ads/iklan

Selasa, 25 Ogos 2009

Kuih Lopes moden hihihi..

KUEH LOPES



Sedih tuu kelapa beli kat sini tak cantik!! :-(

Salam kembali semua n selamat berbuke buat sume org!! :-)



Ni kueh ke 2 hari niiii sbbnyer buat LOPES ni sbb kuah gula semalam yg dmakan dgn cendol byk lagi!!! :D jdnyer malas nak pkir panjang buat lopes lah!! nak buat bubur som som tp nak mkn pulut pulutan sbb hari ni kita tak mkn nasik jdnyer gantikan dgn pulut lah!! :D buat separuh adunan jerr dpt segitulah yg kat atas pinggan tuu ehehe.... resepi dah jatuh chenta buat perantau mcm kita nihh dr KAK TULIP @ MyR, tenkiuu kak!! dah byk kali buat sejak mula2 buat tu jadi!! suke betull kita!! kita paste kat sini ya resepinyer mintak halal n tenkiu!! :-)


KUEH LOPES


Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )


2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
*** air gula ***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air


Cara-cara
Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur.
Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang.
Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
*** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lopez bentuk love ek.. cantik2!!! kalo jual cepat habis ni Ika..heheh