ads/iklan

Rabu, 26 Ogos 2009

Kuih Kaswi

KUIH KASWI


salam kembali :-),


Ini pulak kuih untuk berbuke hari niii, buat 1 jenis jerr sbb kita nak sambung mkn lopes semalam tuu!! hihihi... sedap betull lopes!! kita mkn tgh2 malam buta ninja tu dah geleng2 paler jerr tgk kita mkn benda yg pelik bg dia lah kan ehehe....okiessss!! kuih kaswi ni dah buat byk kali jugak sejak menjadi buat masa dolu2 tuuuuu cuma kita tak letak pun air abu sbb tak ada!! dan mmg tak pernah beli!! :D resepi asal dr CMG yg pandai masak2 tuuuu tp kita ambik kat MyR ya, halal ya cikmat! tenkiu!! kita letak kat sini resepinyer :-) tak pun leh g SITU :D,

KUIH KASWI

Bahan-bahan ( Loyang bulat 30cm )
BAHAN A :-)
350 g gula melaka (mat guna 300 g)
240 g gula pasir
450 ml air
2 helai daun pandan, disiat dan simpul
BAHAN B :-)

190 g tepung gandum*
120 g tepung ubi*
60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak)
900 ml air
2 camca besar air abu (alkaline water)
3/4 camca besar air kapur
1 camca besar pewarna coklat

BAHAN C :-)

1 cawan kelapa parut putih
Secubit garam

Cara-cara
Satukan bahan2 A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
Satukan bahan2 B dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.
Satukan no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yg baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan sejuk betul sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.
KATA2 DARI MAT GEBU:- Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang/tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yg comel2 tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit utk bekas2 comel. Harap maklum..

>>>>Kuih ni mmg terkenal dgn kenyal2 manja yg sgt manja dan mentelnyer!! hihihi.. :P

SELAMAT BERBUKE DUCAPKAN BUAT SEMUA TAK KIRALAH KAT MANA ANDA BERADA SEKARANG NI :-) SALAM n SELAMAT MALAM!!

Tiada ulasan: