ads/iklan

Jumaat, 28 Ogos 2009

Puding Tauhu laici :D

PUDING TAUHU LAICI wif NATA DE COCO



Salam kembali :-),

Buat puding ni pg tadi sblm kemas sbb nak mkn sejuk2 gitu!! kita dah jatuh cinta dgn puding tauhu niii sedap yg amat!! masa meula buat dia lembut tp dia tak jd mcm tauhu betull tuuu tak nak hancur!! lps dah byk kali buat tu yg last baru betul2 jadi mcm taufu fah!! sukeeeeeeee sbb kita suke mkn yg hancur2 gitu!! Resepi asal dr KAK NOR GANU tenkiu kak!! tapi buat pengetahuan semua KAK NOR dah edit balik untuk dapatkan hasil yg lembuttttttttt sekali!! td pegang2 pun dia lembut mcm tauhu!! maknanyer mmg sah2 jadik pudingku iteww!! :-), Mintak halal ya kak nor nak letakkan resepi tu kat sini sebagai rujukan akn datang tenkiuuu so mch!! mmg mabelesss puding ni :-),


PUDING TAUHU
Bahan Bahan
* 1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan)
* 1 1/2 liter air
* 1 cawan santan pekat
* 1 tin kecil susu pekat manis
* 1 tin susu cair
* 4 sudu besar gula
* 2 helai daun pandan - disimpulkan


* Untuk kuahnya:

* 1 tin laici - laici tu di siat2kan
* 2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
* 8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
* 3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

Cara-cara
1. Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (termasuk air laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..
2. Untuk membuat tauhunya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
3. Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
5. Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
6. Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk kedalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
7. Puding ni sememangnya lembik spt taufo fah.. dan ini rupa kalau kita letak dalam acuan kecik2..

>>SALINAN ni dCOPY dr SKYPE ya nanti kita masukkan sekali link nak ke umah KAK NOR ya :-)

Tiada ulasan: