah pung!! :D ehehe



Haaa...d hari raya terkenang daku kepada si dia.... heh!!! apa nii!!! belum pose lah!!! :P si dia tu ninja lah ya!! bukan spare part!! hihihi... sajer nak mengetest buat sendirik dulangi BUAT SENDIRIK kek kukus buah nih!! ehehe...raya2 suke mkn kek kukus ni buatan mak lah kan ehehe..raya tahun lepas suh mak kita poskan kek kukus ni kejam betulll ank manja terlampau dia nih!! ehehe.. tahun ni pun usia mak dah semakin meningkat jdnyer tak nak nyusahkan lagilah kan kita buat sendirik walau resepi org laen sbb resepi mak punyer tu mak terlupa sbb skrg ni mak kita kat kampung!! ehehe.... kita guna resepi CMG.. hummm... tak lembaplah!! kenapa eak? rasa kita lah kita ter,kurang butter sbb tengok byk sgt!! konon2 ala2 pandai2 sgtlah tuuu meng adjust resepi orang ehehe... tp rasa mmg rasa kek kukus dulang RASA KEK KUKUS bukan rasa KEK CEKELAT!! :P resepi cnp dr MyR ya.. tenkiu CMG!! terrer betul bujang ni main masak2.. :D jom tgk resepinyer :D.. buat stgh adunan jer kang tak habis!! :D

KEK KUKUS


Bahan-bahan ( 15 orang ke atas )

375 g buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak)
250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik)
3 biji telur Gred A
300 g tepung gandum*
1 camca teh soda bikarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)kita tak masukkan..sbb dah buang!! :D
150 g gula perang (gula halus pun ok)
150 g gula pasir ( untuk gula hangus)
1 biji pala, diparut yg ni pun tak de
30 g badam keping yg ni tak masukkan :D
Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka) tak de!!

Cara-cara

  1. Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.
  2. Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.
    Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.
  3. Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.
  4. Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....
  5. Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
  6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x 3 )inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
    Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau. ( mat cuma ada ceri kaler hijau je hehehe.....)
  7. Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.
    Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.
  8. UNTUK PANDUAN:- Beginlah rupa "biji pala". Yang sebelah kiri tu rupa biji pala yg masib berkulit. Yang kanan dan hadapan itu yg telah ditanggalkan kulitnya. Rempah biji pala ini penting utk menyeimbangkan rasa kek dgn buah2an dan mentega, disamping menambah aroma... Rempah biji pala ini boleh didapati di kedai2 india yg menjual rempah ratus.

4 ulasan:

K.Nor berkata...

laaaaaaaa ini panaskan enjin betul2 ni ya.. ish ghajen sungguh!

umi_e berkata...

fav kak e ni!

* mintalah sepotong...

Tanpa Nama berkata...

Canteknye kek kukus tue... kalerful je kt dlm die. leh buat raye ni ika.hehe

Treat and Trick berkata...

Salam Ika.....geramnya tengok kek tu....rata aje buahnya....

http://treatntrick.blogspot.com